Assalamualaikum
Saya doakan semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan hari ini.
Saya nak kongsi satu rahsia macam mana untuk kita gandakan duit kita. Contohnya kalau kita ada RM10.00 macam mana nak jadikan duit tu RM100.00, dan seterusnya.
Caranya adalah dengan bersedekah, mudah sajakan tapi agak sukar untuk kita lakukan terutamanya jika melibatkan jumlah yang agak besar.
Saya ada terbaca satu entri dalam blog mentor saya mengenai kuasa sedekah, mulanya saya tak percaya. tapi mentor saya pesan "tak percaya tak apa, tapi buat je"
Dan akhirnya saya cuba dan saya nak lihat betul ke tidak apa yang mentor saya cakap. Kisahnya bermula pada bulan Ramadhan yang lalu. Saya singgah di sebuah masjid untuk solat Asar. Saya terlihat tabung masjid.
Masa tu saya teringat pesan mentor saya, kalau nak sedekah kita kena la bagi duit yang paling besar yang kita ada.
Bila saya buka beg duit, ternyata nilai yang paling besar adalah RM10.00. Masa tu hujung bulan, lambat lagi nak tunggu gaji. RM10.00 tu boleh isi minyak 2 hari. Saya mula ragu-ragu dan saya masukkan semula duit tu ke dalam beg.
Hati saya meronta-ronta nak sedekah, bukanlah saya tak ada duit langsung, tapi itu adalah duit belanja saya minggu tu.
sekarang saya berada dalam dilema, sedekah ke tidak.....sedekah ke tidak. Isshhhhh......bulan puasa pun ada juga suara-suara halus yang menghasut.
Saya berpatah balik dan pergi ke tabung masjid, dan saya keluarkan wang RM10.00 tadi sambil berdoa.
"Ya Allah, ni duit yang paling besar aku ada. Aku mohon Engkau gantikan 10 kali ganda dari duit ni sebab kalau nak tunggu gaji lambat lagi"
Tiba-tiba saya rasa sebak sangat, dan saya terus berlalu meninggalkan masjid itu. Dalam hati terus berdoa semoga Allah gantikan dengan duit yang lebih banyak lagi.
Dua hari berlalu, dan saya terpaksa pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan baki duit gaji yang tinggal tak seberapa.
Saya lalu disebuah butik jenama Bonia, dan membelek-belek sebuah handbag.
Gambar Hiasan
"Cantik juga beg ni, kalau buat raya ok juga boleh isi pampers kakak dan adik. Berangan je la Shila oiiii...........mana kau nak cekau RM800++ tu harganya." Saya tersengih seorang diri, geli hati sebab berangan nak benda yang tak mungkin dapat.
Saya terus ke mesin ATM dan menyemak baki duit gaji.....dan mata saya bulat melihat angka pada mesin ATM.
"Wahhhh!!!!!!! banyaknya duit"
Betul ke tidak ni, macam tak percaya je, sebab baki duit saya ada RM3000.00++. Saya terus menghubungi bahagian gaji, sebab masa tu saya masih cuti bersalin 3 bulan jadi tak tau duit apa yang masuk ke dalam akaun saya.
" Sekolah kita dapat New Deal, jadi semua guru dan staff dapat duit bonus, yang lain tu duit bantuan kewangan kerajaan bagi dan selebihnya gaji kamu" Bahagian gaji memberi sedikit penerangan kepada saya.
Masa tu terus keluarkan duit dan saya pergi ke butik bonia dan membeli handbag yang saya lihat tadi.
"Terima kasih Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Maha Mengasihani" Saya melihat kebesaran dan kekuasaan Allah.
"Betul apa yang Master Firdaus cakap dan saya telah buktikan. Semenjak mengamalkan sedekah wang besar, rasanya saya sudah jarang mengalami masalah kewangaan.
Saya mula konsisten sedekah setiap hari dengan membeli RM2.00 kuih setiap pagi untuk kawan saya dan hasilnya memang superb. Bukan sahaja saya lebih tenang malahan hidup saya sentiasa bahagia.
Suami saya pernah cakap saya banyak berubah semenjak bersama group MFMS.
"Papa tengok, Sayang sekarang lebih cool, dah tak kelam kabut macam dulu" Saya hanya tersenyum mendengar pujian dari suami
"ini la dipanggil Shaklee effact"
Sedikit pesanan dari saya, janganlah takut jatuh miskin jika selalu bersedekah, sebab sedekah adalah kunci kekayaan dan pembuka pintu rezeki.
Kita kena ingat, rezeki bukan sahaja wang ringgit, tapi kebahagiaan, ketenangan, anak-anak yang sihat, suami/isteri yang penyayang juga dalah rezeki yang Allah beri untuk kita.
Sekian dulu perkongsian saya kali ini, jika anda rasa kisah saya akan memberi manfaat kepada orang lain di luar sana, saya mohon anda tekan butang share.
0 comments:
Catat Ulasan