Assalamualaikum
Master Maria Firdaus, saya doakan Master berdua sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Master berdua juga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik supaya dapat membantu lebih ramai lagi orang di luar sana yang ingin mengubah nasib mereka.
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Master kerana telah memberikan begitu banyak ilmu kepada saya. Bukan sahaja ilmu dalam perniagaan, malahan ilmu akhirat juga master terapkan dalam diri saya.
KISAH PERKENALAN DENGAN MARIA FIRDAUS
Saya mula mengenali Master melalui satu seminar percuma yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman di Johor Bahru pada 27 December, 2013.
Jadi Testimoni Dr. Azizan Osman
Ketika itu, Master jadi testimoni Dr. Azizan Osman. Saya sangat tertarik dan kagum ketika itu. Dalam masa beberapa bulan Master bangkit dari ' zaman kejatuhan ' perniagaan ternakan ayam. Selepas itu saya mula mencari maklumat mengenai Master di internet.
Saya google nama 'Firdaus' namun tidak bertemu, namun saya tidak putus asa sehinggalah saya bertemu dengan entri Master yang ditujukan khas buat Dr. Azizan Osman.
Syukur alhamdulilah, disitulah berputik cinta pandang pertama antara saya dan blog www.mariafirdaus.com
PEMINAT SETIA
Setiap entri dalam blog Master saya baca satu persatu. Namun satu entri yang paling berkesan di hati saya adalah tentang kisah Master Firdaus dan bapa mertua. Saya baca berulang kali sampai menitis air mata. Betul apa yang Master katakan, kemaafan adalah dendam yang terindah.
Saya mula terinspirasi dengan blog mariafirdaus. Walaupun tidak pernah bersua, namun saya rasa begitu dekat dengan Master berdua.
Setiap hari selepas membaca entri Master, saya akan bercerita kepada suami. Sehingga semasa seminar IMKK 2014 suami menghubungi saya dan mengatakan dia duduk di sebelah Master Firdaus.
Gembira hati bukan kepalang, rasa nak melompat je.
" Hello, sayang nak tau tak papa jumpa siapa dalam bilik seminar?' suami menghubungi saya ketika mengikuti seminar IMKK, 2014
"siapa?"
"Papa jumpa mariafirdaus....idola sayang tu. Siap duduk sebelah lagi tau"
"Eiiiii bestnya!!!!!!. sombong tak dia?"
"Tak sombongpun, orangnya sangat fokus. Tadi dia suruh papa jaga tempat duduk dia sebab dia nak solat dhuha"
" Patutlah kaya dan berjaya, solat dhuha tak pernah lupa. Papa, jangan lupa ambik gambar dan korek segala rahsia heheheh....." begitulah perbualan antara saya dan suami
CARI MOTIVASI TERJUMPA PELUANG BISNES
Sebelum mengikuti blog Master, saya adalah seorang insan yang biasa-biasa saja. Saya seorang penjawat awam yang selalu dibanggakan oleh ramai orang melayu.
Dari kaca mata orang luar, penjawat awan adalah sangat hebat ( hebat la sangattt ) dan mempunyai gaji yang tinggi. Tanpa mereka ketahui saya selalu menghadapi masalah kewangan setiap bulan.
Sambil mengikuti blog master untuk mendapatkan motivasi diri, saya mula menyiasat apa yang master berdua buat setiap hari. Siasat punya siasat saya terjumpa peluang perniagaan shaklee dibawah group MFMS.
Peluang Perniagaan
Disebalik TAK SUKA dan TAK MINAT saya tetap mengikuti perkembangan bisnes shaklee master.
Ayat yang saya selalu baca dalam entri master berkaitan bisnes shaklee adalah ' teknik jemput-jemput dan panggil-panggil '. Saya juga tertanya-tanya apakah RAHSIA BESAR yang disimpan oleh Master Maria Firdaus, hanya ahli berdaftar sahaja yang akan tahu rahsia tersebut.
Perasaan ingin tahu saya begitu tinggi dan saya mula menghubungi Master Maria bertanya peluang perniagaan.
Perasaan ingin tahu saya begitu tinggi dan saya mula menghubungi Master Maria bertanya peluang perniagaan.
Saya mula menghubungi Master Maria untuk mengetahui mengenai peluang perniagaan shaklee bersama group MFMS. Dan selepas menerima email, saya baca berulang kali pesanan master supaya
JANGAN.....JANGAN.....JANGAN
Buat bisnes kalau malas update facebook, malas update blog dan macam-macam lagi.
memang benar saya seorang yang malas dan beralasan. Sebab itu saya pendamkan hasrat tersebut dan saya menjalankan kehidupan seperti biasa.
Untuk pengetahuan Master, saya berada dalam dilema selepas menerima email tersebut, kerana saya adalah pengguna tegar produk kesihatan dari shaklee.
Hampir setiap hari saya berdoa supaya Allah berikan saya sebuah perniagaan yang mendekatkan saya kepada Nya.
Hingga pada ramadhan yang lalu, ibu saya mengadu beliau sudah tidak mampu untuk bersolat seperti biasa sebab lutut beliau sakit dan badan selalu letih.
Saya mencadangkan Ibu saya untu menggunakan set sendi dari shaklee. Baru 2 minggu menggunakan set sendi, ibu saya memberitahu beliau dapat solat fardhu dan solat tarawih seperti biasa. Beliau sudah tidak menggunakan kerusi untuk bersolat.
" Papa tau tak, mak dah tak sakit kaki lagi tau lepas makan set sendi"
" Ye ke....alhamdulilah. Sayang tak nak buat bisnes shaklee ke? . Mak boleh jadi testimoni sayang"
" Nak juga, tapi boleh ke mama jual shaklee sebab dah ramai sangat yang jual " saya masih ragu-ragu.
" Boleh, insha Allah....Maria Firdaus boleh guide sayang "
Akhirnya saya menghubungi Master Maria untuk kali kedua, malupun ada sebenarnya. Harap-harap Master Maria tak ingat saya...hehheheh
Setelah diberi penerangan secara detail, akhirnya saya jadi ahli pada 4 Ogos, 2014 dan yang paling best saya jadi ahli secara percuma dengan pembelian RM600++
Terlalu gembira ketika itu, sebab sekarang saya boleh berdamping dengan idola saya.
PERUBAHAN KETARA
Tahukah Master, setelah menyertai group MFMS hidup saya mula berubah. saya mula mengamalkan apa yang Master ajar.
Saya mula berani bermimpi, saya sudah berani untuk membuat posting di Facebook. Sebelum ini saya sangat takut untuk update status di facebook sebab takut tak ada orang komen atau like.
Saya mula melakukan amalan rohani dan checklist yang diajar dalam secret group. Mula-mual memang agak sukar, namun saya cabar diri dari sehari ke sehari. Yang paling best saya mula berfikiran positif dan selalu tenang walau ribut melanda.
Yang paling best sekali perubahan yang saya alami adalah pengurusan masa. Tahukah Master, sebelum ini saya rasa macam tak cukup 24 jam yang Allah berikan, tapi setelah Master mengajar saya cara menguruskan masa dengan baik adalah dengan bersolat diawal waktu saya rasa masa saya terlebih-lebih pulak.
Banyak lagi yang Master ajar kepada saya, terlalu banyak tak terhitung dengan jari. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih yang teramat sangat.
SUMBER INSPIRASI
Master, pada 16 November, 2014 pihak shaklee telah meraikan master berdua dalam satu majlis gilang gemilang bertempat di Hotel Pullman, Putrajaya.
Saya sangat terinspirasi bila dapat tau Master naik rank setiap bulan, dan hanya mengambil masa 9 Bulan sahaja untuk berada dipuncak kejayaan.
PENGHARGAAN BUAT MASTER MARIA FIRDAUS
Master Maria Firdaus, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kerana selalu 'memberi'. Terlalu banyak ilmu yang master ajar dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Master berdua.
Semoga Master diberi ganjaran syurga tanpa dihisab.
Sekian dulu nukilan saya, dan saya mohon master juga doakan saya berjaya seperti master berdua satu hari nanti.
Salam sayang dari anakmu
Noorhasila binti Omar

Set Sendi Shaklee

Poster Master Maria Firdaus
Dari kejauhan saya melihat kejayaan Master sungguh saya begitu kagum. Dari raut wajah Master berdua jelas terpancar sinar keikhlasan untuk membantu saya dan semua warga MFMS untu bersama-sama berjaya di dunia dan akhirat.
Saya panjatkan doa kepada Allah yang Maha Esa supaya suatu hari nanti Master berdua akan memberi ucapan pada majlis Master Celebration saya.
PENGHARGAAN BUAT MASTER MARIA FIRDAUS
Master Maria Firdaus, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kerana selalu 'memberi'. Terlalu banyak ilmu yang master ajar dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Master berdua.
Semoga Master diberi ganjaran syurga tanpa dihisab.
Sekian dulu nukilan saya, dan saya mohon master juga doakan saya berjaya seperti master berdua satu hari nanti.
Salam sayang dari anakmu
Noorhasila binti Omar
tahniah!!!! atas kegembiraan n keyakinan pada jln yg dipilih...
BalasPadamKinah doakan akk berjaya dan bahagia dunia akhirat :-)
BalasPadamAlhamdulillah..terharu sngt9.. Huhu
BalasPadamMengalir air mata ku membacanya...
BalasPadamTerharunya.. semoga berjaya mencapai apa yg dicitakan :)
BalasPadamGud sharing Shila. Semoga lebih ramai terinspirasi dengan warkah Shila ni. Like!
BalasPadamAlhamdulillah..sangat terkesan. Semoga berjaya sama-sama :-)
BalasPadamTahniah Shila.....
BalasPadamTerima Kasih pada semua sudi membaca coretan ringkas. saya masih dalam proses belajar untuk menulis...
BalasPadamSeronok baca.. mmg tulis dari hati
BalasPadamTetbaik!
BalasPadam