Selasa, 12 Mei 2015

HIDUP TANPA ALASAN

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot.com sentiasa dalam rahmat Allah.

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Alhamdulilah semalam saya dapat 'paksa' diri untuk menghadiri kelas arobik di SSF gym tanpa sebarang alasan.

Sebenarnya saya dah lama teringin hendak bersenam, bukan saya ni nak kurus sangat, tapi bila usia sudah makin meningkat, saya rasa senaman sangat penting bagi menjaga kesihatan.

Sebelum ini, saya hanya mampu melihat dari jauh kesungguhan sahabat-sahabat saya dalam program NECK .

Saya hanya mampu melihat dan mencipta pelbagai alasan. Sehingga saya rasa tersentap bila seorang sahabat saya berjaya menurunkan berat badan 13kg dengan bersenam dan menjaga pemakanan.

Saya ikuti perkembangan beliau, dan rasa sangat kagum. Suami beliau bertugas di seberang laut, jadi segala urusan anak-anak dan rumahtangga diuruskan sendiri.

Tapi beliau masih ada masa untuk bersenam dan menjaga kesihatan.

Saya pulak, terus mencipta 1001 alasan. Tak ada masa, anak tak ada orang jaga, penat , tak cukup rehat dan macam-macam lagi.

Beberapa hari lepas, saya nekad dan minta keizinan dari suami. Ternyata suami memberi sokongan untuk saya mencuba sesuatu yang baru seperti arobik dan zumba.

KELAS AROBIK

Alhamdulilah, semalam saya dapat juga menghadiri kelas arobik. Sampai sahaja, kelas telah bermula dan saya mengikut rentak tari yang di ajar oleh coach.

Wahhh!!!!! sangat teruja, seramai hampir 50 orang menari mengikut muzik yang dimainkan. Peluh membasahi muka dan badan.

Kelas bermula jam 8.30 sehingga 9.30 malam dan kesemua peserta adalah wanita. Dalam hati mula berkata,

"eiiii....ruginya aku. Kalau dari dulu aku join, mesti badan rasa cergas dan tak lesu"

selepas satu jam, kelas pun berakhir dan kami bertepuk tangan dengan gembira. Tiba-tiba seseorang menegur.

Terjumpa sahabat lama


Rupanya-rupanya sahabat saya yang dah lama tak jumpa. Seronok sangat, kami bertanya khabar dan dia juga baru pertama kali menghadiri kelas arobik.

Semoga saya terus istiqamah dalam menjaga kesihatan. Kepada kawan-kawan semua, kesihatan itu sangat penting, tak ternilai harganya.

Zaman sekarang, penyakit kronik seperti kanser, jantung dll begitu hampir dengan kita. Cegah sebelum terkena.

Sekian dulu perkongsian saya, jumpa lagi pada entri akan datang. Jaga diri, jaga kesihatan.

Salam sayang

Shila








0 comments:

Catat Ulasan