Selasa, 27 Oktober 2015

AMARAN!!!!!! JANGAN TINGGALKAN KUNCI KERETA DI RUMAH

Assalamualaikum

Apa khabar sahabat pembaca blog shilazamri?

Aku doakan korang sentiasa sihat dan dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Tetiba tadi, aku teringat satu kisah yang berlaku pada rakan sekerja. Kes ni berlaku 2 tahun lepas iaitu tahun 2013.

BALIK KAMPUNG

Sahabat aku ni seorang guru yang bertugas di Johor Bahru, beliau suami isteri berasal dari kelantan. Nak dijadikan cerita masa cuti raya beliau sekeluarga pun balik kampung.

Beliau hanya membawa sebuah je kerete, iaitu jenis Honda CRV, sebuah lagi jenis Hyundai yang biasa digunakan oleh isterinya ditinggalkan dirumah.

Dan beliau memang terlupa nak buat laporan polis bahawa beliau akan bercuti panjang. Biasa la musim perayaan, rumah beliau dimasuki perompak.

Yang paling kesian, bukan je barang-barang berharga yang diambil malahan kereta juga habis di kebas oleh perompak tersebut.

Gambar Hiasan

NASIHAT SEORANG SAHABAT.

Sahabat saya tu pesan pada saya dan rakan-rakan yang lain, kalau ada kereta atau motor lebih dari satu seelok-eloknya bawa la kunci kenderaan bersama atau simpan ditempat yang selamat.

Malang tidak berbau, lebih baik berhati-hati. Sejak kejadian yang menimpa sahabat saya tu sekarang ni kalau nak kemana-mana saya akan pastikan membawa bersama kunci kenderaan yang ditinggalkan.

Ok...tu je nak cerita, Semoga kita semua terlepas dari musibah dan semoga dalam perlindungan Allah SWT.

Kalau korang rasa cerita ni bermanfaat kepada semua, korang boleh la tekan butang share supaya boleh beri peringatan kawan-kawan kita yang lain .


Salam sayang

Shila
Fb : Noorhasila Shila

0 comments:

Catat Ulasan