This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selamat Datang ke blog Shila Zamri.

Kepakaran kami dalam membantu kaum ibu untuk hidup lebih sihat dan keluarga ceria. Sudah ramai kaum ibu yang kami bantu dalam masalah penyusuan dan sakit-sakit badan disebabkan oleh kerjaya dan tanggungjawab kepada keluarga. Anda boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan konsultasi.
Kami turut ingin berkongsi segala maklumat: tips kesihatan, motivasi, kecantikan fesyen dan resepi masakan. Tidak lupa info dan testimoni produk kesihatan shaklee kepada pembaca diluar sana.

Khamis, 29 Januari 2015

Awas!!!!!!! Healing Crisis

Assalamaulaikum

Semalam Mak saya ada mengadu badannya semakin sakit selepas ambik AJHT shaklee. Sakit sampai tak boleh bangun.

"Sabar ye Mak, itu healing crisis atau kesan penyembuhan. Mak kena teruskan makan sebab AJHT sedang beri tindak balas positif pada sendi Mak" 

Itu antara respon yang saya terima mengenai healing crisis selepas beberapa hari menggunakan produk kesihatan shaklee.

Biasanya healing crisis ni terjadi disebabkan badan kita terlalu banyak toksin, jadi bila berlakunya healing crisis itu adalah petanda baik bahawa segala toksin sedang dikeluarkan dari badan. Memang tidak dinafikan healing crisis ni sangat sakit tapi kita terpaksa tahan kesakitan yang sementara ini demi menjamin kesihatan yang berpanjangan.



PENGALAMAN SENDIRI

Jangan takut, kesakitan yang anda alami semasa tempoh penyembuhan hanya sementara. paling lama sekitar 2 minggu sahaja.

Saya sendiri pernah mengalami healing crisis, masa tu saya makan Ostematrik. Selepas 3 hari makan secara konsisten, badan saya mula sakit dan mata rasa mengantuk yang teramat sangat. Walaupun saya tidur seawal jam 9 malam, tapi saya tetap rasa mengantuk.

Apa yang saya lakukan adalah kurangkan dos pengambilan dari 4 biji, saya kurangkan kepada 2 biji dan saya minum 3 liter air sehari.

Selepas 2 minggu, badan saya kembali normal. Tiada lagi sakit-sakit badan dan mengantuk, bonus yang saya dapat tiada lagi masalah sembelit dan badan rasa semakin bertenaga.





CARA MENGATASI

1. Minum air 3 liter sehari
2. Kurangkan dos pengambilan
3.Dapatkan rehat yang secukupnya
4.Berdoa kepada Allah, semoga dipermudahkan urusan menjaga kesihatan




Ingin mendapatkan suplemen untuk seisi keluarga

Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka secara sampingan

Hubungi saya

Noorhasila Omar
013-7505728
Fb : Noorhasila Shila
Email : noorhasila80@yahoo.com.my










Selasa, 20 Januari 2015

E-Book Now Everyone Can Kurus

Assalamaualaikum

Alhamdulilah syukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya program Now Everyone Can Kurus (NECK) telah dilancarkan dengan jayanya.

APA ITU NECK?

NECK adalah sebuah program untuk menyelesaikan masalah berikut :

1. Berat badan berlebihan
2. Obesiti
3. Boroi / Buncit
4. Nampak tua dari usia sebenar
5. Baju-baju semua dah ketat

Anda semua dah faham apa itu NACK dan ada tak dikalangan anda ataupun orang-orang disekeliling anda yang ada masalah yang saya nyatakan di atas.


   
Ebook Now Everyone Can Kurus (NECK)


Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai NECK, saya ingin kongsikan sedikit pengalaman berat badan saya naik mendadak selepas melahirkan anak kedua.


   Saya berjaya turun 5kg 


Berat asal saya hanya 50kg, tapi selepas bersalin berat saya mencecah 59kg. Semua baju-baju untuk ke pejabat dah tak muat dan yang paling sedih sangatttttt bila ada yang menegur dan bertanya sama ada saya hamil lagi kerana melihat perut yang begitu besar seperti hamil 4 bulan.

Saya mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan secara sihat dan selamat, dan e-book NECK benar-benar membantu saya.

                          Whatsapp 013-7505728 (Shila)                                     

Dalam e-book NECK ini, anda akan mempelajari bagaimana untuk menurunkan berat badan dengan mudah dan selamat melalui FORMULA MUDAH M.E.S.T.I KURUS.



Ada 2 cara untuk mendapatkan e-book ini :-

1. SAYA JUAL PADA HARGA RM10.00

anda bank in RM10.00 ke dalam akaun

Maybank : 151071138031
Mohd Zamri Bin Mohd Ajis
amrullah_02@yahoo.com


2. SAYA BERI SECARA PERCUMA

Caranya, anda mesti tekan butang share dan download link dibawah :

http://www.noweveryonecankurus.com/shila

( INI AMANAH SAYA , TOLONG TEKAN BUTANG SHARE TERLEBIH DAHULU SEBELUM DOWNLOAD LINK DI ATAS )

Sejujurnya saya tidak mempunyai bajet yang besar untuk mempromosikan e-book ini, sebab itu saya minta anda SHARE terlebih dahulu supaya kita sama-sama dapat membantu rakyat malaysia yang mempunyai berat badan yang berlebihan . Semoga ia akan menjadi pencen kubur kita nanti.

Saya rasa sangat kesian melihat rakyat malaysia yang ingin menurunkan berat badan tapi tidak tahu caranya.

Mungkin saya dan anda dapat membantu rakan-rakan kita untuk menyelesaikan masalah berat badan berlebihan melalui penyebaran e-book NECK.

Sama-sama kita membentras obesiti dan masalah berat badan berlebihan. Semoga usaha murni ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT....


Agen NECK berdaftar

Noorhasila Omar









Ahad, 11 Januari 2015

Wahhh!!!!!! Banyaknya duit

Assalamualaikum

Saya doakan semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan hari ini.

Saya nak kongsi satu rahsia macam mana untuk kita gandakan duit kita. Contohnya kalau kita ada RM10.00 macam mana nak jadikan duit tu RM100.00, dan seterusnya.

Caranya adalah dengan bersedekah, mudah sajakan tapi agak sukar untuk kita lakukan terutamanya jika melibatkan jumlah yang agak besar.

Saya ada terbaca satu entri dalam blog mentor saya  mengenai kuasa sedekah, mulanya saya tak percaya. tapi mentor saya pesan "tak percaya tak apa, tapi buat je"


Dan akhirnya saya cuba dan saya nak lihat betul ke tidak apa yang mentor saya cakap. Kisahnya bermula pada bulan Ramadhan yang lalu. Saya singgah di sebuah masjid untuk solat Asar. Saya terlihat tabung masjid.

Masa tu saya teringat pesan mentor saya, kalau nak sedekah kita kena la bagi duit yang paling besar yang kita ada.

Bila saya buka beg duit, ternyata nilai yang paling besar adalah RM10.00. Masa tu hujung bulan, lambat lagi nak tunggu gaji. RM10.00 tu boleh isi minyak 2 hari. Saya mula ragu-ragu dan saya masukkan semula duit tu ke dalam beg.

Hati saya meronta-ronta nak sedekah, bukanlah saya tak ada duit langsung, tapi itu adalah duit belanja saya minggu tu.

sekarang saya berada dalam dilema, sedekah ke tidak.....sedekah ke tidak. Isshhhhh......bulan puasa pun ada juga suara-suara halus yang menghasut.

Saya berpatah balik dan pergi ke tabung masjid, dan saya keluarkan wang RM10.00 tadi sambil berdoa.

"Ya Allah, ni duit yang paling besar aku ada. Aku mohon Engkau gantikan 10 kali ganda dari duit ni sebab kalau nak tunggu gaji lambat lagi"

Tiba-tiba saya rasa sebak sangat, dan saya terus berlalu meninggalkan masjid itu. Dalam hati terus berdoa semoga Allah gantikan dengan duit yang lebih banyak lagi.

Dua hari berlalu, dan saya terpaksa pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan baki duit gaji yang tinggal tak seberapa.

Saya lalu disebuah butik jenama Bonia, dan membelek-belek sebuah handbag.
Gambar Hiasan

"Cantik juga beg ni, kalau buat raya ok juga boleh isi pampers kakak dan adik. Berangan je la Shila oiiii...........mana kau nak cekau RM800++ tu harganya." Saya tersengih seorang diri, geli hati sebab berangan nak benda yang tak mungkin dapat.

Saya terus ke mesin ATM dan menyemak baki duit gaji.....dan mata saya bulat melihat angka pada mesin ATM.

"Wahhhh!!!!!!! banyaknya duit" 

Betul ke tidak ni, macam tak percaya je, sebab baki duit saya ada RM3000.00++. Saya terus menghubungi bahagian gaji, sebab masa tu saya masih cuti bersalin 3 bulan jadi tak tau duit apa yang masuk ke dalam akaun saya.

" Sekolah kita dapat New Deal, jadi semua guru dan staff dapat duit bonus, yang lain tu duit bantuan kewangan kerajaan bagi dan selebihnya gaji kamu" Bahagian gaji memberi sedikit penerangan kepada saya.

Masa tu terus keluarkan duit dan saya pergi ke butik bonia dan membeli handbag yang saya lihat tadi.

"Terima kasih Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Maha Mengasihani" Saya melihat kebesaran dan kekuasaan Allah.

"Betul apa yang Master Firdaus cakap dan saya telah buktikan. Semenjak mengamalkan sedekah wang besar, rasanya saya sudah jarang mengalami masalah kewangaan. 

Saya mula konsisten sedekah setiap hari dengan membeli RM2.00 kuih setiap pagi untuk kawan saya dan hasilnya memang superb. Bukan sahaja saya lebih tenang malahan hidup saya sentiasa bahagia.

Suami saya pernah cakap saya banyak berubah semenjak bersama group MFMS.

"Papa tengok, Sayang sekarang lebih cool, dah tak kelam kabut macam dulu" Saya hanya tersenyum mendengar pujian dari suami

"ini la dipanggil Shaklee effact" 

Sedikit pesanan dari saya, janganlah takut jatuh miskin jika selalu bersedekah, sebab sedekah adalah kunci kekayaan dan pembuka pintu rezeki.

Kita kena ingat, rezeki bukan sahaja wang ringgit, tapi kebahagiaan, ketenangan, anak-anak yang sihat, suami/isteri yang penyayang juga dalah rezeki yang Allah beri untuk kita.

Sekian dulu perkongsian saya kali ini, jika anda rasa kisah saya akan memberi manfaat kepada orang lain di luar sana, saya mohon anda tekan butang share.












Ahad, 4 Januari 2015

ADUH!!!! SALURAN SUSU TERSUMBAT

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan hari ini.

Semasa saya mengandungkan Umairah, dalam hati memang dah berniat untuk susukan dia sampai berusia 2 tahun.

Tapi oleh kerana tiada ilmu penyusuan yang betul, akhirnya saya gagal dan mengalami masalah saluran susu tersumbat.


KANSER PAYUDARA KE?

Saya kerap demam akibat bengak susu, puting susu pula melecet. Memang sakit yang teramat sangat, lebih kurang seminggu keadaan saya semakin teruk dan saya terlantar kesakitan.

Hati tertanya-tanya, mungkinkah saya terkena kanser payudara?????. Suami membawa saya ke sebuah hospital swasta di Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan dokter memberitahu saluran susu saya tersumbat dan air susu sudah dijangkiti kuman.

Dalam kesakitan, saya panjat kesyukuran kehadrat Ilahi kerana hanya saluran susu tersumbat dan bukan kanser payudara.

Dokter bertugas mencadangkan saya menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan air susu, tapi saya agak keberatan sebab saya takut sangat.

Tapi saya tiada pilihan, dan terpaksa menjalankan pembedahan. dan saya tidak mahu tinggal di wad. Jadi malam itu saya pulang ke rumah dan mengemas pakaian yang hendak dibawa ke hospital keesokan harinya.




Hospital Pakar Kempas


PEMBEDAHAN DIBATALKAN

Pagi itu, suami membantu saya mengemas pakaian untuk dibawa ke hospital. Pembedahan akan dijalankan dalam pukul 2.00 petang. Saya hanya mampu terbaring sahaja dan tidak dapat membantu. Sementara menunggu suami mengemas pakaian saya baring mengiring ke sebelah kanan, tiba-tiba terasa ada cecair meleleh dari payudara. Rupanya payudara saya bocor sebelah atas. Saya tekan dan cairan itu semakin laju.

" Mak rasa tak payah pegi hospital la, sebab dah kempiskan" 

" Luka ni maca mana mak"?

" Telefon Hospital, tanya macam mana. Pembedahan batalkan je "

Suami menghubungi pihak hospital dan memaklumkan keadaan saya. Memang terasa lega bila cairan yang merupakan susu itu dah keluar, banyak juga kira-kira dalam 2 tin susu pekat manis dan telah bercampur nanah.

Syukur alhamdulilah, saya tak perlu menjalani pembedahan, tapi saya mengalami satu masalah sebab bahagian yang bocor tu membentuk luka yang agak dalam dan sebesar duit syiling 50 sen.

Keesokan harinya saya telah bertemu dengan doktor pakar sakit puan di Hospital Pakar Kempas Johor Bahru.

Dr. Kevin membuat pemeriksaan dan mengesahkan bahawa air susu saya telah dijangkiti kuman dan beliau memberi ubat untuk menghentikan pengeluaran air susu. Mujur kilang susu saya tidak rosak, dan saya boleh menyusukan anak lain dimasa depan.

Tentang luka yang agak besar tu, dokter memberi suntikan dibahagian punggung dan saya harus menerima suntikan antibiotik sebanyak 13 kali. Setiap kali suntikan berjumlah  RM100.00 dan suntikan diambil dua hari sekali.

Selepas menerima suntikan antibiotik sebanyak 5 kali luka mula mengecil dan saya sudah boleh bergerak tapi saya masih belum sembuh sepenuhnya dan terpaksa mengambil cuti sakit selama sebulan.


BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI SALURAN SUSU TERSUMBAT?

Untuk mengetahui samada saluran susu tersumbat atau tidak adalah, jika kita merasa puting susu seperti melecet atau luka dan bayi tidak kenyang walaupun berulangkali menyusu.

Cara lain untuk mengetahui saluran susu tersumbat atau tidak adalah jika terasa ketulan dan berasa sakit, itu adalah petanda awal anda mungkin mengalami saluran susu tersumbat.

Imej Saluran susu tersumbat


APAKAH PUNCA SALURAN SUSU TERSUMBAT?

Punca saluran susu tersumbat adalah :

- tidak mengosongkan payudara semasa menyusukan bayi
-tidak mengepam setiap 2 jam, hanya mengepam bila payudara penuh je
-stress
-tidak cukup tidur



CARA MENGATASI SALURAN SUSU TERSUMBAT

1. Susukan bayi anda atau pam susu  sekerap mungkin, walaupun rasa sakit tapi kena tahan sebab hanya dengan mengosongkan payudara sahaja boleh melegakan kesakitan.


susukan bayi anda sekerap mungkin


2. Tuam dengan air panas (warm-pressed) untuk mencairkan susu yang sudah beku supaya mudah untuk dipam


Tuam menggunakan tuala yang bersih

3. Periksa puting payudara, terdapat tompokan putih. Anda kena cungkil tompokan itu dengan jarum. Tompokan itu yang menyebabkan saluran susu tersumbat.


Periksa Puting Payudara

4. Pakar penyususan mencadangkan Lecithin untuk mengelakakan berlakunya saluran susu tersumbat.
Lecithin mampu membuang lemak disaluran susu


Begitu mudah cara mengatasi masalah saluran susu tersumbat, oleh kerana tiada ilmu penyusuan yang betul akhirnya saya hampir dibedah.

Sekian perkongsia saya kali ini, semoga kisah saya dijadikan tauladan kepada anda semua. Jika anda rasa perkongsian saya akan memberi manfaat kepada orang lain mohon anda tekan butang LIKE dan SHARE.

Ingin menjana pendapatan 4  5 angka secara sampingan?

Ingin mencari supplemen untuk seisi keluarga?

Saya sedia membantu

NOORHASILA OMAR
 013-7505728
FB : Noorhasila Shila
Email : noorhasila80@yahoo.com.my