Memaparkan catatan dengan label Zumba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zumba. Papar semua catatan
Selasa, 9 Jun 2015
MALAM PERTAMA KU
By Unknown6/09/2015 04:51:00 PTGAlfalfa, CINCH, Cinch Energy Tea, Detoks, DTX, ESP, NECK, Tips, ZumbaNo comments
Assalamualaikum....
Saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Saya juga doakan 'kita' kurus dan sihat sebelum Hari Raya....
Ini kisah saya, kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri. Kisah ini saya namakan 'Malam Pertama ku'
Uiiii.....baca tajuk je dah sentap, malam pertama tu!!!!!!!
Jangan fikir yang bukan2 ye, ini kisah saya bersama NECK #batch 5.
Sebelum ni saya rasa, saya TAK PERLU nak join NECK sebab Saya perasaan SAYA DAH KURUS!!!
Kurus la sangattttt kan.....
Jadi bermula NECK #batch 1 saya mengambil keputusan untuk menjadi Agen sahaja.
Masa terus berlalu, sehingga la penyertaan NECK #batch 5 diumumkan. Tapi saya masih memandang sepi.
Tiba-tiba saya terlihat status facebook penganjur program NECK, seorang sahabat alam maya saya yang mempunyai anak 5 dapat menguruskan badan dengan jayanya dalam tempoh 12 minggu sahaja.
Tersentap beb!!!!!!
Tak percaya Kak Hafizah dapat kurus macam tu, hissss....tak boleh jadi ni.
Ini la sahabat saya, Kak Hafizah
Saya mengambil keputusan untuk Join NECK batch 5 sebab, saya rasa sebagai agen saya perlu ada ilmu untuk membantu rakan-rakan yang lain.
Keputusan diambil setelah berfikir panjang, adoiiii.....nak join NECK pun kena fikir 10X. Macam2 alasan yang saya cipta.
Takut tak boleh bagi komitmen la, mana sempat nak bersenam aku kan keja, siapa nak jaga baby nanti.
Lagi pun dah nak masuk bulan Ramadhan ni, puasa sebulan confirm kurus!!!!
Heheheh....memang seronok tau kalau tinggal di 'Pulau Alasan'.....
Fikir punya fikir buat juga la keputusan, aku mesti ada ilmu NECK baru la aku boleh bantu orang lain untuk kurus dan sihat.
Akhirnya 8hb Jun 2015 saya dengan rasminya menyertai program NECK batch 5.
Perghhhh....suasana dalam group telegram memang happening. Semua peserta gigih bersenam, dan saling menyokong antara satu sama lain.
Ada yang berusia 40-an hari2 pergi kelas zumba dan buat work out di rumah dan di gym.
Adoiii.....malu beb, mana nak letak muka saya ni. Peserta 40-an pun boleh bersenam setiap hari tak kan la saya yang muda remaja ni (muda la sangggattt kan) tak boleh.
Sebelum join NECK saya hanya pergi kelas zumba seminggu sekali, itu pun baru beberapa kali.
MALAM PERTAMA KU BERMULA
Saya nekad, malam ni saya MESTI kena pergi zumba, dan berbekalkan semangat yang diberikan rakan2 seperjuangan akhirnya saya berjaya mengatasi perasaan MALAS!!!!!
Buat pertama kali nya, saya pergi ke gym SSF hari isnin, hehhehe......tema malam ni disco.
Kami membuat gerakkan mengikut rentak lagu dan dibimbing oleh coach yang bertauliah.
1 jam tanpa henti, basah lencun bermandikan peluh.
Bersama kawan sekolah dulu
Geng Zumba SSF Gym
penangan NECK, baru malam pertama saya dah bersemangat. tak sabar nak tunggu hari rabu dan jumaat.
Haaaa...tu diaaaaa, baru satu hari bersama NECK, kalau 100 hari nanti macam mana la gaya nya kan.
kawan-kawan semua, tolong doakan saya berjaya mendapat berat yang ideal ye....sekarang ni berat badan saya 56kg dengan ketinggian 155cm.
Saya kena buang 8kg supaya saya dapat berat ideal 48kg. Hahahha.....cabar diri sendiri, masa anak dara pun tak pernah berat macam tu.
Tak pe..kurus kan cantik!!!! Kurus kan menawan!!!!!
Saya join NECK bukan semata nak kurus, saya juga nak sihat, sebab masa mengandung saya ada diabetes pembawakan.
Sebelum saya betul2 disahkan ada diabetes, lebih baik saya jaga kesihatan dari sekarang kan.
Jom kurus dan sihat dari rumah.
Notakaki : NECK batch 6 akan bermula pada Julai, 2015, daftar segera sebelum terlambat.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut
013-7505728
Shila
Jumaat, 15 Mei 2015
NECK # BATCH 1 : BERAKHIR SUDAH 100 HARI
By Unknown5/15/2015 11:27:00 PTGAlfalfa, Arobik, CINCH, Cinch Energy Tea, Herb Lax, NECK, Omega Guard, Ostematix, Tips, ZumbaNo comments
Assalamualaikum
Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot.com sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Saya doakan kita kaya dan berjaya.
Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi, berakhir sudah 100 hari bagi peserta NECK musim pertama.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengamalkan gaya hidup sihat dan dapat mengurangkan berat badan.
Jom kita layan gambar-gambar mereka dulu
Shimez & Suami
Ustazah yang sangat sporting
Hanya sebagai silent reader dalam group Telegram Watie berjaya dalam cabaran 100 hari
Perbezaan ketara selepas menyertai NECK
Dah puas layan gambarkan, tapi tak kan tengok orang lain je kurus, korang semua tak teringin ke jadi kurus dan sihat macam diaorang ni.
Mungkin ada yang masih tak tau apa itu NECK (Now Everyone Can Kurus), jadi saya terangkan secara ringkas.
NECK ni adalah tanggungjawab sosial saya dan kawan-kawan dibawah group MFMS.
Objektif sebenar NECK adalah untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu ke gym.
Semua peserta NECK akan dipantau oleh Krew dan seorang Coach. Peserta wajib makan 5 kali sehari untuk kurus dan sihat.
Selain itu, peserta juga akan diajar cara mengira kalori dan keperluan kalori sehari bagi setiap orang.
Melalui senaman yang betul, corak pemakanan yang seimbang dan terkawal, peserta dapat menurunkan berat sebanyak 5kg hingga 10kg dalam tempoh 100 hari.
Tunggu apa lagi, NECK #batch ke 5 akan bermula 1 Jun, 2015. Cabaran kurus di Pagi Raya bersama NECK.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya sebagai Agen NECK yang sah
Shila - 013-7505728
Samapi jumpa lagi pada entri akan datang, saya doakan anda kurus dan sihat.
Selasa, 12 Mei 2015
HIDUP TANPA ALASAN
By Unknown5/12/2015 11:48:00 PGArobik, Cinch Energy Tea, Detoks, DTX, ESP, Herb Lax, NECK, Omega Guard, Tips, ZumbaNo comments
Assalamualaikum
Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot.com sentiasa dalam rahmat Allah.
Saya doakan anda kaya dan berjaya.
Alhamdulilah semalam saya dapat 'paksa' diri untuk menghadiri kelas arobik di SSF gym tanpa sebarang alasan.
Sebenarnya saya dah lama teringin hendak bersenam, bukan saya ni nak kurus sangat, tapi bila usia sudah makin meningkat, saya rasa senaman sangat penting bagi menjaga kesihatan.
Sebelum ini, saya hanya mampu melihat dari jauh kesungguhan sahabat-sahabat saya dalam program NECK .
Saya hanya mampu melihat dan mencipta pelbagai alasan. Sehingga saya rasa tersentap bila seorang sahabat saya berjaya menurunkan berat badan 13kg dengan bersenam dan menjaga pemakanan.
Saya ikuti perkembangan beliau, dan rasa sangat kagum. Suami beliau bertugas di seberang laut, jadi segala urusan anak-anak dan rumahtangga diuruskan sendiri.
Tapi beliau masih ada masa untuk bersenam dan menjaga kesihatan.
Saya pulak, terus mencipta 1001 alasan. Tak ada masa, anak tak ada orang jaga, penat , tak cukup rehat dan macam-macam lagi.
Beberapa hari lepas, saya nekad dan minta keizinan dari suami. Ternyata suami memberi sokongan untuk saya mencuba sesuatu yang baru seperti arobik dan zumba.
KELAS AROBIK
Alhamdulilah, semalam saya dapat juga menghadiri kelas arobik. Sampai sahaja, kelas telah bermula dan saya mengikut rentak tari yang di ajar oleh coach.
Wahhh!!!!! sangat teruja, seramai hampir 50 orang menari mengikut muzik yang dimainkan. Peluh membasahi muka dan badan.
Kelas bermula jam 8.30 sehingga 9.30 malam dan kesemua peserta adalah wanita. Dalam hati mula berkata,
"eiiii....ruginya aku. Kalau dari dulu aku join, mesti badan rasa cergas dan tak lesu"
selepas satu jam, kelas pun berakhir dan kami bertepuk tangan dengan gembira. Tiba-tiba seseorang menegur.
Rupanya-rupanya sahabat saya yang dah lama tak jumpa. Seronok sangat, kami bertanya khabar dan dia juga baru pertama kali menghadiri kelas arobik.
Semoga saya terus istiqamah dalam menjaga kesihatan. Kepada kawan-kawan semua, kesihatan itu sangat penting, tak ternilai harganya.
Zaman sekarang, penyakit kronik seperti kanser, jantung dll begitu hampir dengan kita. Cegah sebelum terkena.
Sekian dulu perkongsian saya, jumpa lagi pada entri akan datang. Jaga diri, jaga kesihatan.
Salam sayang

Terjumpa sahabat lama