Isnin, 9 November 2015

SAMSUNG GALAXY NOTE 5

Assalamualaikum

Dah beberapa bulan ni...handphone Lenovo aku 'buat hal'. Baru je repair...rosak lagi. memori dah full nak ambik gambar pun susah.

Aku ni bukan peminat tegar gadget, tapi disebabkan aku ni baru berjinak-jinak dengan perniagaan online, jadi harus la ada tools aka telefon pintar kan.

Mula-mula tu, aku cuma nak tambah memori je, tapi atas nasihat adik aku, aku pun bercadang membeli sebuah telefon pintar.

Aku mula survey jenama dan model yang sesuai dengan aku. Pilihan aku semestinya yang laju akses internet kan.

Dari sebuah kedai ke sebuah kedai aku servay, akhirnya aku 'jatuh cinta' pandang pertama dengan SAMSUNG GALAXY NOTE 5.

it's mine


Amoi yang jual Handphone ni sangat baik dan ramah tau. 




TIPS BELI  HANDPHONE

Dah kebetulan aku tulis pasal Note 5 ni, aku nk share sikit tips beli handphone ye. First kena tau handphone tu original ke tiruan.

Macam Note 5 ada e-warenty stiker kat box tu dan pastikan kotak handphone tu belum dibuka lagi ye.

Yang kedua, kita minta pendapat dari centre, aku sebelum beli Note 5 tu, aku call centre Samsung kat Taman Molek. Aku tanya apa beza Note 4 dan Note 5.

Kenapa Note 5 tak boleh buka cover belakang, kenapa tak boleh tambah memori. Semua aku tanya dan bila aku dah puas hati baru aku beli.

Kalau kita tanya jurujual, mereka akan rekomen kan jenama yang mereka jual dan kadang-kadang mereka pun tak tau fungsi dan kelebihan sesuatu telefon pintar.

Aku rasa cukup la dulu, macam banyak celoteh pula hehheheh..... 

Apa pun, baru berapa hari aku guna Note 5 ni aku rasa sangat puas hati dan asik selpie jek hahhahahha...... Aku anggap sebagai hadiah untuk diri sendiri. Penat wei kerja setahun....bila dapat Note 5 ni, hilang segala penat lelah ku hehehheheheh....

Sampai jumpa lagi....tata...titi...tutu....

Salam Sayang
Shila





0 comments:

Catat Ulasan