Rabu, 27 Mei 2015

PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

Assalamualaikum

Apa khabar semua? saya doa kan pembaca blog shilazamri sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Saya nak kongsi maklumat mengenai Pinjaman Perumahan Kerajaan bagi penjawat awam.

Sebenarnya, sudah beberapa kali saya menghadiri kursus perumahan, dan saya rasa saya perlu berkongsi maklumat yang saya perolehi sepanjang kursus.


Ini adalah desing RUMAH SAYA



PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

Sebenarnya, pinjaman perumahan ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

1. Membeli Rumah
2. Membeli Tanah untuk membuat rumah
3. Membina Rumah di atas tanah milik sendiri
4. Mengubahsuai Rumah


Antara muka laman web Pinjaman Perumahan Kerajaan


1.Sebagai penjawat awam, kita boleh membeli rumah yang sudah siap di bina atau rumah yang masih dalam pembinaan, tapi TIDAK boleh membeli rumah yang dilelong oleh pihak bank.

2.Penjawat awam juga boleh membeli tanah, selepas 5 tahun boleh membuat pinjaman sekali lagi untuk membina rumah di atas tanah yang dibeli dengan syarat tanah itu atas nama penjawat awam itu sendiri.

3. Sekiranya Penjawat awam sudah memiliki tanah sebelum berkhidmat dengan kerajaan, anda juga boleh membuat pinjaman perumhan untuk membina rumah di atas tanah tersebut dengan syarat tanah itu atas nama anda sendiri.

4. Rumah yang dibeli (tak kisah la pinjaman bank atau kerajaan) juga boleh diubahsuai melalui pinjaman perumahan kedua .

Contohnya : Saya membeli sebuah rumah semasa bekerja dengan swasta, dan 5 tahun kemudian saya ditawarkan sebagai penjawat awam. Dalam kes ini, saya layak membuat pinjaman perumahan untuk mengubahsuai rumah saya, dengan syarat rumah itu atas nama saya sendiri dan mesti cukup tempoh 5 tahun pemilikannya.


PINJAMAN PERIBADI VS PINJAMAN PERUMAHAN

Ramai yang tidak jelas dalam hal pinjaman perumahan, ada juga yang fikir pinjaman perumahan hanyan untuk membeli rumah sahaja.

Oleh sebab itu, ramai dikalangan penjawat awam yang membuat pinjaman peribadi untuk membeli tanah atau mengubahsuai rumah kediaman.

Sebenarnya pinjaman perumahan yang disediakan oleh kerajaan jauh lebih menguntungkan berbanding pinjaman.



SYARAT PERMOHONAN

Syarat untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan cukup mudah iaitu hanya perlu DISAHKAN DALAM JAWATAN sahaja.

Pinjaman perumahan juga hanya boleh dibuat 2 kali sahaja dan jumlahnya mengikut kelayakan gaji masing.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman web rasmi pinjaman perumahan kerajaan di :

http://bpp.treasury.gov.my/web/

Sekian dulu perkongsian saya, jika anda rasa entri ini memberi manfaat kepada rakan2 lain di luar sana, sila tekan butang share.

Feel free to share.

Salam sayang

Shila (013-7505728)
Fb : Noorhasila Shila
Email : noorhasila80@yahoo.com.my











0 comments:

Catat Ulasan