Ahad, 4 Januari 2015

ADUH!!!! SALURAN SUSU TERSUMBAT

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan hari ini.

Semasa saya mengandungkan Umairah, dalam hati memang dah berniat untuk susukan dia sampai berusia 2 tahun.

Tapi oleh kerana tiada ilmu penyusuan yang betul, akhirnya saya gagal dan mengalami masalah saluran susu tersumbat.


KANSER PAYUDARA KE?

Saya kerap demam akibat bengak susu, puting susu pula melecet. Memang sakit yang teramat sangat, lebih kurang seminggu keadaan saya semakin teruk dan saya terlantar kesakitan.

Hati tertanya-tanya, mungkinkah saya terkena kanser payudara?????. Suami membawa saya ke sebuah hospital swasta di Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan dokter memberitahu saluran susu saya tersumbat dan air susu sudah dijangkiti kuman.

Dalam kesakitan, saya panjat kesyukuran kehadrat Ilahi kerana hanya saluran susu tersumbat dan bukan kanser payudara.

Dokter bertugas mencadangkan saya menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan air susu, tapi saya agak keberatan sebab saya takut sangat.

Tapi saya tiada pilihan, dan terpaksa menjalankan pembedahan. dan saya tidak mahu tinggal di wad. Jadi malam itu saya pulang ke rumah dan mengemas pakaian yang hendak dibawa ke hospital keesokan harinya.




Hospital Pakar Kempas


PEMBEDAHAN DIBATALKAN

Pagi itu, suami membantu saya mengemas pakaian untuk dibawa ke hospital. Pembedahan akan dijalankan dalam pukul 2.00 petang. Saya hanya mampu terbaring sahaja dan tidak dapat membantu. Sementara menunggu suami mengemas pakaian saya baring mengiring ke sebelah kanan, tiba-tiba terasa ada cecair meleleh dari payudara. Rupanya payudara saya bocor sebelah atas. Saya tekan dan cairan itu semakin laju.

" Mak rasa tak payah pegi hospital la, sebab dah kempiskan" 

" Luka ni maca mana mak"?

" Telefon Hospital, tanya macam mana. Pembedahan batalkan je "

Suami menghubungi pihak hospital dan memaklumkan keadaan saya. Memang terasa lega bila cairan yang merupakan susu itu dah keluar, banyak juga kira-kira dalam 2 tin susu pekat manis dan telah bercampur nanah.

Syukur alhamdulilah, saya tak perlu menjalani pembedahan, tapi saya mengalami satu masalah sebab bahagian yang bocor tu membentuk luka yang agak dalam dan sebesar duit syiling 50 sen.

Keesokan harinya saya telah bertemu dengan doktor pakar sakit puan di Hospital Pakar Kempas Johor Bahru.

Dr. Kevin membuat pemeriksaan dan mengesahkan bahawa air susu saya telah dijangkiti kuman dan beliau memberi ubat untuk menghentikan pengeluaran air susu. Mujur kilang susu saya tidak rosak, dan saya boleh menyusukan anak lain dimasa depan.

Tentang luka yang agak besar tu, dokter memberi suntikan dibahagian punggung dan saya harus menerima suntikan antibiotik sebanyak 13 kali. Setiap kali suntikan berjumlah  RM100.00 dan suntikan diambil dua hari sekali.

Selepas menerima suntikan antibiotik sebanyak 5 kali luka mula mengecil dan saya sudah boleh bergerak tapi saya masih belum sembuh sepenuhnya dan terpaksa mengambil cuti sakit selama sebulan.


BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI SALURAN SUSU TERSUMBAT?

Untuk mengetahui samada saluran susu tersumbat atau tidak adalah, jika kita merasa puting susu seperti melecet atau luka dan bayi tidak kenyang walaupun berulangkali menyusu.

Cara lain untuk mengetahui saluran susu tersumbat atau tidak adalah jika terasa ketulan dan berasa sakit, itu adalah petanda awal anda mungkin mengalami saluran susu tersumbat.

Imej Saluran susu tersumbat


APAKAH PUNCA SALURAN SUSU TERSUMBAT?

Punca saluran susu tersumbat adalah :

- tidak mengosongkan payudara semasa menyusukan bayi
-tidak mengepam setiap 2 jam, hanya mengepam bila payudara penuh je
-stress
-tidak cukup tidur



CARA MENGATASI SALURAN SUSU TERSUMBAT

1. Susukan bayi anda atau pam susu  sekerap mungkin, walaupun rasa sakit tapi kena tahan sebab hanya dengan mengosongkan payudara sahaja boleh melegakan kesakitan.


susukan bayi anda sekerap mungkin


2. Tuam dengan air panas (warm-pressed) untuk mencairkan susu yang sudah beku supaya mudah untuk dipam


Tuam menggunakan tuala yang bersih

3. Periksa puting payudara, terdapat tompokan putih. Anda kena cungkil tompokan itu dengan jarum. Tompokan itu yang menyebabkan saluran susu tersumbat.


Periksa Puting Payudara

4. Pakar penyususan mencadangkan Lecithin untuk mengelakakan berlakunya saluran susu tersumbat.
Lecithin mampu membuang lemak disaluran susu


Begitu mudah cara mengatasi masalah saluran susu tersumbat, oleh kerana tiada ilmu penyusuan yang betul akhirnya saya hampir dibedah.

Sekian perkongsia saya kali ini, semoga kisah saya dijadikan tauladan kepada anda semua. Jika anda rasa perkongsian saya akan memberi manfaat kepada orang lain mohon anda tekan butang LIKE dan SHARE.

Ingin menjana pendapatan 4  5 angka secara sampingan?

Ingin mencari supplemen untuk seisi keluarga?

Saya sedia membantu

NOORHASILA OMAR
 013-7505728
FB : Noorhasila Shila
Email : noorhasila80@yahoo.com.my




                                                                        








4 ulasan:

  1. salam sis nak tanye, sis buat ape ye tbe2 susu tu bole keluar sndiri?tq

    BalasPadam
  2. wsalam..sy tuam dengan tuala panas, kemudian bagi baby susu dengan kerap. yang penting jangan stress...lepas tu sy ambil set menyusu shaklee

    BalasPadam
  3. wsalam..sy tuam dengan tuala panas, kemudian bagi baby susu dengan kerap. yang penting jangan stress...lepas tu sy ambil set menyusu shaklee

    BalasPadam
  4. Assalam sis sye ade 2 org anak yg x dapat susu badan,kejadian sye ade lah tiade lubang...susu hny kuar setitik je..siap sye pam pon x selaju susu ibu yg lain kluar...sakit sis mcm sye,demam x pyh ckp la sbb bngkak susu,sye teringin nk bg bakal anak no3 susu badan,ade petua x sis...mase sbum macam dah sye buat mcm saranan nes gosok puting dgn kain bersihan puting,hasil ttp same,bile tny doc dieorg pon x tau knp jd mcm tu...

    BalasPadam