This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selamat Datang ke blog Shila Zamri.

Kepakaran kami dalam membantu kaum ibu untuk hidup lebih sihat dan keluarga ceria. Sudah ramai kaum ibu yang kami bantu dalam masalah penyusuan dan sakit-sakit badan disebabkan oleh kerjaya dan tanggungjawab kepada keluarga. Anda boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan konsultasi.
Kami turut ingin berkongsi segala maklumat: tips kesihatan, motivasi, kecantikan fesyen dan resepi masakan. Tidak lupa info dan testimoni produk kesihatan shaklee kepada pembaca diluar sana.

Selasa, 29 Disember 2015

BERNIAGA PILIHAN KAMI

Assalamualaikum

Terima kasih pada korang yang sudi menjengah ke blog shilazamri. 

Aku nak kongsikan kisah suami aku yang sangat suka berniaga, ikut sunnah Nabi Muhammad SAW. katanya

9/10 pintu Rezeki adalah dengan BERNIAGA


Dari mula-mula aku berkawan dengan dia, dia sudah terlibat dengan bisnes MLM dan networking, tapi entah dimana silapnya dia mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Selepas kami berkahwin akhirnya dia mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji, tapi dalam diam dia mula mengikuti seminar dan kursus keusahawanan.

Aku masih ingat, bulan Disember, 2012 aku dan suami mengikuti seminar percuma Dr. Azizan Osman. Seminar separuh hari itu betul-betul memberi impak yang besar pada suami aku.

Selepas balik seminar tu, hidup dia dah tak tentu arah, masa tu aku tengah sarat mengandung anak pertama dan aku memang dah selesa  sebagai penjawat awam, (selesa la sangggatttttt hahhahah.....) jadi aku malas nak fikir pasal bisnes.

Tapi lain pulak dengan suami aku, malam tu dia tak dapat tidur, resah, gelisah sampai pagi dia pegang telefon bimbit.

Besoknya dia cakap nak ambik cuti sebab kena pergi Kluang, Johor sebab nak ambik tempahan barang coustmer.

"Sayang, papa cuti tau hari ni, sebab nak pegi ambik barang coustmer"

"Barang apa pulak, coustmer mana ni?" 

"Sayang tunggu je la, papa pergi dengan kawan"

Sampai petang dalam pukul 5.00 suami aku pun balik dan menyerahkan RM700.00 pada aku.

"Duit apa ni papa? dah gaji ke?"

"Tak la, ni duit coustmer bayar tadi. Sayang, ni baru bisnes geli-geli tau hehehehe"

Dari situ la bermula segala-galanya, suami aku nekad berhenti kerja selepas balik dari seminar Advance Marketing Power (AMP 2014) dan Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK 2014) anjuran Dr. Azizan Osman.

Hidup suami aku mula huru hara, bila perniagaan Busana Melayu dan otak-otak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Tak cukup dengan itu, suami aku mula berjinak-jinak dengan sukan memanah dan berkuda. Bermula sebagai hobi dan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW akhirnya suami aku nampak satu peluang bisnes.

Tercetus la idea untuk membuka pusat memanah dan akhirnya tertubuh la Al-Battar Indor Archery.

Sekarang ni suami dalam proses mengubahsuai kedai kami, dan aku dilantik sebagai pengurus kewangan (Pengurus Kewangan konon hahhahahha........verangan la ko Shila oiiiiiii)

                                       Proses membersihkan Pusat Memanah Al-Battar

InshaAllah Pusat Memanah Al-Battar akan beroperasi pada 1 Januari 2016


Okey, sampai sini dulu la coretan aku, kalau korang ada idea atau cadangan untuk diberikan boleh hubungi suami aku 019-7064678 (Zamri).

Salam Sayang 
Shila







Selasa, 22 Disember 2015

IDEA MENGHIAS PUSAT MEMANAH AL-BATTAR

Assalamualaikum

Alhamdulilah, syukur kehadrat Allah SWT, akhirnya impian aku dan suami akan menjadi kenyataan.

InshaAllah pada 1 Januari 2016 Pusat memanah Al-Battar akan dibuka secara rasmi di Taman Seri Saujana Kota Tinggi.

Sekarang proses ubah suai kedai 2 tinggkat sedang berjalan. Terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai yang banyak membantu dan memberi idea.

Aku dan suami memang tak pandai bab deko2 dan hiasan dalaman ni, hehhehehe....tak kreatif langsung.

         



Jadi aku sangat mengalu-alu kan kalau korang boleh bagi idea untuk Indoor Archery kami...suami minat konsep tradisional aku pulak minat moden. Pening kepala....masa dah tak banyak. 

Okey sampai sini dulu coretan ringkas, kalau ada pendapat atau idea korang boleh tepek gambar, semoga Allah bagi balasan baik pada korang. Amin








Khamis, 26 November 2015

Cara Atasi Gusi Bengkak

Assalamualaikum

Hai korang semua, sihat ke? musim hujan kan sekarang ni dan banjir dah mula melanda beberapa negeri.

Bukan nak cerita pasal banjir tau, hehehhe.....tapi aku nk share tentang masalah gusi bengkak. Ni cerita semalam, baru hari ni sempat kongsi. Kawan opis aku ni, dah 2 hari sakit gigi ditambah pulak gusi dia bengkak sampai muka pun dah jadi bulat macam belon. hehehehhe....siapa yang pernah sakit gigi dan gusi tau la betapa sakitnya.....


Bila dia pergi klinik, dokter tak boleh cabut gigi tu, sebab gusi dia bengkak sangat. Dokter bagi painkiller untuk tahan sakit dan suruh kawan aku tu datang lagi besok.

Kawan aku ni memang alergik dengan painkiller, so..dia beli la panadol untuk tahan sakit....

" Kak ina, boleh hilang ke sakit gigi dan bengkak gusi tu hilang kalau makan panadol?"

"Entah la, akak pun tak tau. Tapi akak tak boleh tahan, sakit berdenyut ni, nak makan pun tak boleh"

"Cuba akak ambik vitamin C ni, akak kemam kat tempat gusi bengkak tu"

"Boleh hilang ke? vitamin C ni masam"

"Cuba la, sebab setahu saya kalau gusi bengkak dan selalu berdarah tu tandanya kita kurang vitamin C"

Lepas 2 jam, kawan aku tu datang kat meja aku...

"Shila, terima kasih tau. bengkak gusi dah surut....rasa sakit pun kurang. Vitamin C apa tu ye? Akak nak beli la"


" Jenama shaklee kak...kebetulan bulan ni ada promosi. Saya setiap hari memang akan ambik 2 biji vitamin C, anak-anak saya pun saya bagi vit. C kanak2....kalau tak, setiap bulan mesti diaorang akan demam"

Macam tu la ceritanya, setakat ni aku rasa supplement shaklee adalah yang terbaik dan sesuai untuk aku sekeluarga.


Salam Sayang
Shila
Whatsapp +60137505728



Selasa, 17 November 2015

TIPS HILANGKAN BAU HANYIR IKAN

Assalamualaikum

Entri hari ni aku nak kongsi dengan ibu2 vouge, kakak2 cantik dan adik manis yang selalu masak kat rumah tu.

Setiap kali lepas siang ikan atau ayam, tangan kita akan berbau hanyir kan. Kadang-kadang dah cuci dengan sabun, bau tetap melekat terutama bau ikan cencaru a.k.a ikan jaket tu.

Sebelum ni aku tak terus makan kalau lepas masak, sebab aku rasa macam sedikit loya dengan bau hanyir ikan tu (aku memang cerewet tau....huaaaaa)

Aku jumpa tips ni dalam majalah Mingguan Wanita, dah lama aku tak ingat keluaran tahun bila. Cara nya sangat mudah dan simple.

Lepas habis siang ikan tu, korang ambik segengam serbuk teh, ramas2 buat scrub dalam 5 hingga 10 minit. Lepas tu basuh, Insha Allah bau hanyir ikan yang melekat kat tangan akan hilang. Mudah kan, selain boleh hilang kan bau serbuk teh ni boleh lembutkan tangan juga tau.

Serbuk Teh boleh hilangkan bau hanyir ikan


Oh...lupa nak bagi tau, korang guna serbuk teh yang belum direndam lagi tau, hehhehe jangan guna yang dah buat air tu tak berkesan nanti.

Tu je tips yang aku nak kongsi, nanti kalau ada tips yang terbaru aku update lagi ea.

Salam sayang
Shila


Isnin, 9 November 2015

SAMSUNG GALAXY NOTE 5

Assalamualaikum

Dah beberapa bulan ni...handphone Lenovo aku 'buat hal'. Baru je repair...rosak lagi. memori dah full nak ambik gambar pun susah.

Aku ni bukan peminat tegar gadget, tapi disebabkan aku ni baru berjinak-jinak dengan perniagaan online, jadi harus la ada tools aka telefon pintar kan.

Mula-mula tu, aku cuma nak tambah memori je, tapi atas nasihat adik aku, aku pun bercadang membeli sebuah telefon pintar.

Aku mula survey jenama dan model yang sesuai dengan aku. Pilihan aku semestinya yang laju akses internet kan.

Dari sebuah kedai ke sebuah kedai aku servay, akhirnya aku 'jatuh cinta' pandang pertama dengan SAMSUNG GALAXY NOTE 5.

it's mine


Amoi yang jual Handphone ni sangat baik dan ramah tau. 




TIPS BELI  HANDPHONE

Dah kebetulan aku tulis pasal Note 5 ni, aku nk share sikit tips beli handphone ye. First kena tau handphone tu original ke tiruan.

Macam Note 5 ada e-warenty stiker kat box tu dan pastikan kotak handphone tu belum dibuka lagi ye.

Yang kedua, kita minta pendapat dari centre, aku sebelum beli Note 5 tu, aku call centre Samsung kat Taman Molek. Aku tanya apa beza Note 4 dan Note 5.

Kenapa Note 5 tak boleh buka cover belakang, kenapa tak boleh tambah memori. Semua aku tanya dan bila aku dah puas hati baru aku beli.

Kalau kita tanya jurujual, mereka akan rekomen kan jenama yang mereka jual dan kadang-kadang mereka pun tak tau fungsi dan kelebihan sesuatu telefon pintar.

Aku rasa cukup la dulu, macam banyak celoteh pula hehheheh..... 

Apa pun, baru berapa hari aku guna Note 5 ni aku rasa sangat puas hati dan asik selpie jek hahhahahha...... Aku anggap sebagai hadiah untuk diri sendiri. Penat wei kerja setahun....bila dapat Note 5 ni, hilang segala penat lelah ku hehehheheheh....

Sampai jumpa lagi....tata...titi...tutu....

Salam Sayang
Shila





Ahad, 8 November 2015

TERIMA KASIH CINTA

Assalamualaikum....

Tetiba teringat lagu Terima Kasih Cinta nyanyian Tasha Marsahar ft RJ, lirik nya lebih kurang macam ni 

Terima Kasih Cinta
Kau buat ku bahagia 
Tanpa jemu dan lelah

Terima Kasih Cinta
Pinta ku satu saja
Jangan pernah berubah

Bait-bait lagu ni saya tujukan khas buat cinta hati Mr. Hubby....hehehhe (gedik kann...). Ni cerita minggu lepas, Mr. Hubby baru habis program Jubli Perak bersama group silat Pusaka Gayong Malaysia. 

Dekat 2 bulan juga Mr. Hubby sibuk...kadang2 dia balik aku dan anak2 dah tido. Siang aku pulak pagi2 dah pegi kerja.

Rasa kita orang kurang berkomunikasi, hari cuti pun dia keja, sebab nak siapkan tempahan busana pesilat Gayong kan.

Jadi bila 1 November tu kebetulan aku  cuti dia pun cuti, disebabkan JDT menang piala AFC aku pun ambik kesempatan ajak Mr. hubby bawa anak2 berjalan.

JBCC

Ok...lokasi pertama adalah JBCC sebab aku nak bawak anak aku main kat Angry Bird Theme Park. Tapi sebab anak aku baru je berusia 2 tahun dan 1 tahun, rasa macam tak sesuai kot. Jadi aku bawa dia tengok-tengok je dari luar, (kesian kan kakak dan adik...sorry ye nak). 

Dihadapan pintu masuk Angry Bird Theme Park JBCC


Abah...kakak dan Adik


KILANG BATERI

Ok..dah penat pusing2 kat JBCC tetiba perut terasa lapar....aku ajak Mr. Hubby makan kat Kilang Bateri Jalan Tampoi.

Perghhh....memang terbaik Kilang Bateri ni. Punya la ramai orang, sampai 2 kali pusing baru jumpa meja. 

Meriah suasana kat Kilang Bateri, masih lagi dalam proses ubah suai. Aku dan Mr. Hubby memilih untuk makan Chiken Chop. Menu tambahan Rojak Asma.

Sedap dan harga pun berpatutan.....korang yang tengah mencari lokasi untuk makan, jom lepak kat Kilang Bateri. Memang puas hati.

Kakak jakun tengok kereta antik hehehhe.....

Tak ada gaya lain ke korang anak beranak ni....hehehhee


Hari pun dah petang, anak2 pun dah letih...jom kita balik. Terima kasih Mr. Hubby sebab sudi luangkan masa untuk ibu dan anak2. Walaupun hujan lebat dan hanya jalan2 sekitar JB je, tapi sangat2 happy.

Ok...jumpa lagi pada entri akan datang.

Salam Sayang
Shila








Isnin, 2 November 2015

LUASKAN KUASAMU HARIMAU SELATAN (JDT)

Assalamualaikum

Tahniah JDT.....Luaskan Kuasamu Harimau Selatan. Pada 31 Oktober, 2015 sejarah telah tercipta.....JDT telah menjuarai Piala AFC dan sekaligus menjadi Kelab bola sepak pertama dari Asia Tenggara yang menjadi juara. Hebat kannnn.....dan  disegenap pelusok Jajahan Takluk  Negeri Johor Lagu Bangsa Johor berkumandang dan dinyanyikan dengan penuh semangat!!!!!!

Rasa sangat teruja, walaupun aku cuma mampu menyaksikan di rumah. tapi semangat tetap membara.

Aku tak nak la jadi pengulas sukan hehehheh....sebab memang tak pandai pun dan tak  sehebat Tabah Syazwan & Abu Bakar Atan.

Tapi sebagai warga Johor, aku sangat berbangga bila JDT dinobatkan sebagai Juara. Gila tak bangga....biasanya hanya kelab-kelab dari Asia Barat je yang menang ( Tak adil kan hahhahahah....)

Masa perlawanan bermula, aku tengok corak permainan Istiklol FC sangat pantas, fizikal diaorang pun mak aiiii.....tinggi. Lari memang laju.

Tapi aku tetap yakin JDT boleh menang, sebab apa tau...heheheh, aku teringat kisah Arnab & Kura-kura lumba lari.

Semua pun tau, kura-kura sangat lambat, tapi berkat semangat juang yang tinggi akhirnya kura-kura boleh kalahkan arnab yang over konfiden tu. (banyak sangat tengok kartun)



Sejarah tercipta, JDT Juara Piala AFC 2015


Sekalung tahniah juga diucapkan kepada TMJ Tunku Ismail yang telah memartabatkan bola sepak Johor.

Ini la watak utama kebangkitan bola sepak Johor TMJ 

Ok, sekian dulu coretan aku kali ini. Besok 3 November 2015 akan diadakan majlis sambutan besar-besaran bagi meraikan wira-wira JDT yang akan tiba melalui lapangan terbang Changi, Singapura.

Sebelu tu, jom baca petikan dan kata-kata semangat dari TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Ini la kata-kata semangat dari TMJ


Salam Sayang
Shila (013-7505728)









Selasa, 27 Oktober 2015

AMARAN!!!!!! JANGAN TINGGALKAN KUNCI KERETA DI RUMAH

Assalamualaikum

Apa khabar sahabat pembaca blog shilazamri?

Aku doakan korang sentiasa sihat dan dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Tetiba tadi, aku teringat satu kisah yang berlaku pada rakan sekerja. Kes ni berlaku 2 tahun lepas iaitu tahun 2013.

BALIK KAMPUNG

Sahabat aku ni seorang guru yang bertugas di Johor Bahru, beliau suami isteri berasal dari kelantan. Nak dijadikan cerita masa cuti raya beliau sekeluarga pun balik kampung.

Beliau hanya membawa sebuah je kerete, iaitu jenis Honda CRV, sebuah lagi jenis Hyundai yang biasa digunakan oleh isterinya ditinggalkan dirumah.

Dan beliau memang terlupa nak buat laporan polis bahawa beliau akan bercuti panjang. Biasa la musim perayaan, rumah beliau dimasuki perompak.

Yang paling kesian, bukan je barang-barang berharga yang diambil malahan kereta juga habis di kebas oleh perompak tersebut.

Gambar Hiasan

NASIHAT SEORANG SAHABAT.

Sahabat saya tu pesan pada saya dan rakan-rakan yang lain, kalau ada kereta atau motor lebih dari satu seelok-eloknya bawa la kunci kenderaan bersama atau simpan ditempat yang selamat.

Malang tidak berbau, lebih baik berhati-hati. Sejak kejadian yang menimpa sahabat saya tu sekarang ni kalau nak kemana-mana saya akan pastikan membawa bersama kunci kenderaan yang ditinggalkan.

Ok...tu je nak cerita, Semoga kita semua terlepas dari musibah dan semoga dalam perlindungan Allah SWT.

Kalau korang rasa cerita ni bermanfaat kepada semua, korang boleh la tekan butang share supaya boleh beri peringatan kawan-kawan kita yang lain .


Salam sayang

Shila
Fb : Noorhasila Shila

Rabu, 21 Oktober 2015

WAJIB BACA : VITAMIN SHAKLEE TIDAK BOLEH SEMBUHKAN PENYAKIT!!!!!!!

Assalamualaikum

Apa kabar semua? aku doa kan semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Tajuk sentap beb!!!!!

Tapi jujur aku katakan, kenyataan ni memang benar, aku sokong 100%.

VITAMIN SHAKLEE TIDAK BERKESAN



Ada  seorang kawan cakap, makan Alfalfa dah habis satu botol tapi penyakit kencing manis mak dia tak hilang punnnnn.

Ada juga kawan sepejabat bagi tahu, makan 10 paket kolagen shaklee tapi jeragat masih bertepek kat muka.

Seorang lagi ni, makan sebotol Omega guard tapi anak dia tak dapat 10A pun dalam SPM.

Ohh tak lupa juga yang bising...makan sebotol Lecithin tapi tak kurus jugaaaaa.

Ishhhh...korang ni, cuba bawa bersabar. Kesan Vitamin shaklee memang agak lambat tapi kesannya memang menakjubkan.

Bagi aku, biar lambat asal selamat, dari makan produk yang belum tentu tahap keselamatnya. 

Mungkin ada sesetengah produk yang baru makan 3 hari dah boleh sembuh penyakit, tapi kita tak tahu bahan kimia yang terkandung dalamnya mungkin boleh membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang kan.


SHAKLEE BUKAN UBAT


Kepada sahabat sekalian, suka saya nak bagi tau Shaklee ni bukan la ubat yang boleh menyembuhkan penyakit.

Shaklee adalah makanan tambahan atau suplemen yang membantu MENCEGAH penyakit.

Ubat dan Suplement adalah 2 benda yang berbeza, sebab ubat mengandungi drug yang boleh menyembuhkan penyakit dengan kadar segera tapi jika diambil berlebihan boleh menyebabkan penyakit buah pinggang, manakala supplement shaklee tidak mengandungi drug dan dibuat dari bahan2 semulajadi dan sentiasa selamat.

Contohnya macam ni, kalau kita sakit kepala kita akan terus makan penadol dan sekejap je dah hilang, sebab mengandungi drug.

Tapi kalau sakit kepala menyerang, kita makan B-complax tapi sakit tu tak hilang2 terus kita menyalahkan B-complax Shaklee tu tak bagus.


BUAT PILIHAN SEKARANG


Pilihan di tangan kita, korang nak tunggu sakit baru makan ubat atau korang makan supplement sekarang dan insha Allah korang tidak akan mengalami sakit yang kronik.

Kalau korang semua nak tau, dalam group MariaFirdaus sendiri ada ramai dokter yang buat bisnes part-time bersama shaklee, dan mereka sendiri mengakui kehebatan vitamin2 shaklee.

Saya ada seorang sahabat, pada usia 24 tahun beliau sudah mengalami sakit buah pinggang dan terpaksa menjalankan rawatan dialisis (cuci darah untuk pesakit buah pinggang) setiap 2 hari sekali.

Bila saya tanya, rupanya masa zaman sekolah beliau adalah atlit yang sangat aktif bersukan. Kalau boleh setiap acara padang semua beliau nak bolot, akibatnya beliau selalu mengalami sakit otot.

Jalan mudah. beliau kerap mengambil pain killer dalam kuantiti yang tidak terkawal. Tanpa beliau sedari pain killer menyebab kan beliau mengalami sakit buah pinggang pada usia muda.

Cukup setakat ni je la perkongsian dari aku, terpulang la korang nak pilih supplement semulajadi atau korang nak makan ubat yang mengandungi drug. Terpulang la...itu pilihan korang, tapi bagi aku shaklee adalah yang terbaik sebab aku dah rasa kesannya.


Salam sayang

Shila (013-7505728)
Fb : Noorhasila Shila
Shaklee ID : 1163981










Ahad, 18 Oktober 2015

5 CARA BERPANTANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Assalamualaikum

Aku doakan korang semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Ada beberapa orang kawan bertanya dengan aku, macam mana cara berpantang kalau bersalin secara pembedahan ni?

Jadi aku nak kongsi sedikit la, ni semua ikut pengalaman aku masa bersalin anak sulung.

Mak aku pun tak tahu, sebab dia lahirkan kami adik beradik semua secara normal. hehhehe.....bahagian masing2 la yeob......


CARA BERPANTANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Ini BUKAN perut aku hehehhe......


1.   2 minggu pertama tu, aku memang TAK MANDI , hehhehe.....sebab luka tu memang tak boleh kena air, jadi aku cuma gosok gigi dan lap je badan. Tapi aku salin baju seharI 4 kali...hahahhaha. Berlengas beb, tak tahan aku. Tapi sebab nak cepat baik punya pasal....layan je la

2.  Walau pun bersalin secara pembedahan, aku TETAP BERURUT dan bertungku seperti biasa, cuma bidan tak usik la tang perut tu. Dia cuma urut badan, kepala dan  kaki je. Haaa...korang kena la cari bidan yang betul2 berpengalaman, kalau boleh yang dah kenal la...bukan apa, takut la kalau salah urut kat luka tu....waaaaaaaaa.....

3.  Sepanjang tempoh berpantang tu, aku makan BUBUR NASI je dengan sayur bening dan ikan bakar. Tak ada cili..tak ada halia...tak ada lada hitam. Sebab, luka pembedahan sangat sakit tau, tak sama macam kita bersalin normal. Jadi elok la makan benda2 yang lembut dan tidak pedas. 44 hari beb, aku makan nasi bubur...lama2 aku rasa sedap pulak makan bubur.

4.  Bab tandas ni, kalau boleh cari la TANDAS DUDUK. jangan la guna tandas cangkung tu...dan jangan meneran ye adik2...kakak2. Sebab boleh bagi kesan pada luka. Isshhhh....aku banyak kali la dengar baru bersalin  berapa hari, luka pembedahan tu terbukak...adoiiii....kena jahit lagi.

5. Tips ni aku dapat dari nurse yang datang check up aku kt rumah, dia cakap sepanjang tempoh berpantang secara pembedahan ni, TIDAK BOLEH PAKAI BENGKUNG, luka kena jaga betul2. Dia cakap bila dah cukup 100 hari, baru aku pakai losyen panas macam losyen mustajab tu, sapu kat perut lepas tu terus pakai korset, Supaya perut tak geleber.

Lepas 100 hari baru la boleh guna Korset dan losyen panas, sebagai ganti bengkung

Aku rasa, cukup la tu 5 tips ni. Bukan nya kedekut..tapi ni je basic nya. Tapi siapa yang pernah melalui bersalin secara pembedahan memang tahu la, sakitnya macam mana. Nak batuk, nak bersin semua kena tutup perut dengan bantal kecik.

Nak ketawa pun sakit tau, aku memang malas nak tengok rancangan yang lawak jenaka ni. hehehhhe.....


Luka pembedaha ni, sakitnya sampai 20 tahun masih terasa tau. Ni kawan aku yang cerita, kadang2 kalau angkat benda berat sikit mesti terasa pedih atau ngilu.

Lain pulak dengan aku, berkat pengambilan ESP yang konsisten alhamdulilah parut makin mengecil dan sakit pun dah berkurangan.

Betul kata orang, protein yang terkandung dalam ESP memang sangat power...hehehhe.

Apa-apapun, aku nasihatkan korang guna la set bersalin lengkap dari shaklee, memang pelaburan yang sangat bijak. Tak rugi pun sebab bagi aku kesihatan tu yang utama.

Set Bersalin lengkap Normal & Pembedahan


Okey la, sampai sini dulu perkongsian aku. Rasa macam panjang pulak celoteh kali ni. Hehehehe...betul cakap mentor aku, kalau kita menulis dari hati, banyak idea yang datang.

Kalau korang rasa info ni bermanfaat, boleh la korang tekan butang share supaya info ni kita boleh kongsi dengan kawan2 yang lain.

Nak tau lebih lanjut lagi info mengenai set bersalin shaklee, boleh la pm aku

013-7505728 ( Shila )
FB : Noorhasila Shila



Isnin, 12 Oktober 2015

PROMOSI VITAMIN E

Assalamualaikum

Aku doakan semoga korang sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Nak bagi tau info yang tersangat la ohsome!!!!!

Yessss...pihah shaklee buat pertama kalinya membuat promosi besar-besaran iaitu Beli 1 Botol Vitamin E dan dapat PERCUMA lagi sebotol.

Haaaa...best kan, maksudnya korang beli 2 botol Vitamin E tapi bayar harga sebotol.



Banyak khasiatnya Vitamin E ni, antaranya :

1. Vitamin E + Zink complax = Set Kesuburan Lelaki. Membantu                                                       meningkatkan kualiti sperma.

2. Vitamin E + Vitamin C = Set kecantikan kulit 

3. Vitamin E + ESP = Set awet Muda

4. Vitamin E + CoQHealth = Set Pesakit jantung.


Opppssss.....sebelum terlupa, saya nak bagi tau...Vitamin E juga boleh buat masker juga. Korang yang terkena sunburn tu boleh la cuba ye.

Caranya mudah je, pecahkan sebiji Vitamin E dan sapu pada kulit yang terbakar, selain tu masker Vitamin E juga boleh dgunakan bagi menghilangkan bintik-bintik hitam dimuka.

Ok..tu je nak kongsi. Korang yang nak beli VitaminE atau mana-mana vitamin Shaklee boleh la hubungi aku.



Shila
013-7505728





Khamis, 8 Oktober 2015

TIPS MUDAH ATASI MASALAH KESIHATAN KETIKA JEREBU

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya aku tak kongsi cerita dan tips dalam blog ni. Heheheh.....alasan standard, busy!!!!!

Busy la sangatttt kan.....hahhahahah.

Ok, balik pada tajuk entri....sebenarnya aku nak kongsi sikit tentang masalah jerebu yang sedang melanda Negara kita.

Tahap keseriousan jerebu ni memang dah sampai tahap bahaya, bayangkan minggu lepas je dah berapa kali sekolah dicutikan.

Bukan je murid dan guru, malahan staff pun diarahkan cuti juga.

2 hari cuti, aku duduk rumah je....hehehhehe macam perintah berkurung. Ditambah dengan 2 orang anak-anak ku yang super cerdas Umairah & Qaisarah.

Alhamdulilah, syukur sangat sepanjang musim jerebu ni anak-anak pintar ku tidak mengalami sebarang penyakit.

Malahan mereka semakin aktif bermain (walaupun hanya di rumah).....sabar ye kakak & adik, nanti kalau cuaca dah elok, ibu abah bawak kamu berdua jalan-jalan.




VITAMIN C SHAKLEE TERBAIK

Ni Vitamin C untuk kanak-kanak, sesuai juga untu orang dewasa yang susah nak telan pil



Sejak awal tahun aritu, aku dah biasakan anak-anak ku makan vitamin C. Masa mula-mula tu kakak selalu buang, sebab rasanya agak masam.

Biasa selang sehari aku akan bagi sebiji, bila dah biasa...baru aku bagi setiap hari. Sekarang diaorang dah pandai, setiap pagi akan mintak sweet.... (chewable vita. C la tu.)

Untuk baby bawah setahun, aku cadangkan  baik si ibu je yang makan vitamin C tu dan terus bresatfeed. Insha Allah baby akan dapat juga khasiatnya.


Vitamin C Shaklee memang terbaik!!!!!!



Okey....ni je la tips yang boleh aku bagi. Vitamin C ni perlu diambil setiap hari, tak kisah la musim jerebu atau tidak sebab badan kita tak boleh hasilkan Vitamin C sendiri.

Kalau korang rasa nak beli produk shaklee pada harga yang sangatttt jimat, atau nak tanya tentang vitamin-vitamin shaklee yang lain boleh la hubungi aku




Ahad, 27 September 2015

JOM JORAN @ KAKI PANCING

Assalamualaikum

Tajuk tak boleh blah...hahhahhahah. Macam poyo je kan, padahal aku tak memancing pun. Eh lupa pulak nak bagi mukadimah.

FAMILY DAY

Raya Aidiladha yang kedua haritu, family aku pergi bercuti ke Telok Sengat Kota Tinggi Johor. Kat Telok Sengat tu ada rakit a.k.a. kelong untuk kaki-kaki pancing.

Memang seronok sangat, duduk tengah-tengah laut. Untuk makluman korang sewa sebuah rakit ni RM800.00 untuk satu hari.

Kalau nak diaorang yang masakkan, lumsum RM800.00 jadi pakej penginapan tambah makan malam dan minum pagi semua berharga RM1600.00

Jom layan gambar-gamabar kitaorang

Aku, dia dan kamu


Bersantai, tunggu ikan naik ke rakit


Cik Epul sedang fokus memancing


Ini dia hasil tangkapan, ikan kerapu.


Bagi korang yang suka memancing, boleh la datang ke Telok sengat Kota Tinggi. Korang boleh like Fb Rakit Azarza Telok Sengat.

Jom kita cuti-cuti Malaysia, dekat je...







PENJUALAN AJHT AKAN DIHENTIKAN BUAT SEMENTARA

Assalamualaikum

Belum terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kat korang semua,

Nak buat pengumuman sikit, jualan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) akan dihentikan buat sementara waktu kerana peraturan pendaftaran produk yang sedang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.


Kepada pengguna setia AJHT tu, boleh la simpan stok lebih sikit ye sebab biasanya prosedur pendaftaran semula mengambil masa beberapa bulan.

Harap maklum, produk ini tak ada sebarang masalah dan ia SELAMAT DIGUNAKAN.

Nota Kaki : Jagalah kesihatan sebelum terlambat.

Shila
013-7505728
Fb : Noorhasila Shila
Id Shaklee : 1163981



Rabu, 23 September 2015

AL-BATTAR.....PENERAJU PAKAIAN WARISAN

Assalamualaikum

Saya doakan semoga anda berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Untuk makluman anda semua, Al-Battar adalah sebuah syarikat milik bumiputra yang sedang berkembang maju, syukur alhamdulilah.

Selain menjual pakaian busana melayu, kami di Al-Battar juga menjual Pakaian Silat (warna hitam), Logo Silat Pusaka Gayong Malaysia, Tanjak dan peralatan memanah.


Pakaian Silat line songket


Pelanggan Al-Battar menggayakan Pakaian Silat line Songket





Peralatan memanah juga dijual di Al-Battar.

Dapatkan Produk di atas hanya di Al-Battar.....Peneraju Pakaian Warisan.

Al-Battar Enterprise
No. 12, Jalan SS1
Taman Sri Saujana
81900 Kota Tinggi
Johor


Hubungi En. Zamri
019-7064678
Fb : Seni Pakaian Warisan





BAJU BUSANA MELAYU

Assalamualaikum

Saya doakan semoga anda berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Kami di Al-Battar menjual Baju Busana Melayu dan bersedia menerima tempahan baju lelaki dan wanita.

Busana Melayu Songket Bunga Tabur (Full lining)


Busana Melayu Cotton berjalur.
Ketua Pemuda UMNO cawangan Kota Tinggi juga menggayakan Busana dari Al-Battar

Busana ni, menggunakan 100% kain jenis Cotton, tidak panas dan sangat selesa dipakai. Terdapat dalam pelbagai pilihan warna.


Set Baju dan seluar juga disediakan. Harga berpatutan, menggunakan 100% kain cotton, tidak panas, sangat selesa dipakai.


Gambar di atas adalah antara produk Pakaian Warisan Melayu yang dijual di kedai Al-Battar. Produk kami menggunakan kain yang sangat berkualiti tinggi dan selesa dipakai.

Kebanyakan pelanggan kami berpuas hati, malahan ada yang beberapa kali memenangi pakaian tradisional tercantik pada pertandingan memanah yang lalu.

Ini adalah pelanggan tetap Al-Battar, beliau memenangi pertandingan busana tercantik pada pertandingan Memanah Open anjuran kelab memanah Al-Fateh.

Dapatkan Pakaian Busana Melayu hanya di Al-Battar, Peneraju Pakaian Warisan.


Al-Battar Enterprise
No.12, jalan SS1
Taman Sri Saujana
81900 Kota Tinggi

Hubungi En. Zamri
019-7064678
Fb : Seni Pakaian Warisan



Isnin, 21 September 2015

3 Sebab Kenapa Makcik Umur 58 Tahun Join NECK

Assalamualaikum.

Terima kasih saya ucapkan kepada korang yang sudi baca blog shilazamri ni.

Saya doakan anda kurus dan sihat selamanya.

Entri kali ni saya nak kongsi kisah Bonda Embun, salah seorang peserta NECK Batch 5.

Alhamdulilah, selepas 100 hari Bonda Embun berjaya mencapai berat 52.7kg dengan ketinggian 147cm.

Sebelum menyertai NECK, berat Bonda Embun 62.4 kg, Bonda Embun berjaya menurunkan berat lebih kurang 9kg.




Bonda menyertai program Now Everyone Can Kurus (NECK) bukan sebab nak kurus, bukan sebab nak pakai baju kebaya jauh sekali nak tunjuk bentuk badan.

Tapi, sebab Bonda nak SIHAT. Bonda ni ada penyakit asma, mudah penat dan semput, lagipun bila dah berusia macam ni, Bonda selalu sakit kaki jadi agak sukar Bonda nak solat.

Sebab tu Bonda join NECK, dan alhamdulilah badan Bonda rasa lebih ringan dan mudah untuk beribadat.

Melalui Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus dan tunjuk ajar dari Coach, Bonda berjaya turunkan berat lebih kurang 9kg.


























                                                       Bonda Embun bersenam dari rumah




Usia dan penyakit Asma bukan penghalang


Bonda Embun semakin sihat sepanjang tempoh 100 hari


Bonda tak ada masalah untuk bersenam, sebab task yang coach bagi semua sesuai dengan
usia dan kesihatan Bonda. 

Mudah je, semua buat kat rumah. Terima Kasih kepada Coach, Krew dan semua Team NECK yang tidak jemu memberi tunjuk ajar pada Bonda.

Nasihat Bonda kepada mereka diluar sana, amalkan gaya hidup sihat sebelum penyakit menyerang.


Alhamdulilah, syukur sangat bila dapat testimoni yang positif dari peserta NECK.

Nak kurus
Nak sihat
cepat-cepat hubungi saya :

013-7505728
Shila 







Isnin, 14 September 2015

Testimoni Now Everyone Can Kurus - Datin Elly


Assalamualaikum

Saya doakan anda sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Saya doakan anda kurus dan sihat selamanya.


NECK DARI KACAMATA SEORANG DATIN


Korang WAJIB tonton video ni sampai habis!!!!!

Kalau yang tak tengok tu memang kesian sangattttttt. 

Saya mengenali Datin Elly hanya dalam tempoh 100 hari iaitu dalam Program Now Everyone Can Kurus (NECK) Batch 5.

Bagi saya, beliau seorang yang sangattttt peramah dan tidak sombong. 

Korang bayangkan kami semua tak tau beliau seorang isteri kepada VVIP, sebab beliau hanya membahasakan diri sebagai "Kak Elly" je.

Bila program 100 hari dah habis, baru la terbongkar rahsia, tapi beliau lebih selesa dengan pangilan lama. Bagi beliau, rakan-rakan dalam program NECK semua dah macam satu keluarga.

Best ke best????

Dr. Azizan pernah berpesan, kalau korang nak jadi orang kaya, jutawan korang kena la berkawan dengan orang yang kaya dan jutawan kan.

Saya nak jadi Datin yang cantik, vouge, nampak muda, rasa muda macam Kak Elly. Sebab tu saya suka berkawan dengan beliau.

Hehehehe.....I DREAM

Jumpa lagi pada entri akan datang, kalau korang enjoy dengan video ni, boleh la tekan butang share. supaya kawan-kawan yang lain pun dapat tengok juga testimoni ni.















Rabu, 9 September 2015

RESEPI ISTIMEWA ESP

Assalamualaikum 

Hai korang, terima kasih sebab sudi baca blog shilazamri.

Sempena promosi ESP bulan ni, saya nak kongsi satu resepi istimewa yang saya selalu buat.

Kebanyakan kawan-kawan saya tak tau macam mana nak bagi sedap rasa ESP ni, sebab tu saya share kat sini.

RESEPI ISTIMEWA ESP


2 sudu besar ESP
2 sudu serbuk koko (saya suka jenama econsave, sedap dan murah)
2 sudu oat segera
7 biji kismis
3 biji kurma
5 ketul kuib ais
300 ml air mineral

Masuk kan semua bahan-bahan tadi ke dalam cawan pengisar, kemudia kisar.

Mudah kan, rasanya memang sangggattttttt sedappppp!!!!!!

Untuk yang sedang berdiet, kalau rasa malam-malau tu tak nak makan nasi korang boleh la cuba ye. Nanti bagi tau result nya tau. heheheheh....




PROMOSI SEPTEMBER, 2015

Beli 6 Percuma 1 @ Beli 2 diskaun 5%

Cepattttt selagi stok masih ada!!!!!!!

Saya akan bagi hadiah istimewa kepada 10 orang pertama.




Pm/whatsapp 
Shila
013-7505728





Isnin, 7 September 2015

PERCUTIAN PERCUMA KE BANGKOK

Assalamualaikum

Hai semua, sihat ke?

September datang lagi!!!!!!!!!!!!

Pihak shaklee ada menawarkan percutian PERCUMA ke bangkok. Bila dengar percuma jekkkk mata pun terbeliak.

Siapa tak nak kan kalau orang belanja pergi bercuti, tapi ada syaratnya.

Ya Allah, beri la aku peluang untuk bercuti di Bangkok bersama Shaklee. 

Ha...dah doakan, yang penting usaha pun kena la berbaloi. Kalau tak macam mana Allah nak makbulkan doa.

Yessss!!!! pasti boleh.

Kalau korang juga nak bercuti secara PERCUMA bukan je kat Asia, tapi sampai ke luar negara pun boleh.

Pm/whatsapp je saya
013-7505728 (Shila)