This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selamat Datang ke blog Shila Zamri.

Kepakaran kami dalam membantu kaum ibu untuk hidup lebih sihat dan keluarga ceria. Sudah ramai kaum ibu yang kami bantu dalam masalah penyusuan dan sakit-sakit badan disebabkan oleh kerjaya dan tanggungjawab kepada keluarga. Anda boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan konsultasi.
Kami turut ingin berkongsi segala maklumat: tips kesihatan, motivasi, kecantikan fesyen dan resepi masakan. Tidak lupa info dan testimoni produk kesihatan shaklee kepada pembaca diluar sana.
Memaparkan catatan dengan label Alfalfa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alfalfa. Papar semua catatan

Ahad, 18 Oktober 2015

5 CARA BERPANTANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Assalamualaikum

Aku doakan korang semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Ada beberapa orang kawan bertanya dengan aku, macam mana cara berpantang kalau bersalin secara pembedahan ni?

Jadi aku nak kongsi sedikit la, ni semua ikut pengalaman aku masa bersalin anak sulung.

Mak aku pun tak tahu, sebab dia lahirkan kami adik beradik semua secara normal. hehhehe.....bahagian masing2 la yeob......


CARA BERPANTANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Ini BUKAN perut aku hehehhe......


1.   2 minggu pertama tu, aku memang TAK MANDI , hehhehe.....sebab luka tu memang tak boleh kena air, jadi aku cuma gosok gigi dan lap je badan. Tapi aku salin baju seharI 4 kali...hahahhaha. Berlengas beb, tak tahan aku. Tapi sebab nak cepat baik punya pasal....layan je la

2.  Walau pun bersalin secara pembedahan, aku TETAP BERURUT dan bertungku seperti biasa, cuma bidan tak usik la tang perut tu. Dia cuma urut badan, kepala dan  kaki je. Haaa...korang kena la cari bidan yang betul2 berpengalaman, kalau boleh yang dah kenal la...bukan apa, takut la kalau salah urut kat luka tu....waaaaaaaaa.....

3.  Sepanjang tempoh berpantang tu, aku makan BUBUR NASI je dengan sayur bening dan ikan bakar. Tak ada cili..tak ada halia...tak ada lada hitam. Sebab, luka pembedahan sangat sakit tau, tak sama macam kita bersalin normal. Jadi elok la makan benda2 yang lembut dan tidak pedas. 44 hari beb, aku makan nasi bubur...lama2 aku rasa sedap pulak makan bubur.

4.  Bab tandas ni, kalau boleh cari la TANDAS DUDUK. jangan la guna tandas cangkung tu...dan jangan meneran ye adik2...kakak2. Sebab boleh bagi kesan pada luka. Isshhhh....aku banyak kali la dengar baru bersalin  berapa hari, luka pembedahan tu terbukak...adoiiii....kena jahit lagi.

5. Tips ni aku dapat dari nurse yang datang check up aku kt rumah, dia cakap sepanjang tempoh berpantang secara pembedahan ni, TIDAK BOLEH PAKAI BENGKUNG, luka kena jaga betul2. Dia cakap bila dah cukup 100 hari, baru aku pakai losyen panas macam losyen mustajab tu, sapu kat perut lepas tu terus pakai korset, Supaya perut tak geleber.

Lepas 100 hari baru la boleh guna Korset dan losyen panas, sebagai ganti bengkung

Aku rasa, cukup la tu 5 tips ni. Bukan nya kedekut..tapi ni je basic nya. Tapi siapa yang pernah melalui bersalin secara pembedahan memang tahu la, sakitnya macam mana. Nak batuk, nak bersin semua kena tutup perut dengan bantal kecik.

Nak ketawa pun sakit tau, aku memang malas nak tengok rancangan yang lawak jenaka ni. hehehhhe.....


Luka pembedaha ni, sakitnya sampai 20 tahun masih terasa tau. Ni kawan aku yang cerita, kadang2 kalau angkat benda berat sikit mesti terasa pedih atau ngilu.

Lain pulak dengan aku, berkat pengambilan ESP yang konsisten alhamdulilah parut makin mengecil dan sakit pun dah berkurangan.

Betul kata orang, protein yang terkandung dalam ESP memang sangat power...hehehhe.

Apa-apapun, aku nasihatkan korang guna la set bersalin lengkap dari shaklee, memang pelaburan yang sangat bijak. Tak rugi pun sebab bagi aku kesihatan tu yang utama.

Set Bersalin lengkap Normal & Pembedahan


Okey la, sampai sini dulu perkongsian aku. Rasa macam panjang pulak celoteh kali ni. Hehehehe...betul cakap mentor aku, kalau kita menulis dari hati, banyak idea yang datang.

Kalau korang rasa info ni bermanfaat, boleh la korang tekan butang share supaya info ni kita boleh kongsi dengan kawan2 yang lain.

Nak tau lebih lanjut lagi info mengenai set bersalin shaklee, boleh la pm aku

013-7505728 ( Shila )
FB : Noorhasila Shila



Isnin, 21 September 2015

3 Sebab Kenapa Makcik Umur 58 Tahun Join NECK

Assalamualaikum.

Terima kasih saya ucapkan kepada korang yang sudi baca blog shilazamri ni.

Saya doakan anda kurus dan sihat selamanya.

Entri kali ni saya nak kongsi kisah Bonda Embun, salah seorang peserta NECK Batch 5.

Alhamdulilah, selepas 100 hari Bonda Embun berjaya mencapai berat 52.7kg dengan ketinggian 147cm.

Sebelum menyertai NECK, berat Bonda Embun 62.4 kg, Bonda Embun berjaya menurunkan berat lebih kurang 9kg.




Bonda menyertai program Now Everyone Can Kurus (NECK) bukan sebab nak kurus, bukan sebab nak pakai baju kebaya jauh sekali nak tunjuk bentuk badan.

Tapi, sebab Bonda nak SIHAT. Bonda ni ada penyakit asma, mudah penat dan semput, lagipun bila dah berusia macam ni, Bonda selalu sakit kaki jadi agak sukar Bonda nak solat.

Sebab tu Bonda join NECK, dan alhamdulilah badan Bonda rasa lebih ringan dan mudah untuk beribadat.

Melalui Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus dan tunjuk ajar dari Coach, Bonda berjaya turunkan berat lebih kurang 9kg.


























                                                       Bonda Embun bersenam dari rumah




Usia dan penyakit Asma bukan penghalang


Bonda Embun semakin sihat sepanjang tempoh 100 hari


Bonda tak ada masalah untuk bersenam, sebab task yang coach bagi semua sesuai dengan
usia dan kesihatan Bonda. 

Mudah je, semua buat kat rumah. Terima Kasih kepada Coach, Krew dan semua Team NECK yang tidak jemu memberi tunjuk ajar pada Bonda.

Nasihat Bonda kepada mereka diluar sana, amalkan gaya hidup sihat sebelum penyakit menyerang.


Alhamdulilah, syukur sangat bila dapat testimoni yang positif dari peserta NECK.

Nak kurus
Nak sihat
cepat-cepat hubungi saya :

013-7505728
Shila 







Selasa, 9 Jun 2015

MALAM PERTAMA KU

Assalamualaikum....

Saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Saya juga doakan 'kita' kurus dan sihat sebelum Hari Raya....

Ini kisah saya, kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri. Kisah ini saya namakan 'Malam Pertama ku'

Uiiii.....baca tajuk je dah sentap, malam pertama tu!!!!!!!

Jangan fikir yang bukan2 ye, ini kisah saya bersama NECK #batch 5.

Sebelum ni saya rasa, saya TAK PERLU nak join NECK sebab Saya perasaan SAYA DAH KURUS!!!

Kurus la sangattttt kan.....

Jadi bermula NECK #batch 1 saya mengambil keputusan untuk menjadi Agen sahaja. 

Masa terus berlalu, sehingga la penyertaan NECK #batch 5 diumumkan. Tapi saya masih memandang sepi.

Tiba-tiba saya terlihat status facebook penganjur program NECK, seorang sahabat alam maya saya yang mempunyai anak 5 dapat menguruskan badan dengan jayanya dalam tempoh 12 minggu sahaja.

Tersentap beb!!!!!!

Tak percaya Kak Hafizah dapat kurus macam tu, hissss....tak boleh jadi ni. 

Ini la sahabat saya, Kak Hafizah


Saya mengambil keputusan untuk Join NECK batch 5 sebab, saya rasa sebagai agen saya perlu ada ilmu untuk membantu rakan-rakan yang lain.

Keputusan diambil setelah berfikir panjang, adoiiii.....nak join NECK pun kena fikir 10X. Macam2 alasan yang saya cipta. 

Takut tak boleh bagi komitmen la, mana sempat nak bersenam aku kan keja, siapa nak jaga baby nanti.

Lagi pun dah nak masuk bulan Ramadhan ni, puasa sebulan confirm kurus!!!!

Heheheh....memang seronok tau kalau tinggal di 'Pulau Alasan'.....

Fikir punya fikir buat juga la keputusan, aku mesti ada ilmu NECK baru la aku boleh bantu orang lain untuk kurus dan sihat.

Akhirnya 8hb Jun 2015 saya dengan rasminya menyertai program NECK batch 5.


Pendaftaran NECK Batch 5 telah berjaya

Perghhhh....suasana dalam group telegram memang happening. Semua peserta gigih bersenam, dan saling menyokong antara satu sama lain.

Ada yang berusia 40-an hari2 pergi kelas zumba dan buat work out di rumah dan di gym.

Adoiii.....malu beb, mana nak letak muka saya ni. Peserta 40-an pun boleh bersenam setiap hari tak kan la saya yang muda remaja ni (muda la sangggattt kan) tak boleh.

Sebelum join NECK saya hanya pergi kelas zumba seminggu sekali, itu pun baru beberapa kali. 


MALAM PERTAMA KU BERMULA

Saya nekad, malam ni saya MESTI kena pergi zumba,  dan berbekalkan semangat yang diberikan rakan2 seperjuangan akhirnya saya berjaya mengatasi perasaan MALAS!!!!!

Buat pertama kali nya, saya pergi ke gym SSF hari isnin, hehhehe......tema malam ni disco.

Kami membuat gerakkan mengikut rentak lagu dan dibimbing oleh coach yang bertauliah.

1 jam tanpa henti, basah lencun bermandikan peluh.

Bersama kawan sekolah dulu


Geng Zumba SSF Gym

penangan NECK, baru malam pertama saya dah bersemangat. tak sabar nak tunggu hari rabu dan jumaat.

Haaaa...tu diaaaaa, baru satu hari bersama NECK, kalau 100 hari nanti macam mana la gaya nya kan.

kawan-kawan semua, tolong doakan saya berjaya mendapat berat yang ideal ye....sekarang ni berat badan saya 56kg dengan ketinggian 155cm.

Saya kena buang 8kg supaya saya dapat berat ideal 48kg. Hahahha.....cabar diri sendiri, masa anak dara pun tak pernah berat macam tu.

Tak pe..kurus kan cantik!!!! Kurus kan menawan!!!!!

Saya join NECK bukan semata nak kurus, saya juga nak sihat, sebab masa mengandung saya ada diabetes pembawakan.

Sebelum saya betul2 disahkan ada diabetes, lebih baik saya jaga kesihatan dari sekarang kan.

Jom kurus dan sihat dari rumah.

Notakaki : NECK batch 6 akan bermula pada Julai, 2015, daftar segera sebelum terlambat.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

013-7505728
Shila



Jumaat, 15 Mei 2015

NECK # BATCH 1 : BERAKHIR SUDAH 100 HARI


Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot.com sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Saya doakan kita kaya dan berjaya.

Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi, berakhir sudah 100 hari bagi peserta NECK musim pertama.

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengamalkan gaya hidup sihat dan dapat mengurangkan berat badan.

Jom kita layan gambar-gambar mereka dulu

 Shimez & Suami




Ustazah yang sangat sporting


Hanya sebagai silent reader dalam group Telegram Watie berjaya dalam cabaran 100 hari


Perbezaan ketara selepas menyertai NECK


Dah puas layan gambarkan, tapi tak kan tengok orang lain je kurus, korang semua tak teringin ke jadi kurus dan sihat macam diaorang ni.

Mungkin ada yang masih tak tau apa itu NECK (Now Everyone Can Kurus), jadi saya terangkan secara ringkas.

NECK ni adalah tanggungjawab sosial saya dan kawan-kawan dibawah group MFMS.

Objektif sebenar NECK adalah untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu ke gym.

Semua peserta NECK akan dipantau oleh Krew dan seorang Coach. Peserta wajib makan 5 kali sehari untuk kurus dan sihat.

Selain itu, peserta juga akan diajar cara mengira kalori dan keperluan kalori sehari bagi setiap orang.

Melalui senaman yang betul, corak pemakanan yang seimbang dan terkawal, peserta dapat menurunkan berat sebanyak 5kg hingga 10kg dalam tempoh 100 hari.

Tunggu apa lagi, NECK #batch ke 5 akan bermula 1 Jun, 2015. Cabaran kurus di Pagi Raya bersama NECK.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya sebagai Agen NECK yang sah

Shila - 013-7505728

Samapi jumpa lagi pada entri akan datang, saya doakan anda kurus dan sihat.





























Isnin, 6 April 2015

NECK : PESERTA MENGAMUK!!!!!

Assalamualaikum

Saya doakan anda kaya dan berjaya dan semoga anda semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Baru 2 Bulan Program Now Everyone Can Kurus (NECK) Batch pertama berlangsung, macam-macam ragam peserta yang kami terima.


SILENT READER BUAT KEJUTAN

 
Peserta NECK Batch 1 


Ini adalah sahabat Saya yang merupakan salah seorang pesertan NECK batch 1. Beliau merupakan seorang silen reader, sebab tidak pernah memberi maklum balas setiap kali diminta update aktivit dan berat badan terkini.

Sehinggalah satu hari, beliau rasa sangat tercabar melihat rakan-rakan seperjuangan yang berlumba-lumba untuk menjadi kurus dan sihat.

Beliau pm Coach Abang Ketak dan mengikuti segala tunjuk ajar dari coach. Dengan disiplin yang tinggi dan rasa MAHU kurus dan sihat, dalam tempoh 2 minggu beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4.5kg



USTAZAH MOHON PETUNJUK DARI ALLAH SWT.

Pada penghujung tahun 2014, Ustazah Sharizar merasa sangat penat dan selalu keletihan. Beliau cuba berdiet dan mengambil masa setahun untuk menurunkan 8kg berat badan.

Beliau selalu mendirikan solat Tahajud, memohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan untuk menjadi kurus dan sihat.

Dengan izin Allah, pada awal tahun 2015, beliau telah bertemu dengan salah seorang agen NECK dan bermula la episod beliau  menurunkan berat badan secara berjemaah dan dipantau oleh seorang trainer yang berpengalaman


Baru 2 bulan, sedah banyak perubahan positif terhadap gaya hidup beliau, terutama bab menjaga kesihatan .



Ustazah Sharizar



THE RED KEBAYA 




Ini pula sahabat saya, Kak Fizah dan Zara. Mereka berlumba antara satu sama lain menyahut cabaran NECK.

Impian mereka tercapai untuk memakai semula baju kebaya tahun 1999 & 2000. Mungkin ada yang tak tahu, pada tahun tu fesyen kebaya memang menjadi kegilaan wanita termasuk saya.

Alhamdulilah, baju 15 tahun yang lalu boleh digayakan semula dengan selesa.

Tahniah kak Fizah & Zara.....korang memang awsome.


Mohon tekan butan Like & Share jika anda rasa entri ini memberi manfaat kepada sahabat2 kita yang lain.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Salam sayang dari saya

Shila (ID : 1163981)
Agen NECK
013-7505728









Selasa, 31 Mac 2015

AWAS!!!!!! MASALAH KEPUTIHAN SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi membaca blog shilazamri.blogspot.com. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Saya mengalami masalah keputihan yang agak teruk selepas bersalin anak kedua pada Mei, 2014. Pelbagai usaha saya lakukan untuk mengatasai masalah ini.

Saya mula mencari maklumat mengenai masalah keputihan, dan saya dapati memang kebanyakan wanita yang mengandung dan lepas bersalin mengalami masalah ini.

RENDAH DIRI

Saya rasa rendah diri, sebab keputihan yang saya alami semakin teruk. Cairan yang keluar dari miss v semakin banyak setiap hari dan berwarna hijau kekuningan tanda telah dijangkiti bakteria.

Saya terpaksa guna 4 keping pantyliner setiap hari, bagi mengelak rasa tidak selesa dan bau yang agak busuk.

Gambar Hiasan

Saya malu pada kawan-kawan, saya malu pada suami. Masa tu rasa stress sangat, sampai rasa dah putus asa.

Dan akhirnya saya mula menjauhkan diri dari suami dan kawan-kawan. Saya risau, mereka tidak selesa dengan bau tak berapa nak wangi pada diri saya ni.


BAHAYA KEPUTIHAN KEPADA VAGINA

Keratan sebuah Akhbar Tempatan



ALFALFA RAWAT KEPUTIHAN DENGAN CEPAT

Baby saya dah berusia 10 bulan, dan saya masih menggunakan SET MENYUSU SHAKLEE ( ESP, Alfalfa, Ostematrix dan Omega Guard)

Satu hari, saya baca buku Nutrisi Shaklee dan saya mula fahami fungsi dan khasiat Alfalfa. Baru saya tau, Alfalfa Shaklee ni merupakan 'Kacip Fatimah' moden dan mampu mengatasi masalah keputihan dan merawat alahan.

Makan Alfalfa 10 biji sehari bantu atasi masalah keputihan


Saya tambah dos dari 5 biji sehari menjadi 10 biji sehari. Saya cuba dalam masa 3 minggu dan perubahan positif.

Masalah keputihan saya semakin  berkurang, dan saya hanya menggunakan 1 pantyliner je sehari.

Masuk minggu ke-5 saya dah tak guna pantyliner lagi. Mula-mula macam tak percaya, betul ke ni Alfalfa punya penangan??? hehehee.......

Saya dah mula bergaul macam biasa dengan kawan-kawan pejabat. Hubungan suami isteri pun berjalan lancar, kalau dulu  nak mengelak je sebab malu dan takut suami rasa tak tahan dengan bau busuk.

Dan sehingga entri ini ditulis, saya betul-betul bebas dari masalah keputihan. Dah tak ada lagi lendir-lendir.....dah tak ada lagi cairan hijau kekunigan yang keluar dari miss v.

Betul-betul kering dan selesa.....rasa nak jerittttt je sebab suka sangat. Saya mengambil masa 2 bulan rawat keputihan dengan Alfalfa.

TESTIMONI ALFALFA UNTUK MASALAH KEPUTIHAN


Masalah keputihan menggangu hubungan intim suami isteri


Terima kasih Ya Allah....lepas satu masalah. Ini la shaklee effact saya, dan saya rasa berdosa sangat kalau tak kongsi khasiat dan kebaikan Alfalfa kepada anda semua.

Nota kaki : Alfalfa ni TIDAK boleh diambil oleh wanita hamil. Kalau mengalami masalah keputihan semasa hamil, saya cadangkan GARLIC.

Sekian dulu perkongsian saya. Mohon tekan butang Like dan Share jika anda rasa perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dan rakan-rakan yang lain.


Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di kawasan Johor bahru.

Jika anda ingin menjana pendapatan 3 hingga 5 angka sebulan secara part-time

boleh hubungi saya

fb : Noorhasila Shila
email : noorhasila80@yahoo.com.my
hp : 013-7505728
Shaklee id : 1163981









Jumaat, 6 Februari 2015

DETOK VS COFFEE

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot.com sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. 

Saya sekarang sedang dalam proses detok, saya buat secara berjemaah dengan kawan-kawan dalam sebuah secret group telegram.

Dulu saya tak ambik kisahpun mengenai detok. Saya tak tau kepentingan detok pada kesihatan diri, yang saya tau, saya nak kurus, nak cantik dan nak sihat. Saya makan pelbagi produk kesihatan untuk menurunkan berat badan dan mencantikkan kulit, tapi semua tidak berkesan, sehingga saya bertemu dengan Zara Si Ratu Detoks

KESAN PENGAMBILAN COFFEE

Saya telah dimasukkan dalam secret group detok yang di coching oleh Zara. Saya mula berbual dan berkongsi masalah kesihatan bersama kawan-kawan. Semua bersemangat untuk berdetok. Pelbagai resepi yang diajar oleh Zara untuk membuang toksid dalam badan.

Pelbagai Resepi Air Detok


Saya juga tidak ketinggalan untuk mencuba resepi air detok yang diajarkan oleh Zara. Kawan-kawan bagi maklum balas yang sangat positif, tapi saya agak musykil sebab saya tak ada apa-apa kesan malahan badan saya sakit.

"Zara, kenapa badan i sakit-sakit, dan susu badan i makin kurang?" 

"Apa yang you makan?"

" Tak ada apa-apa, i minum air detok dan ambik set menyusu lengkap."

"Pelik juga kes you ni, sebab orang lain bila amalkan detok, semua bagi maklum balas yang positif"

" I terpaksa ambik cuti, sebab terlalu letih dan badan sakit-sakit. Mungkin i tak sesuai berdetok"

"Detok tu untuk cuci usus, guna bahan-bahan semulajadi . Boleh bagi tau apa menu harian you?"

"Pagi i sarapan dengan ESP, jam 10 pagi i minum coffee dan makan biskut untuk hilangkan mengantuk"

"You minum coffee?????????????????"

"I jarakkan  2 jam selepas minum ESP, tak boleh ke i minum Coffee?

"Memang tak boleh. Coffee ada kafein, dan kafein adalah musuh terbesar pengamal supplemen. Sia-sis you makan set menyusu. Supplemen yang you makan akan jadi bahan buangan dan tak bagi apa-apa faedah pada tubuh you"

"I tak faham kenapa kafein tak bagus untuk pengamal supplemen. Bukan ke kafein bantu turunkan berat badan?"

"Coffee tergolong dalam kumpulan asid, bila detok kita guna buah-buahan yang bersifat asid seperti lemon. Jika bercampur, akan menyebabkan asid badan tinggi terutama bahagian perut. Perut ada asid semulajadi, lemon asid juga, coffee asid juga. Bila bercampur, asid dalam badan akan meninggi dan bila asid tinggi akan menyebabkan ulser dan gastrik. Sebab tu dalam air detok, kita seimbangkan lemon (asid) dan timun (alkali)"

"Jadi i kena berhenti minum coffee ke?

Coffee adalah bersifat asid

"You memang kena berhenti minum coffee atau air yang berkafein, tak bagus untuk pengamal supplemen minum kafein. Lagipun you masih lagi menyusu baby, memang tak elok minum minuman berkafein ni"


GOOD BYE COFFEE

Atas nasihat Zara, saya mencuba tidak minum coffee. Pada mulanya agak sukar, sebab saya dah set dalam minda, untuk hilangkan rasa mengantuk, saya kena minum coffee. Saya mencabar diri sendiri, dan akhirnya saya berjaya tidak minum coffee selama dua hari. Perubahan ketara adalah pada hari ketiga, tiba-tiba saya rasa payudara bengkak dan sakit. Saya mula mengepam susu dan sangat terperanjat, susu saya kembali meriah. Saya kongsikan kegembiraan ini pada rakan-rakan dalam group detok.

Selepas 7 hari berdetok

Zara sendiri terkejut melihat hasil yang positif, hanya beberapa hari saja saya berhenti minum coffee. Sekarang saya terpaksa ucap good bye coffee demi kesihatn diri dan keluarga.

Kini tiada lagi sembelit, tiada lagi keletihan hanya ada keceriaan dan keseronokan berdetok dan menurunkan berat badan.


DETOK BERJEMAAH

Patutlah dalam islam selalu menekankan solat berjemaah, rupanya sesuatu yang dibuat secara berjemaah lebih cepat hasilnya.

Dalam group telegram detok, kami menjaga kesihatan secara berjemaah, kami saling menyokong antara satu sama lain.


Group detok bersama Zara

Contohnya, jika saya malas menyediakan air detok kawan-kawan yang lain akan menegur dan upload air detok mereka.

Ini akan membuatkan saya rasa tercabar, terutama jika kawan-kawan yang lain rancak bercerita mengenai berat badan mereka sudah mula berkurangan.

Secara tidak langsung, kawan-kawan sangat membantu saya dalam proses berdetok atau menyingkirkan toksin dalam badan, terutama bila saya secara drastik terpaksa menghentikan pengambilan coffee yang berlebihan.

Apa yang saya boleh simpulkan disini adalah, kesihatan adalah yang utama dalam kehidupan. Kita tidak sedar, toksin berlebihan dalam badan kita adalah punca kepada penyakit yang berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan diabetes.


Oleh kerana itu, saya mula mengamalkan detok secara konsisten demi kesihatan pada masa akan datang.

Jika anda rasa entri ini akan memberi manfaat kepada rakan-rakan yang lain diluar sana, mohon anda tekan butang like dan share.



Ingin mendapatkan supplemen untuk seisi keluarga?

Ingin menjana pendapatan 3, 4 dan 5 angka secara sampingan ?

Hubungi saya

Noorhasila Omar
013-7505728
Fb : Noorhasila Shila
Email : noorhasila80@yahoo.com.my