Assalamualaikum
Semalam saya balik kampung di Kota Tinggi, dalam jam 4.30 petang. Lupa nak maklumkan pada jiran, sebab nak cepat kan.
Pagi tadi, saya terima panggilan dari jiran dan dia bagi tahu ada orang cuba pecah masuk rumah saya.
Menurut jiran saya, penyamun tu cuba buka pagar menggunakan kunci dan bila jiran saya sergah dan mengeluarkan kayu hoki, penyamun tersebut terus berjalan laju.
Saya pun bergegas balik ke rumah, dan bila sampai saya tak boleh buka pagar sebab manga rumah dah rosak.
Jadi saya terpaksa minta bantuan jiran untuk memecahkan pintu pagar.
Saya rasa, penyamun tu cuba nak curi kereta yang saya tinggalkan, sebab tu dia cuba menggunakan kunci.
Gambar Hiasan
kalau dia nak pecah masuk rumah, mesti dia dah panjat pagar kan.
Alhamdulilah, Allah lindug rumah saya dari penyamun tapi saya tetap kena berhati-hati. Nasihat saya kepada sahabat di luar sana, bawa la kunci kenderaan walaupun kenderaan itu anda tinggalkan di rumah.
Lagi satu, anda boleh maklumkan pada jiran atau polis bahawa anda pulang beraya untuk satu tempoh yang agak lama.
Ok, sampai sini dulu. Mohon share jika anda rasa entri ini bermanfaat.
Like page saya : Seni Pakaian Warisan
Zam Tanjak : 019-7064678
0 comments:
Catat Ulasan