Isnin, 2 November 2015

LUASKAN KUASAMU HARIMAU SELATAN (JDT)

Assalamualaikum

Tahniah JDT.....Luaskan Kuasamu Harimau Selatan. Pada 31 Oktober, 2015 sejarah telah tercipta.....JDT telah menjuarai Piala AFC dan sekaligus menjadi Kelab bola sepak pertama dari Asia Tenggara yang menjadi juara. Hebat kannnn.....dan  disegenap pelusok Jajahan Takluk  Negeri Johor Lagu Bangsa Johor berkumandang dan dinyanyikan dengan penuh semangat!!!!!!

Rasa sangat teruja, walaupun aku cuma mampu menyaksikan di rumah. tapi semangat tetap membara.

Aku tak nak la jadi pengulas sukan hehehheh....sebab memang tak pandai pun dan tak  sehebat Tabah Syazwan & Abu Bakar Atan.

Tapi sebagai warga Johor, aku sangat berbangga bila JDT dinobatkan sebagai Juara. Gila tak bangga....biasanya hanya kelab-kelab dari Asia Barat je yang menang ( Tak adil kan hahhahahah....)

Masa perlawanan bermula, aku tengok corak permainan Istiklol FC sangat pantas, fizikal diaorang pun mak aiiii.....tinggi. Lari memang laju.

Tapi aku tetap yakin JDT boleh menang, sebab apa tau...heheheh, aku teringat kisah Arnab & Kura-kura lumba lari.

Semua pun tau, kura-kura sangat lambat, tapi berkat semangat juang yang tinggi akhirnya kura-kura boleh kalahkan arnab yang over konfiden tu. (banyak sangat tengok kartun)



Sejarah tercipta, JDT Juara Piala AFC 2015


Sekalung tahniah juga diucapkan kepada TMJ Tunku Ismail yang telah memartabatkan bola sepak Johor.

Ini la watak utama kebangkitan bola sepak Johor TMJ 

Ok, sekian dulu coretan aku kali ini. Besok 3 November 2015 akan diadakan majlis sambutan besar-besaran bagi meraikan wira-wira JDT yang akan tiba melalui lapangan terbang Changi, Singapura.

Sebelu tu, jom baca petikan dan kata-kata semangat dari TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Ini la kata-kata semangat dari TMJ


Salam Sayang
Shila (013-7505728)









0 comments:

Catat Ulasan