Assalamualaikum....
Saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Saya juga doakan 'kita' kurus dan sihat sebelum Hari Raya....
Ini kisah saya, kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri. Kisah ini saya namakan 'Malam Pertama ku'
Uiiii.....baca tajuk je dah sentap, malam pertama tu!!!!!!!
Jangan fikir yang bukan2 ye, ini kisah saya bersama NECK #batch 5.
Sebelum ni saya rasa, saya TAK PERLU nak join NECK sebab Saya perasaan SAYA DAH KURUS!!!
Kurus la sangattttt kan.....
Jadi bermula NECK #batch 1 saya mengambil keputusan untuk menjadi Agen sahaja.
Masa terus berlalu, sehingga la penyertaan NECK #batch 5 diumumkan. Tapi saya masih memandang sepi.
Tiba-tiba saya terlihat status facebook penganjur program NECK, seorang sahabat alam maya saya yang mempunyai anak 5 dapat menguruskan badan dengan jayanya dalam tempoh 12 minggu sahaja.
Tersentap beb!!!!!!
Tak percaya Kak Hafizah dapat kurus macam tu, hissss....tak boleh jadi ni.
Ini la sahabat saya, Kak Hafizah
Saya mengambil keputusan untuk Join NECK batch 5 sebab, saya rasa sebagai agen saya perlu ada ilmu untuk membantu rakan-rakan yang lain.
Keputusan diambil setelah berfikir panjang, adoiiii.....nak join NECK pun kena fikir 10X. Macam2 alasan yang saya cipta.
Takut tak boleh bagi komitmen la, mana sempat nak bersenam aku kan keja, siapa nak jaga baby nanti.
Lagi pun dah nak masuk bulan Ramadhan ni, puasa sebulan confirm kurus!!!!
Heheheh....memang seronok tau kalau tinggal di 'Pulau Alasan'.....
Fikir punya fikir buat juga la keputusan, aku mesti ada ilmu NECK baru la aku boleh bantu orang lain untuk kurus dan sihat.
Akhirnya 8hb Jun 2015 saya dengan rasminya menyertai program NECK batch 5.
Perghhhh....suasana dalam group telegram memang happening. Semua peserta gigih bersenam, dan saling menyokong antara satu sama lain.
Ada yang berusia 40-an hari2 pergi kelas zumba dan buat work out di rumah dan di gym.
Adoiii.....malu beb, mana nak letak muka saya ni. Peserta 40-an pun boleh bersenam setiap hari tak kan la saya yang muda remaja ni (muda la sangggattt kan) tak boleh.
Sebelum join NECK saya hanya pergi kelas zumba seminggu sekali, itu pun baru beberapa kali.
MALAM PERTAMA KU BERMULA
Saya nekad, malam ni saya MESTI kena pergi zumba, dan berbekalkan semangat yang diberikan rakan2 seperjuangan akhirnya saya berjaya mengatasi perasaan MALAS!!!!!
Buat pertama kali nya, saya pergi ke gym SSF hari isnin, hehhehe......tema malam ni disco.
Kami membuat gerakkan mengikut rentak lagu dan dibimbing oleh coach yang bertauliah.
1 jam tanpa henti, basah lencun bermandikan peluh.
Bersama kawan sekolah dulu
Geng Zumba SSF Gym
penangan NECK, baru malam pertama saya dah bersemangat. tak sabar nak tunggu hari rabu dan jumaat.
Haaaa...tu diaaaaa, baru satu hari bersama NECK, kalau 100 hari nanti macam mana la gaya nya kan.
kawan-kawan semua, tolong doakan saya berjaya mendapat berat yang ideal ye....sekarang ni berat badan saya 56kg dengan ketinggian 155cm.
Saya kena buang 8kg supaya saya dapat berat ideal 48kg. Hahahha.....cabar diri sendiri, masa anak dara pun tak pernah berat macam tu.
Tak pe..kurus kan cantik!!!! Kurus kan menawan!!!!!
Saya join NECK bukan semata nak kurus, saya juga nak sihat, sebab masa mengandung saya ada diabetes pembawakan.
Sebelum saya betul2 disahkan ada diabetes, lebih baik saya jaga kesihatan dari sekarang kan.
Jom kurus dan sihat dari rumah.
Notakaki : NECK batch 6 akan bermula pada Julai, 2015, daftar segera sebelum terlambat.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut
013-7505728
Shila
0 comments:
Catat Ulasan