This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selamat Datang ke blog Shila Zamri.

Kepakaran kami dalam membantu kaum ibu untuk hidup lebih sihat dan keluarga ceria. Sudah ramai kaum ibu yang kami bantu dalam masalah penyusuan dan sakit-sakit badan disebabkan oleh kerjaya dan tanggungjawab kepada keluarga. Anda boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan konsultasi.
Kami turut ingin berkongsi segala maklumat: tips kesihatan, motivasi, kecantikan fesyen dan resepi masakan. Tidak lupa info dan testimoni produk kesihatan shaklee kepada pembaca diluar sana.
Memaparkan catatan dengan label Hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hamil. Papar semua catatan

Ahad, 18 Oktober 2015

5 CARA BERPANTANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Assalamualaikum

Aku doakan korang semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Ada beberapa orang kawan bertanya dengan aku, macam mana cara berpantang kalau bersalin secara pembedahan ni?

Jadi aku nak kongsi sedikit la, ni semua ikut pengalaman aku masa bersalin anak sulung.

Mak aku pun tak tahu, sebab dia lahirkan kami adik beradik semua secara normal. hehhehe.....bahagian masing2 la yeob......


CARA BERPANTANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Ini BUKAN perut aku hehehhe......


1.   2 minggu pertama tu, aku memang TAK MANDI , hehhehe.....sebab luka tu memang tak boleh kena air, jadi aku cuma gosok gigi dan lap je badan. Tapi aku salin baju seharI 4 kali...hahahhaha. Berlengas beb, tak tahan aku. Tapi sebab nak cepat baik punya pasal....layan je la

2.  Walau pun bersalin secara pembedahan, aku TETAP BERURUT dan bertungku seperti biasa, cuma bidan tak usik la tang perut tu. Dia cuma urut badan, kepala dan  kaki je. Haaa...korang kena la cari bidan yang betul2 berpengalaman, kalau boleh yang dah kenal la...bukan apa, takut la kalau salah urut kat luka tu....waaaaaaaaa.....

3.  Sepanjang tempoh berpantang tu, aku makan BUBUR NASI je dengan sayur bening dan ikan bakar. Tak ada cili..tak ada halia...tak ada lada hitam. Sebab, luka pembedahan sangat sakit tau, tak sama macam kita bersalin normal. Jadi elok la makan benda2 yang lembut dan tidak pedas. 44 hari beb, aku makan nasi bubur...lama2 aku rasa sedap pulak makan bubur.

4.  Bab tandas ni, kalau boleh cari la TANDAS DUDUK. jangan la guna tandas cangkung tu...dan jangan meneran ye adik2...kakak2. Sebab boleh bagi kesan pada luka. Isshhhh....aku banyak kali la dengar baru bersalin  berapa hari, luka pembedahan tu terbukak...adoiiii....kena jahit lagi.

5. Tips ni aku dapat dari nurse yang datang check up aku kt rumah, dia cakap sepanjang tempoh berpantang secara pembedahan ni, TIDAK BOLEH PAKAI BENGKUNG, luka kena jaga betul2. Dia cakap bila dah cukup 100 hari, baru aku pakai losyen panas macam losyen mustajab tu, sapu kat perut lepas tu terus pakai korset, Supaya perut tak geleber.

Lepas 100 hari baru la boleh guna Korset dan losyen panas, sebagai ganti bengkung

Aku rasa, cukup la tu 5 tips ni. Bukan nya kedekut..tapi ni je basic nya. Tapi siapa yang pernah melalui bersalin secara pembedahan memang tahu la, sakitnya macam mana. Nak batuk, nak bersin semua kena tutup perut dengan bantal kecik.

Nak ketawa pun sakit tau, aku memang malas nak tengok rancangan yang lawak jenaka ni. hehehhhe.....


Luka pembedaha ni, sakitnya sampai 20 tahun masih terasa tau. Ni kawan aku yang cerita, kadang2 kalau angkat benda berat sikit mesti terasa pedih atau ngilu.

Lain pulak dengan aku, berkat pengambilan ESP yang konsisten alhamdulilah parut makin mengecil dan sakit pun dah berkurangan.

Betul kata orang, protein yang terkandung dalam ESP memang sangat power...hehehhe.

Apa-apapun, aku nasihatkan korang guna la set bersalin lengkap dari shaklee, memang pelaburan yang sangat bijak. Tak rugi pun sebab bagi aku kesihatan tu yang utama.

Set Bersalin lengkap Normal & Pembedahan


Okey la, sampai sini dulu perkongsian aku. Rasa macam panjang pulak celoteh kali ni. Hehehehe...betul cakap mentor aku, kalau kita menulis dari hati, banyak idea yang datang.

Kalau korang rasa info ni bermanfaat, boleh la korang tekan butang share supaya info ni kita boleh kongsi dengan kawan2 yang lain.

Nak tau lebih lanjut lagi info mengenai set bersalin shaklee, boleh la pm aku

013-7505728 ( Shila )
FB : Noorhasila Shila



Isnin, 13 April 2015

WANITA DAN KESIHATAN

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot.com sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Saya juga doakan anda kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.

Baru-baru ini saya ada menghadiri talk di branch shaklee Johor Bahru. Tajuknya Wanita dan kesihatan.

Hari ini baru saya berkesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi.

FUNGSI GLA

Pakar nutrisi mencadangkan wanita mengambil GLA seawal usia 25 tahun bagi mengatasi maslah pra-monopous dan menstabilkan hormon.

GLA merupakan vitamin yang sangat penting bagi mengatasi masalah senguggut, masalah kesuburan dikalangan wanita dan haid tidak teratur.




PERBEZAAN GLA DAN EPO

EPO diperbuat dari bunga Evening Primrose dan membantu masalah sendi dan kewanitaan, ia lebih cair berbanding GLA.

GLA Complax pula, diperbuat dari bunga Borage yang mengandungi paras GLA lebih tinggi iaitu sebanyak 25% berbanding kandungan EPO hanya 10%.

Selain itu, GLA complax juga mengandungi Vitamin E sebagai anti penuaan dan mengandungi minyak Bunga Matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6.



TESTIMONI GLA SHAKLEE


Masalah haid tidak teratur






Cyst kecut dan tidak perlu pembedahan






Berjaya hamil dengan GLA Complax



PROMOSI APRIL, 2015








Rabu, 25 Mac 2015

ESP: LUKA PEMBEDAHAN SEMBUH DALAM TEMPOH SETAHUN!!!!!!

Assalamualaikum

Apa khabar pembaca blog shilazamri.blogspot.com?

Saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Hari ni 25 Mac, 2015, ada lagi 3 hari sebelum berakhir promosi ESP beli 6 PERCUMA 1. Bulan ni closing awal tau, sampai 28 Mac, 2015 jam 11.59 malam je tau.

Sempena promosi ESP bulan ni, saya nak kongsi sedikit info mengenai ESP.

Mungkin ada yang dah tau apa itu ESP, tapi saya percaya masih ramai lagi yang tak tau apa itu ESP


ENERGIZING SOY PROTEIN ( ESP )

Saya mula mengenali ESP masa hamil anak kedua pada tahun 2014. Masa tu dokter bagi tau, mungkin saya akan bersalin secara pembedahan (cesarean) sebab anak sulung saya pun dilahirkan secara pembedahan.

Jarak antara anak sulung dan yang kedua hanya setahun, luka cesar saya belum pulih. Sebenarnya dokter menasihatkan saya supaya jarak kan kehamilan 3 tahun, tapi dah Allah bagi rezeki anak cepat, tak kan saya nak tolak kan hehehhehehe.........

Saya mula mencari kalau-kalau ada supplemen yang boleh bantu saya pulihkan luka cesar dengan cepat dan dapatlah saya bersalin secara normal.

Satu hari, saya berbual dengan sepupu saya dan beliau mencadangkan saya ESP. Saya memang suka minum soya, jadi saya tak fikir lama dan terus setuju.



Promosi ESP


Mula-mula minum saya campur ESP + Milo  = sedapppp sangggattttt. Rasa lebih sedap dari milo tabur.

Bermula episod saya ketagih ESP, setiap pagi wajib bersarapan dengan ESP. Saya rasa ada perubahan positif, saya tak penat sangat, walaupun bekerja dan hamil 6 bulan. Saya sangat aktif bersiar-siar diwaktu petang dan bermain bersama anak sulung yang berumur 8 bulan masa tu.

JATUH CINTA SEKALI LAGI

Betul kata orang, tak kenal maka tak cinta....dah cuba terus tak boleh lupa. Macam tu la ibarat saya dengan ESP.

Saya ni kalau hamil je, mesti ada diabetes dan ESP bantu saya kawal gula dalam darah. Bacaan gula saya antara 3 hingga 5 saja. Memang terkawal.

Saya rasa sangat teruja setiap kali membuat pemeriksaan kandungan, dokter berpuas hati dengan tahap kesihatan saya.

Dan masa berlalu dengan pantas, sampai lah masa saya sakit untuk bersalin. 4 tin ESP telah saya minum sepanjang kehamilan.

Saya memang berazam akan bersalin secara normal, dan keajaiban memang berlaku dengan izin Allah SWT.

Pada 9 Mei, 2014 saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel seberat 3.42 di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Syukur kehadrat Ilahi, walaupun dalam buku merah tertulis laporan bahawa saya akan bersalin secara cesarean lagi, tapi dengan bantuan ESP dan izin Allah luka cesar saya setahun yang lalu pulih sepenuhnya.

ESP juga bagi tenaga semasa saya meneran untuk melahirkan, memang sangat teruja dan rasa nak telan 1 tin ESP tu hahahhahhah. Orang kalau dah jatuh cinta memang macam tu kan.....


KULIT BAYI HALUS DAN GEBU

Masa kat wad bersalin, saya tengok wajah baby Qaisara....kulit nya warna pink. Nurse pun tegur. Saya rasa malu sendiri, sebab saya dan suami berkulit sawo matang.

Mungkin ni kesan saya minum ESP, dan nures bersetuju bahawa soya membantu kulit baby lebih halus dan putih.


Baby Qaisarah


Sekian dulu perkongsian saya. Kepada para ibu hamil dan menyusu, saya cadangkan anda semua mencuba ESP. 

Memang sangat berpuas hati, susu badan pun meriah. Saya sendiri jadi testimoni dan terus jatuh cinta sampai sekarang.

Dah hampir setahun saya jadi pengguna ESP, dan saya rasa bersalah sangat jika tidak kongsi produk yang hebat kepada anda semua.


Ingin mendapatkan supplemen untuk seisi keluarga?

Ingin menjana pendapatan sampingan 2 hingga 5 angka?

Hubungi saya

Noorhasila Omar (Shila)
013-7505728
fb : Noorhasila Shila
email : noorhasila80@yahoo.com.my




























Rabu, 24 Disember 2014

7 sebab kenapa kita perlukan kolagen

Assalamualaikum

Saya doakan anda semua sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Mulai 10 hingga 31 Disember, 2014 pihak shaklee mengadakan promosi kolagen beli 3 percuma 1.

Rugi siapa yang tak grab awal-awal sebab mulai 1 Januari, 2015 jualan kolagen akan dihentikan atas 

sebab garis panduan proses pendaftaran yang dikenakan oleh kerajaan malaysia.


APA ITU KOLAGEN

Kolagen merupakan sejenis protein yang diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara
keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat 30% kolagen didalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.



7 SEBAB KENAPA KITA PERLUKAN KOLAGEN







KESAN KEHILANGAN KOLAGEN







MENGAPA KOLAGEN SHAKLEE PILIHAN TERBAIK

kolagen shaklee diperbuat dari sisik ikan merah





bukan sekadar kolagen





TESTIMONI KOLAGEN SHAKLEE



Testimoni 1




Testimoni 2


Testimoni 3





BORONG SEBELUM KEHABISAN STOK

Dah tengok kebaikan kolagen dan kesan kehilangan kolagen. Testimonipun dah ada, jadi tunggu apa lagi, cepat borng sebelum 31 Disember, 2014.





MENCARI SUPPLEMEN UNTUK KELUARGA?

INGIN MENJANA INCOME 3 4 5 ANGKA SECARA PART TIME ?

HUBUNGI SAYA


Noorhasila Omar   013-7505728sid : 1163981fb : Noorhasila Shilaemail : noorhasila80@yahoo.com.my





.





Rabu, 17 September 2014

TIPS MUDAH HAMIL

Assalammualaikum..........

Saya doakan anda semua sentiasa dirahmati Allah dan semoga segala urusan anda dipermudahkan, Insha Allah.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk mudah hamil. Ini kerana pada pandangan saya, masalah kesuburan dikalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan. Saya juga mengalami perkara yang sama, empat tahun berkahwin tapi masih belum mempunyai anak.

Paling sedih bila ada yang bertanya soalan " Bila nak ada baby?" atau " Asik berdua je, bila nak bertiga pulak"?

Tak tau nak bagi jawapan apa pada mereka yang suka bertanya soalan macam tu. Terpaksa senyum walaupun dalam hati sangat terluka.

Namun saya tidak pernah berputus asa, saya kuatkan semangat untuk berusaha. pelbagai cara dan tips saya amalkan. Alhamdulilah pada tahun 2013 akhirnya saya berjaya bergelar ibu.


Di sini ingin saya kongsikan segala tip mudah hamil yang telah saya amalkan, semoga ia bermanfaat kepada anda semua.


TIPS MUDAH HAMIL:

1. JAGA PEMAKANAN & DIET SEIMBANG

Jenis makanan mudah hamil adalah karbohidrat komplaks seperti Oat, Beras Perang, Roti Gandum. Makanan tersebut tidak memberi impak buruk pada gula dalam darah, malah membantu fungsi insulin untuk meningkatkan tahap kesuburan. Selain itu, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari juga sangat digalakkan. Kurma adalah makanan terbaik untuk mudah hamil.



2. KETAHUI WAKTU SUBUR

Mengetahui bilakah waktu subur adalah sangat penting bagi yang sedang merancang kehamilan, kerana kebarangkalian kita untuk hamil adalah tinggi berbanding melakukan hubungan intim bukan waktu subur. Kebiasaannya waktu subur adalah lebih kurang 14 hari dari hari haid pertama keluar. Sila tanda pada kalendar bilakah tarikh haid pertama, ini akan memudahkan anda mengira waktu subur anda.

Cara lain untuk mengetahui waktu subur adalah suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.




3. SUPPLEMENT

Supplement sangat membantu dalam mengatasi masalah kesuburan. Berikut adalah supplement yang dicadangkan bagi membantu anda untuk mudah hamil dengan cepat.


4. KERAP MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM

Lakukan hubungan intim dengan kerap, ini juga salah satu usaha. Sebelum melakukan hubungan intim, pastikan kita dalam keadaan bersedia, dalam keadaan tenang dan gembira. Jangan melakukan hubungan intim kerana terpaksa memenuhi permintaan pasangan atau kerana inginkan zuriat sahaja


5. ELAKKAN  STRESS

Tahukah anda,stress adalah salah satu punca wanita sukar untuk hamil. Kebiasaannya stress berpunca dari pejabat dan terbawa-bawa ke rumah. Emosi tidak stabil, mudah marah. Sebaiknya tinggalkan segala masalah kerja di pejabat dan pulang ke rumah dalam keadaan gembira.



6. BERFIKIRAN POSITIF

Sentiasa yakin kita boleh hamil dan mempunyai zuriat sendiri. Sentiasa melakukan aktiviti bersama pasangan seperti bersiar-siar di taman, memasak bersama atau berkebun. Hal sebegini mungkin nampak remeh, tapi percayalah ia sangat membantu.


7. BERDOA

Senjata orang mukmin adalah doa. Jangan pernah putus asa untuk berdoa pada Allah. Jika hari ini kita belum dikurniakan zuriat, jangan bersedih.




Doa Nabi Zakaria. a.s.
doa dapat zuriat
Surah Ai Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.



SHAKLEE SENTIASA SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI




Ingin mendapat supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?




FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

Noorhasila Omar
013-7505728
FB : Noorhasila Shila
Email : noorhasila80@yahoo.com.my