This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selamat Datang ke blog Shila Zamri.

Kepakaran kami dalam membantu kaum ibu untuk hidup lebih sihat dan keluarga ceria. Sudah ramai kaum ibu yang kami bantu dalam masalah penyusuan dan sakit-sakit badan disebabkan oleh kerjaya dan tanggungjawab kepada keluarga. Anda boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan konsultasi.
Kami turut ingin berkongsi segala maklumat: tips kesihatan, motivasi, kecantikan fesyen dan resepi masakan. Tidak lupa info dan testimoni produk kesihatan shaklee kepada pembaca diluar sana.

Rabu, 24 Disember 2014

7 sebab kenapa kita perlukan kolagen

Assalamualaikum

Saya doakan anda semua sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Mulai 10 hingga 31 Disember, 2014 pihak shaklee mengadakan promosi kolagen beli 3 percuma 1.

Rugi siapa yang tak grab awal-awal sebab mulai 1 Januari, 2015 jualan kolagen akan dihentikan atas 

sebab garis panduan proses pendaftaran yang dikenakan oleh kerajaan malaysia.


APA ITU KOLAGEN

Kolagen merupakan sejenis protein yang diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara
keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat 30% kolagen didalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.



7 SEBAB KENAPA KITA PERLUKAN KOLAGEN







KESAN KEHILANGAN KOLAGEN







MENGAPA KOLAGEN SHAKLEE PILIHAN TERBAIK

kolagen shaklee diperbuat dari sisik ikan merah





bukan sekadar kolagen





TESTIMONI KOLAGEN SHAKLEE



Testimoni 1




Testimoni 2


Testimoni 3





BORONG SEBELUM KEHABISAN STOK

Dah tengok kebaikan kolagen dan kesan kehilangan kolagen. Testimonipun dah ada, jadi tunggu apa lagi, cepat borng sebelum 31 Disember, 2014.





MENCARI SUPPLEMEN UNTUK KELUARGA?

INGIN MENJANA INCOME 3 4 5 ANGKA SECARA PART TIME ?

HUBUNGI SAYA


Noorhasila Omar   013-7505728sid : 1163981fb : Noorhasila Shilaemail : noorhasila80@yahoo.com.my





.





Selasa, 16 Disember 2014

Mencari Motivasi Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya doakan anda semua dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman manis sewaktu menghadiri seminar anjuran shaklee. Untuk pengetahuan anda semua, ini adalah seminar pertama yang saya hadiri semenjak menjadi ahli shaklee.

MOTIVASI & RECOGNITION



Banyak input positif yang saya terima, antaranya kita mesti fokus dengan apa yang kita lakukan. Jangan pedulikan apa orang kata, yang penting Just Do It dan jangan mudah putus asa.

Saya masih ingat pesanan Master Rabihah Anis, kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha dan pengorbanan.

Apa yang membezakan beliau dengan master-master yang lain adalah beliau berjaya hingga rank tertinggi hanya dengan menjalankan bisnes shaklee secara part-time. Sekarang beliau masih lagi bekerja sebagai seorang engineer dalam sektor awam.


JOM LAYAN GAMBAR SEKITAR MAJLIS


bergambar bersama Master Iffah



Sepupu saya Naik Rank Supervisor



Sahabat dalam Group MFMS, juga naik rank


Semua orang naik rank, sayapun akan naik rank juga lagi 2 bulan (feeling confident tau hehe..)



Ibu saya, peneman setia. ibu saya adalah pengguna Vivix





Pentas Di hotel Grand Paragon


SHAKLEE EFFECT

Semenjak bersama shaklee, banyak perubahan yang berlaku dalam diri saya. Saya lebih positif dalam kehidupan harian.

Dari tidak tahu berblog, sekarang sudah jadi blogger yang hebat (kata-kata satu doa...hehehhe)

Dari tidak suka laman sosial, sekarang sanggggatttttt suka facebook.

Dari tidak berani bermimpi, sekarang sudah banyak impian yang saya tanam, antaranya saya nk pergi bercuti di Pulau Maldives. Dulu tak pernah terfikir pun nak bercuti ke luar negara.


Maldives.....kau tunggu aku datang!!!!!



banyak lagi perubahan ketara dalam diri saya. Insha Allah akan diceritakan pada entri berikutnya. Semoga catatan ringkas saya ini akan memberi manfaat kepada anda semua.



Ingin menjana pendapatan 4 5 angka sebulan secara part time atau ingin mendapatkan vitamin kesihatan dari shaklee


HUBUNGI SAYA

Call / whatsapp :013-7505727

Id Shaklee : 1163981










Khamis, 27 November 2014

Warkah Buat Maria Firdaus

Assalamualaikum 

Master Maria Firdaus, saya doakan Master berdua sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Semoga Master berdua juga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik supaya dapat membantu lebih ramai lagi orang di luar sana yang ingin mengubah nasib mereka.

Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Master kerana telah memberikan begitu banyak ilmu kepada saya. Bukan sahaja ilmu dalam perniagaan, malahan ilmu akhirat juga master terapkan dalam diri saya.

KISAH PERKENALAN DENGAN MARIA FIRDAUS

Saya mula mengenali Master melalui satu seminar percuma yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman di Johor Bahru pada 27 December, 2013.


Jadi Testimoni Dr. Azizan Osman
                                                     


Ketika itu, Master jadi testimoni Dr. Azizan Osman. Saya sangat tertarik dan kagum ketika itu. Dalam masa beberapa bulan Master bangkit dari ' zaman kejatuhan ' perniagaan ternakan ayam. Selepas itu saya mula mencari maklumat mengenai Master di internet.

Saya google nama 'Firdaus' namun tidak bertemu, namun saya tidak putus asa sehinggalah saya bertemu dengan entri Master yang ditujukan khas buat Dr. Azizan Osman.

Syukur alhamdulilah, disitulah berputik cinta pandang pertama antara saya dan blog www.mariafirdaus.com 

PEMINAT SETIA

Setiap entri dalam blog Master saya baca satu persatu. Namun satu entri yang paling berkesan di hati saya adalah tentang kisah Master Firdaus dan bapa mertua. Saya baca berulang kali sampai menitis air mata. Betul apa yang Master katakan, kemaafan adalah dendam yang terindah. 

Saya mula terinspirasi dengan blog mariafirdaus. Walaupun tidak pernah bersua, namun saya rasa begitu dekat dengan Master berdua.

Setiap hari selepas membaca entri Master, saya akan bercerita kepada suami. Sehingga semasa seminar IMKK 2014 suami menghubungi saya dan mengatakan dia duduk di sebelah Master Firdaus.
Gembira hati bukan kepalang, rasa nak melompat je. 




" Hello, sayang nak tau tak papa jumpa siapa dalam bilik seminar?' suami menghubungi saya ketika mengikuti seminar IMKK, 2014

"siapa?" 

"Papa jumpa mariafirdaus....idola sayang tu. Siap duduk sebelah lagi tau"

"Eiiiii bestnya!!!!!!. sombong tak dia?"

"Tak sombongpun, orangnya sangat fokus. Tadi dia suruh papa jaga tempat duduk dia sebab dia nak solat dhuha"

" Patutlah kaya dan berjaya, solat dhuha tak pernah lupa. Papa, jangan lupa ambik gambar dan korek segala rahsia heheheh....."  begitulah perbualan antara saya dan suami


CARI MOTIVASI TERJUMPA PELUANG BISNES

Sebelum mengikuti blog Master, saya adalah seorang insan yang biasa-biasa saja. Saya seorang penjawat awam yang selalu dibanggakan oleh ramai orang melayu.

Dari kaca mata orang luar, penjawat awan adalah sangat hebat ( hebat la sangattt ) dan mempunyai gaji yang tinggi. Tanpa mereka ketahui saya selalu menghadapi masalah kewangan setiap bulan. 

Sambil mengikuti blog master untuk mendapatkan motivasi diri, saya mula menyiasat  apa yang master berdua buat setiap hari. Siasat punya siasat saya terjumpa peluang perniagaan shaklee dibawah group MFMS.


Peluang Perniagaan

Pada mulanya saya sangat tidak berminat untuk bersama shaklee. Ye saya tak suka MLM, saya malu untuk menjual produk, saya malu untuk mencari downline. 

Disebalik TAK SUKA dan TAK MINAT saya tetap mengikuti perkembangan bisnes shaklee master.
Ayat yang saya selalu baca dalam entri master berkaitan bisnes shaklee adalah ' teknik jemput-jemput dan panggil-panggil '. Saya juga tertanya-tanya apakah RAHSIA BESAR yang disimpan oleh Master Maria Firdaus, hanya ahli berdaftar sahaja yang akan tahu rahsia tersebut.

Perasaan ingin tahu saya begitu tinggi dan saya mula menghubungi Master Maria bertanya peluang perniagaan.

Saya mula menghubungi Master Maria untuk mengetahui mengenai peluang perniagaan shaklee bersama group MFMS. Dan selepas menerima email, saya baca berulang kali pesanan master supaya 

JANGAN.....JANGAN.....JANGAN 

Buat bisnes kalau malas update facebook, malas update blog dan macam-macam lagi.

memang benar saya seorang yang malas dan beralasan. Sebab itu saya pendamkan hasrat tersebut dan saya menjalankan kehidupan seperti biasa.

Untuk pengetahuan Master, saya berada dalam dilema selepas menerima email tersebut, kerana saya adalah pengguna tegar produk kesihatan dari shaklee.

Hampir setiap hari saya berdoa supaya Allah berikan saya sebuah perniagaan yang mendekatkan saya kepada Nya.

Hingga pada ramadhan yang lalu, ibu saya mengadu beliau sudah tidak mampu untuk bersolat seperti biasa sebab lutut beliau sakit dan badan selalu letih.

Set Sendi Shaklee

Saya mencadangkan Ibu saya untu menggunakan set sendi dari shaklee. Baru 2 minggu menggunakan set sendi, ibu saya memberitahu beliau dapat solat fardhu dan solat tarawih seperti biasa. Beliau sudah tidak menggunakan kerusi untuk bersolat.

" Papa tau tak, mak dah tak sakit kaki lagi tau lepas makan set sendi"

" Ye ke....alhamdulilah. Sayang tak nak buat bisnes shaklee ke? . Mak boleh jadi testimoni sayang"

" Nak juga, tapi boleh ke mama jual shaklee sebab dah ramai sangat yang jual " saya masih ragu-ragu.

" Boleh, insha Allah....Maria Firdaus boleh guide sayang "

Akhirnya saya menghubungi Master Maria untuk kali kedua, malupun ada sebenarnya. Harap-harap Master Maria tak ingat saya...hehheheh

Setelah diberi penerangan secara detail, akhirnya saya jadi ahli pada 4 Ogos, 2014 dan yang paling best saya jadi ahli secara percuma dengan pembelian RM600++

Terlalu gembira ketika itu, sebab sekarang saya boleh berdamping dengan idola saya.

PERUBAHAN KETARA

Tahukah Master, setelah menyertai group MFMS hidup saya mula berubah. saya mula mengamalkan apa yang Master ajar.

Saya mula berani bermimpi, saya sudah berani untuk membuat posting di Facebook. Sebelum ini saya sangat takut untuk update status di facebook sebab takut tak ada orang komen atau like.

Saya mula  melakukan amalan rohani dan checklist yang diajar dalam secret group. Mula-mual memang agak sukar, namun saya cabar diri dari sehari ke sehari. Yang paling best saya mula berfikiran positif dan selalu tenang walau ribut melanda.

Yang paling best sekali perubahan yang saya alami adalah pengurusan masa. Tahukah Master, sebelum ini saya rasa macam tak cukup 24 jam yang Allah berikan, tapi setelah Master mengajar saya cara menguruskan masa dengan baik adalah dengan bersolat diawal waktu saya rasa masa saya terlebih-lebih pulak.

Banyak lagi yang Master ajar kepada saya, terlalu banyak tak terhitung dengan jari. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih yang teramat sangat.

SUMBER INSPIRASI

Master, pada 16 November, 2014 pihak shaklee telah meraikan master berdua dalam satu majlis gilang gemilang bertempat di Hotel Pullman, Putrajaya.

Saya sangat terinspirasi bila dapat tau Master naik rank setiap bulan, dan hanya mengambil masa 9 Bulan sahaja untuk berada dipuncak kejayaan.



Poster Master Maria Firdaus

Dari kejauhan saya melihat kejayaan Master sungguh saya begitu kagum. Dari raut wajah Master berdua jelas terpancar sinar keikhlasan untuk membantu saya dan semua warga MFMS untu bersama-sama berjaya di dunia dan akhirat.

Saya panjatkan doa kepada Allah yang Maha  Esa supaya suatu hari nanti Master berdua akan memberi ucapan pada majlis Master Celebration saya.



PENGHARGAAN BUAT MASTER MARIA FIRDAUS

Master Maria Firdaus, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kerana selalu 'memberi'. Terlalu banyak ilmu yang master ajar dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Master berdua.

Semoga Master diberi ganjaran syurga tanpa dihisab.

Sekian dulu nukilan saya, dan saya mohon master juga doakan saya berjaya seperti master berdua satu hari nanti.

Salam sayang dari anakmu

Noorhasila binti Omar















Isnin, 17 November 2014

AKU MEROYAN!!!!!!

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri sentiasa dirahmati Allah S.W.T .
Hari ini saya nak kongsi pengalaman ngeri yang pernah saya alami  pada tahun 2013 kira-kira setahun yang lalu.

 AKU STRESS

Kisah ini bermula ketika saya berpantang selepas melahirkan anak sulung Nur Miasarah Umairah. Saya melahirkan Umairah secara pembedahan, dan saya takut untuk menggunakan mana-mana set bersalin.

Bermula dari hari pertama dilahirkan, Umairah akan berjaga di waktu malam dan akan tidur di siang hari, jadi saya terpaksa menjaganya sepanjang malam.

Akibat tidak cukup tidur, badan saya sangat letih dan stress. Saya juga kerap mengalami sakit kepala dan kurang selera makan.


Gambar Hiasan

Yang lebih menyedihkan lagi, susu badan saya tak keluar dan hampir setiap hari saya akan demam akibat bengkak susu. ( masa tu tak tau saluran susu saya tersumbat atau plugged duct ).  Seawal usia 7 hari Umairah sudah minum susu formula!!! Bertambah-tambahlah stress saya.

Sepanjang malam saya menjaga Umairah sendirian. Bermula jam 11 malam saya akan duduk di sisinya, ( kalau baring saya akan tertidur). Ketika itulah saya mula berfikiran negatif. Macam-maca yang saya fikirkan, lebih-lebih lagi mak saya suka bercerita tentang bentan, tentang iblis yang suka menggangu wanita dalam pantang . Mak saya juga selalu cerita tentang baby tak boleh tidur dalam buaian sebab nanti kena gangu dengan iblis. (mak...oh...mak. Anak mak ni penakutttt). Setiap malam saya akan memikirkan apa yang mak saya cerita, sedikit demi sedikit jadi sebati dalam diri saya dan saya makin stress!!!!!!!!!!!


KENA RASUK

(belum tulis lagi dah meremang bulu roma saya. tapi saya akan terus berkongsi, saya dah tak takut lagi, sebab saya ada ALLAH)

Saya masih ingat kejadian malam itu, saya tidur bersama suami dan Umairah ditengah-tengah. Sekitar jam 12.00 pagi saya tersedar kerana terasa badan di tindih 'sesuatu'


Gambar Hiasan

" Papa, bangun!!....ada benda tindih badan mama" saya mengejut suami

"Tak ada apa-apalah. Dah tidur...nanti baby bangun, mama tak dapat tidur pulak"

Sayapun memejamkan mata. lebih kurang setengah jam saya buka mata dan saya lihat seluruh bilik berwarna KUNING!!!!!  saya lihat wajah anak saya juga berwarna KUNING!!!!!!

Saya menjerit ketakutan " Papa bangun Papa!!!!!!!. Papa anak kita kena rasuk!!!!!

saya terus mengambil anak saya, dan ingin berlari keluar... berlaku pergelutan saya bersama suami..tapi saya tersembam ke lantai"

Matilah kita malam ni mama!!!!!! ( Saya sahaja yang dengar perkataan itu,kata suami dia cuma cakap " kenapa ni mama " ) suami menjerit sambil merampas anak kami dari saya. saya membuka pintu bilik dan berlari menuju bilik mak saya, saya hanya menjerit "Tolong!!!!....tolong!!!!!". belum sempat mengetuk pintu bilik mak, saya sekali lagi tersembam di depan pintu bilik mak.

Keadaan memang cemas. " Mak....tolong mak. Anak orang mak!!!!!!" saya menjerit seperti kerasukan. 

"Along!!! kenapa ni?????............bawak mengucap!!!!!!!!!" mak menjerit. 

Mak peluk saya, dan mak bacakan Ayat Kursi di telinga. banyak kali mak ulang. Tiba-tiba saya rasa baru tersadar dan saya rasa tenang.

" Mak....anak orang mak." saya peluk mak sambil menangis. Mak dan abah juga menangis.

"Ya Allah! sampai berdarah hidung, Kenapa ni" abah pula bertanya sambil mengusap kepala saya.

Abah masuk ke bilik saya, suami saya sedang duduk bersila sambil mendakap Umairah yang sedang lena tidur.

"Umairah kena rasuk, muka dia tadi kuning dan bilik semua kuning" saya masih memeluk mak sebab takut.

"Kenapa Am?" Tanya abah pada suami.

"Tak ada apa-apa abah, Along ni yang tiba-tiba menjeri macam kena rasuk. Muka dia pucat macam mayat, mata terbeliak dan dia jerit kuning. Dia nak campak baby dari katil, saya rampas dan tolak dia" kata suami saya bernada sebak. Mungkin rasa kesal sebab menolak saya. (Saya masih berpantang, urat belum pulih dah terjatuh banyan Kali , Suami saya sesorang jurulatih silat , patut la senang dia rampas dan tolak saya heheh ) "baru pukul 4 pagi ni, dah pegi masuk tidur" pujuk Abah

" tak nak masuk bilik!!!! Orang takut" saya masih ketakutan. Bila saya toleh dalam bilik, saya rasa ada 'sesuatu' sedang menunggu saya di sana


TIDUR BERJEMAAH

Saya dah tak boleh masuk ke bilik itu, saya tak boleh tidur, setiap kali saya pejamkan mata saya akan rasa takut yang teramat sangat.

mak menyuruh saya tidur di biliknya, saya minta suami juga tidur bersama saya di bilik mak.

Gambar Hiasan

"Eh, tak payah la, papa tidur kat bilik kita je" suami tak setuju

"Mama takut, tolongla" saya terus menangis. Saya terlalu takut!!!!!!!

Bermulah episod 'tidur berjemaah' dalam keluarga saya. (adoii...bila teringat memang teruk perangai saya)

Mak dan adik perempuan saya tidur atas katil, saya dan suami tidur di bawah, abah akan tidur di hijung kaki saya. Suami akan pegang tangan dan abah akan pegang kaki saya. begitula keadaan saya.

Setiap jam 2.00 pagi saya akan terbangun, saya akan menangis sambil peluk abah.

" Abah!!!! nanti jam 2.00 pagi 'dia' nak datang " saya kejutkan abah dan yang lain.

" Siapa yang nak datang" tanya abah.

Tiba-tiba saya menjerit, "Abah!!!!!!! dia dah datang" saya ketakutan. saya rasa ada sesuatu meresap ke dalam badan saya

Seluruh keluarga saya akan baca Yassin dan saya mula di serang rasa takut yang teramat sangat.

Begitulah keadaan saya setiap hari. Saya tak boleh tinggal seorang diri, Bila saya rasa nak ke tandas, saya akan paksa suami atau mak saya temankan. (masa tu hanya Allah saja tahu penderitaan saya)

Badan saya semakin kurus, muka pucat. saya jadi seorang yang pendiam dan saya langsung tak pedulikan anak saya. Saya kerap termenung dan sentiasa memikirkan tentang 'sesuatu' yang menggangu saya setiap malam.

Saya paling takut untuk menghadapi malam, kerana pasti 'dia' akan datang untuk menggangu saya.
Suatu malam, jam 8.00 saya dan keluarga menonton TV, tiba-tiba saya menjerit dan terus memeluk abah.

"Abah....'dia' dah datang!!!!!!!!!!!!!!!!!!" saya menjerit ketakutan

"Nampak tak? rupa 'dia' macam mana?" tanya abah cemas

" 'dia' ada kt tingkap!!!!!. Tolong abah!!!!" sekali lagi saya seperti kerasukan

Abah berlari ke tingkap, namun tiada apa-apa. saya sudah menangis dan menjerit mintak tolong.

Keadaan saya makin teruk, selalu histeria dan ketakutan. tempoh berpantang saya juga belum habis, dan saya juga tak boleh bersolat.

JUMPA BOMOH

Seorang kawan mencadangkan saya untuk berubat dengan bomoh. Mak dan suami setuju dan kamipun berjumpa dengan bomoh tersebut.
Gambar Hiasan

"Kamu ni terkena 'TUJU JIN' . Jin tu nak jadikan jasad kamu ni 'rumah' dia" kata bomoh tersebut

Meremag bulu roma dan saya semakin takut. "Betu ke saya dah kena rasuk" saya mintak kepastian

"Betul. Jin tu dah tak nak pegi dari jasad kamu. Tak apa, saya bagi air ni, kamu minum ye" dia membacakan jampi ke dalam air mineral yang saya bawa.

Selepas habis sebotol air jampi dari bomoh tersebut, keadaan saya tidak juga berubah, malahan semakin teruk. Setiap jam 2.00 pagi saya akan histeria, menjerit dan menangis. Rasa takut yang teramat sangat dan saya selalu melihat wajah anak saya berwarna kuning. Saya terasa 'sesuatu' sedang memerhati saya.

Suami sangat kecewa dengan keadaan saya, saya langsung tak pedulikan dia dan anak kami. saya mengalami kemurungan dan stress. Saya sakit, tapi saya tak pasti apa penyakit saya. saya juga semakin yakin dengan kata-kata bomoh tersebut bahawa saya terkena tuju jin.

Suami membuat solat hajat untuk melihat apa yang saya nampak. selepas 3 hari berdoa barulah suami percaya, dia betul-betul ternampak wajah anak kami berwarna 'kuning' dan seluruh bilik mak saya juga berwarna 'kuning'. Tapi suasana itu hanya beberapa minit saja dan kembali seperti biasa.

BERTEMU SEORANG ENGINEER

Pakcik saya sangat kesian tengok keadaan saya. Dia meminta bantuan dari seorang sahabatnya dari seberang.

Sekitar jam 9.30 pagi, kawan pakcik saya datang ke rumah kami. Saya fikir mesti dia datang nak ziarah saya. saya kan sakit

"Nama saya Alamsyah. Kamu boleh panggil saya Pak Alam." Wajah Pak Alam sangat jernih dan tenang. Dia berbual dengan abah dan mak saya seperti biasa.

"Saya ni seorang engineer di Batam, Indonesia. Saya ada anak 3 dan isteri saya seorang guru" bicara Pak Alam.

"Pakcik kamu cakap, kamu sakit ya" tanya Pak Alam dalam loghat seberang

"Ye Pak Alam saya sakit" saya tidak berminat nak menjawab soalan dari Pak Alam

Pak Alam tersenyum dan terus mengunyah Nasi Lemak yang dihidangkan.

"Kamu sakit apa?" Tanya Pak Alam lagi 

"Saya takut" jawab saya ringkas

"Takut apa" Pak Alam terus bertanya

"Saya takut hantu. Pak Alam percaya hantu?"  saya mula berminat nak bercerita pada Pak Alam.

"Saya ni orang 
sains, saya tak percaya hantu. Tapi iblis memang selalu menggangu manusia"

"Kamu bilang takut sama hantu, kamu pernah lihat hantu? tanya pak Alam lagi

"Saya tak pernah lihat hantu" saya mula keliru

"Hantu itu jangan difikir dan perkara yang nagatif juga jangan difikir sangat. Contohnya Ular, jika selalu disebut pasti dia akan muncul" Terang Pak Alam

(masa tu tak tau, apa yang kita fikir, apa yang kita cakap semua satu doa)

"Kamu takut sama hantu atau sama Allah" Soal Pak Alam lagi

"Saya takut sama Allah" Jawab saya

"Cuba kamu buka Tafsir Al-quran Surah Anfal ayat ke-2  dan kamu baca maksudnya dengan kuat" Ujar Pak Alam

Saya membaca dengan kuat 





" Sekarang kamu angkat tangan seperti ingin berdoa. dan kamu panggil Allah. Kamu akan rasa getarnya jika kamu bersunggu-sungguh minta pertolongan dari Nya." arah Pak Alam

Saya mengikut arahan Pak Alam.Kali pertama dan kedua saya tidak merasa apa-apa bila mengangakt tangan untuk berdoa.

"Tak rasa apa-apa Pak Alam" saya menggeleng kepala

"Cuba kamu tarik nafas. Jangan fikir apa-apa. Kamu tahu tak Allah itu berada lebih dekat dari urat leher kamu sendiri. Allah ada bersama kamu" Pujuk Pak Alam


"Allah berada lebih dekat dari urat leher? saya tak faham." saya tak faham maksud firman Allah dalam Al-quraan

"Cuba kamu angkat tangan sekali lagi dan panggil Allah dengan sepenuh hati. Pasti hati kamu bergetar"

Saya mencuba untuk kali ketiga, "ALLAH!!!!!!" saya mengangkat tangan untuk berdoa dan saya rasa hati bergetar dan sebak. saya menangis sambil menyebut nama Allah. Saya rasa Allah memeluk saya dan saya rasa sangat tenang. Saya menangis semahu-mahunya, saya lepaskan rasa takut pada Allah. Saya berdoa supaya Allah hilangkan rasa takut yang saya alami.

Bila saya buka mata, Pak Alam tersenyum. Sekarang kamu pergi ke bilik dan harus atasi rasa takut itu.

Saya hanya mengeleng kepala tanda tidak setuju dengan arahan Pak Alam. Tidak sanggup rasanya naik ke tingkat atas sendirian.

"Kalau kamu tidak mengatasi rasa takut itu sekarang, sampai bila-bila kamu akan terus begini"
Pak Alam memujuk saya

"Baiklah, cuba kamu picit jari telunjuk kamu menggunakan kuku. Picit samapi sakit, dan tekan kuat-kuat. Kemudian kamu naik ke atas"

Sayapun mengikut arahan Pak Alam, tapi sampai setengah tangga saya berpatah balik. Meremang bulu roma padahal jam baru 10.00 pagi.

Pak Alam hanya tersenyum melihat tingkah saya.

"Ayo cuba lagi. Yakin Allah bersama kamu dan kamu terus picit hujung jari untuk mengalihkan rasa takut itu kepada rasa sakit dijari kamu"

Saya menarik nafas dalam-dalam dan terus melangkah, "aku harus sembuh dari penyakit 'takut'. Allah bersama aku!!!!!!" Saya bermenolog sendiri.

Saya mula melangkah, sambil memicit jari dengan kuku. Sakit sangat, sampai lupa rasa takut. Saya menolak pintu bilik dan saya duduk dalam bilik seorang diri.

Hilang rasa takut, saya hanya rasa sakit pada jari. Betul kata Pak Alam, tak ada apa-apa dalam bilik dan saya menangis kesyukuran.

Saya turun ke bawah dan berjumpa dengan Pak Alam, mak dan abah. Saya tersenyum dan menangis.

"Tak ada apa-apa mak kat atas, tak ada hantu. Eh...mana anak orang mak?" saya seperti tersedar dari tidur. setelah sekian lama saya tak pedulikan anak dan suami. Saya terus memeluk anak saya dan mintak maaf pada dia.

"Maafkan ibu sayang, ibu tak pedulikan Umairah. Ibu sakit sayang" saya mengucup pipi kecil dia yang sedang lena tidur.

Begitulah kisah saya, dan saya memang tak sangka perbualan kosong bersama Pak Alam boleh menyembukan saya. Syukur Allah hantar Pak Alam seorang engineer untuk membantu saya. Sekarang baru saya faham apa yang digunakan oleh Pak Alam untuk membantu saya keluar dari penyakit 'takut' ialah KUASA MINDA.

Jika kita fikir negatif, maka negatif la hidup kita. Jadi saya buang rasa takut itu dengan berfikir dan yakin Allah ada bersama saya, malah lebih dekat dari urat leher saya. Sesekali 'dia' datang untuk menggangu saya, tapi saya terus berzikir dengan menyebut "Allah, Allah, Allah....." dan saya akan terlupa dengan ganguan itu.

Setahun berlalu, saya disahkan hamil kali kedua. Gembira dan bahagia menerima 'hadiah' dari Allah, namun perasan trauma masih ada untuk menempuhi tempoh berpantang sekali lagi. Tetapi alhamdulillah, berpantang kali kedua saya tiada masalah..semua berjalan lancar. Saya mula mencari set berpantang yang mudah dan berkesan, maka bertemulah saya dengan set bersalin dari shaklee.



Set Bersalin shaklee


Setelah menggunakan set bersalin dari shaklee, saya terus 'jatuh cinta' dan saya mengambil keputusan untuk menjadi pengedar yang sah dan saya juga berazam untuk membantu lebih ramai lagi para ibu untuk meningkatkan kesihatan mereka sepanjang kehamilan dan berpantang.

Semoga kisah saya ini menjadi manfaat kepada anda semua. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk kesihatan dari shaklee hubungi saya dan saya bersedia memberi khidmat nasihat secara percuma!!!

Jadi kesimpulannya setiap apa yang berlaku pada saya adalah disebabkan diri saya sendiri   . Saya sering berfikiran negetif, jadi yang berlaku semua negetif. Sekarang tidak lagi, saya dah jadi berani, yakin pada diri sendiri Dan sentiasa ceria. Bak kata suami saya " Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap , itu semua doa "

Terima Kasih ALLAH.....







Isnin, 27 Oktober 2014

KUASA SOLAT DHUHA

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot.com sentiasa dirahmati Allah SWT.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit kejadian yang berlaku pada diri saya yang saya rasa sangat pelik dan saya ingin kaitkan dengan kuasa solat sunat dhuha.


KISAH CIKGU SUZAINI

Sekitar jam 8.30pagi tadi, saya dan seorang kawan dalam perjalanan menuju ke kantin sekolah untuk bersarapan. Dari jauh saya melihat Cikgu Suzaini meraung kesakitan sambil dibantu oleh dua orang rakan guru, saya sangkakan cikgu suzaini ingin melahirkan anak kerana beliau mengandung 38 minggu, saya dan kawan saya meluru ingin memberikan bantuan. Rupa-rupanya kedua-dua kaki cikgu Suzaini tersiram air panas akibat kecuaian pekerja kantin.





Gambar Hiasan

Sebak saya melihat seorang wanita yang sarat mengandung terkena musibah sedemikian. Lantas saya segera mengambil bekas yang diletak air batu dan dicampur air untuk merendam kaki cikgu Suzaini untuk mengelak kaki beliau dari melecur dan kami segera menghantar beliau ke hospital untuk mendapat rawatan. Keadaan agak kelam kabut kerana cikgu Suzaini tidak mampu untuk berjalan dan beliau hanya menangis menahan kesakitan, terpaksa kami mengangkatnya untuk masuk ke dalam kereta.

TELEFON BIMBIT SAYA

Lebih kurang 2 jam, doktor selesai memberi rawatan kepada cikgu Suzaini dan beliau mendapat 2 hari cuti sakit, mujurlah kaki cikgu Suzaini tidak melecur dan hanya cedera ringan saja di tapak kaki. Suami cikgu Suzaini terus membawa beliau pulang dan baru saya perasan yang kami belum bersarapan. Saya dan kawan saya singgah di cafe hospital untuk mengalas perut. Selesai makan kami terus beredar untuk menunggu teksi, sambil berbual-bual kosong. 

" Akak nak tanya sikit, macam mana badan kau boleh kurus, sebab dulu lepas bersalin badan kau gempal" tanya kawan saya

" Saya ambik set kurus shaklee " balas saya ringkas sambil tersenyum

" patut la kau nampak kurus, dah berapa lama kau ambik set tu? "

" Baru 3 bulan kak, saya ambik pada bulan ogos hari tu. akak nak tengok gambar saya dulu tak? "

" Eh! mana handphone saya kak? " saya baru perasan saya hanya memegang beg duit saja.

" Ya Allah!! Kau tertingal atas meja cafe tadi " kata kawan saya cemas

Saya terus terdiam, dalam hati terus berdoa

" Ya Allah, jika handphone itu adalah rezekiku, aku mohon kembalikan kepadaku semula " dalam hati terus beristighfar tanpa henti.






kawan saya cuba mendail nombor telefon saya " Shila, handphone kau ada bunyi lagi. cepat kita pegi ke cafe" 

saya terus berlari menuju ke cafe yang jaraknya lebih kurang 500 meter. Sampai di cafe, saya lihat ramai orang sedang makan dan saya melihat seorang lelaki sedang makan di meja saya tadi. Saya menghampiri meja itu dan saya lihat handphone saya berada disebelah beg galas milik lelaki itu

" Encik, saya nak ambil handphone saya tertinggal tadi" jawab saya ragu-ragu

"Boleh, ambil la " ringkas jawapan dari lelaki itu sambil menikmati hidangannya

" Terima kasih Encik" saya terus berlalu. Saya terpinga-pinga kerana sudah hampir setengah jam saya meningalkan cafe itu dan handphone saya langsung tidak diambil oleh siapa-siapa.

Kawan saya juga hairan dan terus bertanya " Kenapa tak ada orang ambil pula handphone kau ye Shila? dah lama kita tinggalkan meja tu"

"Entah la kak, mungkin berkat solat sunat duha yang selalu saya amalkan" Saya sangat yakin dengan jawapan saya.

"Mungkin juga shila, solat Duha untuk memanjangkan rezeki. Terkejut akak, ingat handphone kau dah hilang tadi."

" Syukur sangat kak, kalau hilang memang susah saya sebab dalam handphone ni banyak urusan bisnes saya"

SOLAT SUNAT DUHA

Saya mula mendirikan solat sunat Dhuha pada Januari, 2014 dan semenjak saya mula mengamalkannya, banyak keajaiban yang berlaku kepada saya antaranya seperti yang saya nyatakan di atas. 


Jom solat Dhuha


Dikesempatan ini saya ingin mengucakan jutaan terima kasih kepada bos saya semasa bertugas di SK. Sungai Telor iaitu Pn. Salbiah binti Ahmad kerana melalui beliau saya mula kenal apa itu solat sunat Dhuha. Semoga Allah merahmati hidup Pn. Salbiah sekeluarga....Amin













Isnin, 6 Oktober 2014

ERTI SEBUAH PENGORBANAN


Assalammualaikum  dan Salam Aidiladha

Hari ini 11 Zulhijah 1435  masih lagi dalam mood Hari Raya Haji. Disana sini masih ada lagi yang menjalankan ibadah Qurban.

Entri kali ini saya tulis kerana saya sendiri sedang menghayati erti sebuah pengorbanan. Sepatutnya Hari Raya Haji kali ini disambut disebelah keluarga saya di Johor Bahru. Gembira hati bila dapat beraya dengan mak abah dan adik beradik. Pelbagai menu telah dirancang, aktiviti untuk berkunjung dirumah nenek dan saudara mara juga telah bermain dibenak fikiran saya. Ni kira balas dendam sebab masa sambutan Hari Raya Puasa dulu saya beraya disebelah keluarga suami.

Entah macam mana 2 hari sebelum raya suami memberitahu kami akan pulang beraya di Kota Tinggi sebelah keluarga suami

" Sayang, nanti raya kita balik kampung ye " perlahan je suara suami. Sebab dia tau kali ni memang giliran sebelah keluarga saya

" Eh, kenapa kena balik kampung pulak? " ada sedikit rasa tidak puas hati pada nada suara saya

" Tadi mak telefon papa, dia tanya balik sekejap tak boleh ke?" suami masih memujuk saya

Saya terus terdiam. Tak tau nak cakap apa dengan mak saya. Dalam hati memang terasa agak kecewa. Lama saya berfikir tapi pertanyaan suami masih tidak saya jawab.

HARI RAYA AIDILADHA

Gambar Hiasan

Hari Raya Qurban telah tiba, saya sibuk menguruskan anak-anak. Suami pula terus ke masjid bersama abah dan mak untuk menunaikan solat sunat Hari Raya

Saya dan adik-adik sibuk menyediakan juadah. Ketupat Rendang terhidang di meja. Bila suami pulang ke rumah kami menjamu selera bersama. Rendang dan sayur lodeh masakkan mak memang terbaik. Selesai makan suami mengikut abah ke surau untuk membantu urusan penyembelihan lembu Korban.

Saya pula di rumah masih berfikir hendak balik ke kampung suami ataupun tidak. Rasa ego dalam hati masih kuat. Ego untuk mempertahankan beraya disebelah keluarga saya. Selesai solat zohor, saya beristighfar dan berzikir. Tiba-tiba saya rasa saya perlu balik ke kampung suami untuk menjenguk mertua saya,  Saya rasa sangat berdosa jika menghampakan permintaan  seorang ibu yang mengharapkan kepulangan anak-anaknya di hari raya

BALIK KAMPUNG

Suami pulang ke rumah setelah selesai membantu melapah daging korban di surau. Saya masih belum memberi jawapan pada suami saya. lagipun saya memang tidak memohon cuti, jika balik kampung suami pasti mertua mengharapkan kami bermalam.

" Kalau sayang tak nak ikut papa balik kampung, papa boleh balik sorang je. Papa cuma nak salam dan peluk mak. Lepas tu papa balik sini lagi" suami berkata perlahan

Allahuakbar......terasa sangat bersalah pada suami dan mertua. Saya juga ada anak-anak, saya cuba letakkan diri saya pada situasi mertua. Bergenang air mata saya, mungkin kali ini saya perlu menghayati erti pengorbanan. Ye saya korbankan ego saya, saya korbankan cuti saya, saya korbankan masa saya demi mertua tercinta. 

" Jom papa, kita siap-siap" saya bersuara ceria

" Nak ikut mak pegi rumah nenek ke? tanya suami

" Kita siap-siap nak balik Kota Tinggi la. Papa cakap nak jumpa mak" 

" sayang nak ikut papa ke? Alhamdulilah" Riak wajah suami bertukar ceria

" eh mseti la nak ikut, tak kan papa balik sorang je. Besok mama boleh ambik cuti" saya tersenyum.

Perjalanan kami mengambil masa agak lama kerana kesesakan lalulintas disebabkan kemalangan jalanraya, dan alhamdulilah, jam 5.30 petang kami sekeluarga sampai dirumah mertua. Hati saya terasa lapang bila melihat wajah ceria mertua menyambut kepulangan kami.
Suami dan Anak-anak

Ya Allah, Engkau ampunkan dosa-dosaku kerana aku hampir saja mengecilkan hati ibu mertuaku. Sedangkan Ibu mertuaku adalah seorang mertua yang sangat penyayang.


PERUBAHAN KETARA

Saya sangat gembira bila dapat berkorban untuk mertua saya. mungkin pengorbanan saya tidak seberapa tapi bila melihat wajah ceria mertua bermain bersama cucu-cucunya hati terasa damai walaupun saya agak keletihan.

Saya perasan perubahan ketara pada sikap saya semenjak saya menyertai keluarga besar shaklee dibawah Empayer Mariafirdaus. Saya lebih bertolenrasi dan tidak mementingkan diri sendiri. Saya lebih suka memudahkan urusan orang lain, dan bila saya lihat orang disekeliling saya gembira saya juga rasa gembira dan saya menjadi seorang yang lebih positif. Disini saya ingin menekankan bahawa Shaklee bukan sekadar perniagaan biasa kerana bagi saya Shaklee adalah segalanya, melalui perniagaan shaklee saya belajar 'memberi', saya belajar 'erti pengorbanan' saya belajar 'bersyukur' dan banyak lagi. Saya sangat sayangkan Shaklee dan Group Mariafirdaus. 
Shaklee Dihatiku

Untuk pengetahuan pembaca semua perniagaan Shaklee telah melahirkan ramai jutawan yang bertaqwa. Suatu Hari nanti saya juga akan menjadi jutawan Shaklee dan akan membantu lebih ramai lagi rakyat malaysia menyelesaikan masaalah kesihatan dan menambah nilai hidup mereka melalui perniagaan shaklee. Insha Allah








Khamis, 2 Oktober 2014

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Assalamualaikum

Pertama sekali saya ucapkan selamat datang kepada mereka yang buat pertama kalinya ke blog shilazamri.blogspot.com ini

Mudah-mudahan, Allah merahmati kita semua, diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Hari ini saya nak kongsi satu cerita  'magic' yang terjadi pada saya minggu lepas. Kisah dimana saya dengan niat ikhlas membantu adik saya menjual tudung di sekolah tempat saya bertugas.

Untuk pengetahuan anda semua, saya merupakan anak sulung dari 4 beradik dan semestinya saya rasa bertanggungjawab terhadap adik- adik saya kerana bagi saya keluarga adalah segalanya, sebab tu la saya suka berniaga bersama Group MFMS, family first.....hehehe ( gurau pun tak boleh )

KISAH ADIK BONGSU

Adik saya ni kami panggil 'Acu Na' baru menamatkan pengajian dalam bidang rekaan fesyen dari UiTM awal tahun ini. Minatnya dalam bidang rekaan tudung menyebabkan dia tidak mahu berkerja makan gaji dan mengambil keputusan untuk berniaga

Bagi saya agak berisiko jika kita berniaga tanpa ilmu dan mentor yang betul. Tapi kami sekeluarga tetap menyokong tindakan adik saya dan dia telah mendaftarkan tudung-tudungnya dibawah jenama 
'sayang hijab'.


Antara koleksi Sayang Hijab

Sangkaan saya memang tepat, adik saya menemui Jalan buntu untuk memasarkan tudung-tudung rekaannya. Hasil kerja yang bagus tapi kurang dikenali.

Satu hari adik saya bertanya "along, boleh tak kau tolong jual tudung-tudung ni kat sekolah kau"

"Boleh juga, Ada upah tak" saya mengusik adik saya

" Kau tolong aku, nanti Allah akan balas" adik saya memujuk

Saya pun bersetuju membantu adik saya walaupun tanpa upah. Pagi-pagi dia sudah menunggu saya dengan 1 beg besar.

"Eh..banyaknya, berat tau macam mana nak bawak" saya agak terperanjat

"Tolonglah...nanti dapat pahala tau" adik saya merayu

Saya pun memasukkan beg berisi tudung ke dalam kereta dan membawa ke sekolah.

KERJA 'PART TIME' BERMULA

Menjelang waktu minum pagi, lebih kurang jam 10 pagi, saya mengusung beg besar berisi tudung ke kantin. Berat bukan main, malu pun ada sebenarnya. Tapi dalam hati terus berkata niat nak tolong dengan ikhlas. Alhamdulilah, Ada juga yang membeli. Menjelang tengah hari saya makan dengan cepat dan terus ke bilik guru untuk menyambung menjual baki tudung adik saya. Sekali lagi saya terpaksa mengusung beg besar tadi. Kali ini agak mencabar kerana jarak antara bilik guru dan pejabat agak jauh. Saya kuatkan semangat dan niat dalam hati tolong dengan ikhlas tanpa balasan.
Masa 1 Jam memang saya gunakan sepenuhnya untuk menghabiskan kesemua baki shawl adik saya. Alhamdulilah ramai juga yang berminat dengan rekaan tudung adik saya. Syukur ya Allah.....


Gambar Sekadar Hiasan




PENCARIAN NAMA SHAWL

Tepat jam 2.00 petang saya menyambung kembali tugas saya seperti biasa. Hari itu kerja saya agak banyak. tak sedar masa berlalu. Sebelum waktu pejabat berakhir saya sempat melayari Facebook, tiba-tiba terbaca di Wall ada peraduan mencari nama shawl.
saya pun saja suka-suka letak nama "DELIMA", kemudian saya terus menyambung kerja-kerja saya sehingga jam 5.00 petang.




Kepada sesiapa yg boleh bagi eiza nama yang paling comel untuk shawl ini akan dikira Pemenang....
Masa tamat pada malam ini tepat pukul 10 mlm...pemenang akn diumumkan esok pada jam 10 pg..insyaa allah.....
— with Hazli Haron.
LikeLike ·  · 



MENANG PERADUAN

Keesokan harinya saya mendapat satu mesej di Facebook yang tertera nama saya. ohh!!!! baru saya teringat saya ada masuk peraduan teka nama shawl semalam. Saya baca sekali lagi, Ya Allah...macam tak percaya, saya jadi pemenang dalam peraduan 'Pencarian Nama Shawl". Gembira hati bukan kepalang, sepanjang hari itu saya hanya tersenyum saja sebab memikirkan kebesaran Allah. Apa yang saya cuba tekankan disini adalah bila kita berniat dengan ikhlas untuk  menolong orang lain untuk berjaya, pasti kita juga akan berjaya. Mulai hari itu saya lebih yakin untuk membantu lebih ramai lagi orang-orang diluar sana. 



As salam
Br selesai masak..now tunaikan tanggungjawab dan janji....
Pemenang bg mencari nama yg comel utk shawl eiza adalah sis Noorhasila Shila......
See More
 — with Hazli Haron and Noorhasila Shila.
LikeLike ·  · 


ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Semoga cerita saya ini akan jadi motivasi pada anda semua, Tiada sedikitpun niat dihati untuk bersifat riak tapi saya rasa saya perlu berkongsi dengan anda semua. Jangan takut untuk memberi, kerana setiap apa yang kita beri insha Allah kita akan dapat pulangannya kembali. Bak kata Dr. Azizan Osman "MORE YOU GIVE MORE YOU GET BACK"