Assalammualaikum..........
Saya doakan anda semua sentiasa dirahmati Allah dan semoga segala urusan anda dipermudahkan, Insha Allah.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk mudah hamil. Ini kerana pada pandangan saya, masalah kesuburan dikalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan. Saya juga mengalami perkara yang sama, empat tahun berkahwin tapi masih belum mempunyai anak.
Paling sedih bila ada yang bertanya soalan " Bila nak ada baby?" atau " Asik berdua je, bila nak bertiga pulak"?
Tak tau nak bagi jawapan apa pada mereka yang suka bertanya soalan macam tu. Terpaksa senyum walaupun dalam hati sangat terluka.
Namun saya tidak pernah berputus asa, saya kuatkan semangat untuk berusaha. pelbagai cara dan tips saya amalkan. Alhamdulilah pada tahun 2013 akhirnya saya berjaya bergelar ibu.
Di sini ingin saya kongsikan segala tip mudah hamil yang telah saya amalkan, semoga ia bermanfaat kepada anda semua.
TIPS MUDAH HAMIL:
1. JAGA PEMAKANAN & DIET SEIMBANG
Jenis makanan mudah hamil adalah karbohidrat komplaks seperti Oat, Beras Perang, Roti Gandum. Makanan tersebut tidak memberi impak buruk pada gula dalam darah, malah membantu fungsi insulin untuk meningkatkan tahap kesuburan. Selain itu, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari juga sangat digalakkan. Kurma adalah makanan terbaik untuk mudah hamil.
2. KETAHUI WAKTU SUBUR
Mengetahui bilakah waktu subur adalah sangat penting bagi yang sedang merancang kehamilan, kerana kebarangkalian kita untuk hamil adalah tinggi berbanding melakukan hubungan intim bukan waktu subur. Kebiasaannya waktu subur adalah lebih kurang 14 hari dari hari haid pertama keluar. Sila tanda pada kalendar bilakah tarikh haid pertama, ini akan memudahkan anda mengira waktu subur anda.
Cara lain untuk mengetahui waktu subur adalah suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.
3. SUPPLEMENT
Supplement sangat membantu dalam mengatasi masalah kesuburan. Berikut adalah supplement yang dicadangkan bagi membantu anda untuk mudah hamil dengan cepat.
4. KERAP MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM
Lakukan hubungan intim dengan kerap, ini juga salah satu usaha. Sebelum melakukan hubungan intim, pastikan kita dalam keadaan bersedia, dalam keadaan tenang dan gembira. Jangan melakukan hubungan intim kerana terpaksa memenuhi permintaan pasangan atau kerana inginkan zuriat sahaja
5. ELAKKAN STRESS
Tahukah anda,stress adalah salah satu punca wanita sukar untuk hamil. Kebiasaannya stress berpunca dari pejabat dan terbawa-bawa ke rumah. Emosi tidak stabil, mudah marah. Sebaiknya tinggalkan segala masalah kerja di pejabat dan pulang ke rumah dalam keadaan gembira.
6. BERFIKIRAN POSITIF
Sentiasa yakin kita boleh hamil dan mempunyai zuriat sendiri. Sentiasa melakukan aktiviti bersama pasangan seperti bersiar-siar di taman, memasak bersama atau berkebun. Hal sebegini mungkin nampak remeh, tapi percayalah ia sangat membantu.
7. BERDOA
Senjata orang mukmin adalah doa. Jangan pernah putus asa untuk berdoa pada Allah. Jika hari ini kita belum dikurniakan zuriat, jangan bersedih.
Doa Nabi Zakaria. a.s.
Surah Ai Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
SHAKLEE SENTIASA SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI
Ingin mendapat supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?
FREE CONSULTATION
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
Noorhasila Omar
013-7505728
FB : Noorhasila Shila
Email : noorhasila80@yahoo.com.my
0 comments:
Catat Ulasan