Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan
Isnin, 9 November 2015
SAMSUNG GALAXY NOTE 5
Assalamualaikum
Dah beberapa bulan ni...handphone Lenovo aku 'buat hal'. Baru je repair...rosak lagi. memori dah full nak ambik gambar pun susah.
Aku ni bukan peminat tegar gadget, tapi disebabkan aku ni baru berjinak-jinak dengan perniagaan online, jadi harus la ada tools aka telefon pintar kan.
Mula-mula tu, aku cuma nak tambah memori je, tapi atas nasihat adik aku, aku pun bercadang membeli sebuah telefon pintar.
Aku mula survey jenama dan model yang sesuai dengan aku. Pilihan aku semestinya yang laju akses internet kan.
Dari sebuah kedai ke sebuah kedai aku servay, akhirnya aku 'jatuh cinta' pandang pertama dengan SAMSUNG GALAXY NOTE 5.
it's mine
Amoi yang jual Handphone ni sangat baik dan ramah tau.
TIPS BELI HANDPHONE
Dah kebetulan aku tulis pasal Note 5 ni, aku nk share sikit tips beli handphone ye. First kena tau handphone tu original ke tiruan.
Macam Note 5 ada e-warenty stiker kat box tu dan pastikan kotak handphone tu belum dibuka lagi ye.
Yang kedua, kita minta pendapat dari centre, aku sebelum beli Note 5 tu, aku call centre Samsung kat Taman Molek. Aku tanya apa beza Note 4 dan Note 5.
Kenapa Note 5 tak boleh buka cover belakang, kenapa tak boleh tambah memori. Semua aku tanya dan bila aku dah puas hati baru aku beli.
Kalau kita tanya jurujual, mereka akan rekomen kan jenama yang mereka jual dan kadang-kadang mereka pun tak tau fungsi dan kelebihan sesuatu telefon pintar.
Aku rasa cukup la dulu, macam banyak celoteh pula hehheheh.....
Apa pun, baru berapa hari aku guna Note 5 ni aku rasa sangat puas hati dan asik selpie jek hahhahahha...... Aku anggap sebagai hadiah untuk diri sendiri. Penat wei kerja setahun....bila dapat Note 5 ni, hilang segala penat lelah ku hehehheheheh....
Sampai jumpa lagi....tata...titi...tutu....
Salam Sayang
Shila
Khamis, 4 Jun 2015
HADIAH HARIJADI DARI JUTAWAN
Assalamualaikum
Saya doakan anda semua sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT.
Lepas solat dhuha tadi, saya tengok ada sampul surat di atas meja dari Faizland Sdn. Bhd.
Muka depan
Muka belakang
Fikir2 macam tak ada oder apa2 barang dengan Pm Cery. Terus buka sampul tu....
Taraaaaaaaaa
Sekeping kad ucapan Happy Birthday, sebatang pen Jutawan dan sekeping pelekat peti ais. Senyum lebar iols tau....hehhehehhehe.
saya suka...saya suka!!!!!!!
Sambil2 belek hadiah saya fikir, macam mana pihak faizland sdn. bhd tau birthday saya.
Saya baru ingat, hujung tahun 2014 saya ada isi borang google foam di facebook Pm Cery. Pm Cery mintak siapa-siapa saja anak buahnya, tak kira lavel apa untuk isi butir tarikh lahir.
Saya pun isi la, tak sangka pulak Pm Cery nak bagi hadiah. Makin bersemangat nak upgrade diri, mungkin satu hari nanti saya juga akan hadiahkan anak2 buah saya pula. Insha Allah.
Terima kasih kepada Pm Cery dan pihak pengurusan Faizland Sdn. Bhd. atas hadiah harijadi. Semoga Pm Cery diberi rezeki yang melimpah ruah, amin.
Sekian dulu perkongsian hari ini, sampai jumpa pada entri akan datang.
Salam Sayang
Shila
Sekian dulu perkongsian hari ini, sampai jumpa pada entri akan datang.
Salam Sayang
Shila

















