Khamis, 9 Jun 2016

SEMINAR DR. AZIZAN OSMAN TERLALU MAHAL

Assalamualaikum

Saya doakan Dr. Azizan sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Mungkin tika dan saat ini Dr. sekeluarga sedang menunaikan ibadah umrah, saya doakan semoga Allah permudahkan urusan Dr. 

Sudah seminggu berlalu, saya rasa sangat bersyukur kerana telah terpilih untuk menghadiri majlis ilmu Millionaire Mastery Marketing Mei, 2016.



Terima kasih.. terima kasih... dan terima kasih hanya ungkapan itu yang mampu saya ucapkan, terlalu banyak ilmu yang Dr curahkan pada saya. rasanya tidak mampu saya balas walau dengan segunung emas.

Dr, saya merupakan penjawat awam yang menerima gaji tetap beserta elaun setiap bulan. kalau nak ikut memang hidup saya selesa, selesa sangggattttttt.

Tapi , hati dan jiwa saya meronta hendak berniaga, walaupun secara sambilan saya tetap nak berniaga. 

Saya mula mengikuti kelas-kelas percuma yang Dr. anjurkan dan saya dah mula 'jatuh hati' pada Dr. Saya yakin, Dr la orang yang mampu bimbing saya untuk jadi peniaga yang hebat. Dan pada bulan Mac 2016 saya mengikuti kelas IMKK.

Dalam seminar IMKK saya banyak belajar perkara baru, dan saya belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain.

Ya Allah, indahnya sebuah kemaafan. Saya seperti baru dilahirkan semula dan rezeki datang silih berganti.

Kemudian saya buat keputusan untuk menghadiri kelas Millionaire Mastery Marketing, dan saya mula menghubungi pihak Richworks.

Staff Dr, melayan panggilan saya dengan penuh mesra, tapi hati dan jiwa saya macam nak meletoppppp!!!!!!!

Dr, kenapa mahal sangat yuran untuk seminar Millionaire Mastery Marketing??? balik rumah saya menangis. mana nak cari duit sebanyak tu? 

" Apalah Dr. Azizan ni, cakap nak tolong orang melayu berniaga tapi kenakan yuran bapak punya mahal"

Itu la antara luahan hati saya. Tapi mujur saya mengamalkan ilmu IMKK yang Dr ajar dan saya submit doa pada yang Esa.

Dengan penuh kepayahan saya berusaha untuk ke seminar Millionaire Mastery Marketing, bukan saja yuran seminar yang mahal tapi kos penginapan di hotel De'palma juga mahal.

Saya pujuk hati, mesti ada sesuatu yang Dr. nak bagi sebab tu mahal, bak kata pepatah  Ada Rupa, Ada Harga.

Maka 26 Mei, 2016 bermulalah perjalanan saya bersama suami dan adik ke Kl berbekalkan modal ala kadar dan dengan niat hendak menuntut ilmu.

PERUBAHAN KETARA SELEPAS 3 HARI

Dr, selepas tamat seminar, apa yang boleh saya katakan YAHOOOOOOO!!!!!!!!!

Alhamdulilah, syukur sangat-sanagt kerana Allah telah pilih saya untuk menghadiri seminar MMM Mei, 2016.

Terlalu banyak ilmu yang Dr curahkan, ada lebih 200 teknik online dan offline yang boleh digunakan dalam apa juga jenis perniagaan.

Saya mula nampak hala tuju hidup saya, dan saya mula berani mengenali insan-insan bergelar jutawan.

Betul kata Dr nak jadi jutawan, kena berkawan dengan jutawan dan mereka yang dah berjaya. Saya juga berani bertindak luar biasa.

Dr tau tak, sebelum ni saya tak suka buat posting di FB, bagi saya buang masa je. Tapi lepas balik seminar MMM saya rasa Fb sangat membantu saya dalam memasarkan produk yang saya jual.

Dr, saya rasa cukup sampai disini dulu coretan saya. Insha Allah saya akan sambung lain kali. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Dr dan seluruh keluarga Richworks.

Saya berazam akan menghadiri semua program yang Dr anjurkan, terutama Titanium circle. Dr tolong doakan saya.

Bersama  Amir pemilik Hipster Pomade

Sarapan dulu sebelum kelas bermula

 Suami ditemuramah staff Richworks





Salam wangi dari anak murid mu

Noorhasila Omar

Kalau Dr sudi like la page saya Cermin Kosmetik.













0 comments:

Catat Ulasan