Assalamualaikum
Apa khabar pembaca blog shilazamri.blogspot.com?
Saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Saya doakan anda kaya dan berjaya.
Hari ni 25 Mac, 2015, ada lagi 3 hari sebelum berakhir promosi ESP beli 6 PERCUMA 1. Bulan ni closing awal tau, sampai 28 Mac, 2015 jam 11.59 malam je tau.
Sempena promosi ESP bulan ni, saya nak kongsi sedikit info mengenai ESP.
Mungkin ada yang dah tau apa itu ESP, tapi saya percaya masih ramai lagi yang tak tau apa itu ESP
ENERGIZING SOY PROTEIN ( ESP )
Saya mula mengenali ESP masa hamil anak kedua pada tahun 2014. Masa tu dokter bagi tau, mungkin saya akan bersalin secara pembedahan (cesarean) sebab anak sulung saya pun dilahirkan secara pembedahan.
Jarak antara anak sulung dan yang kedua hanya setahun, luka cesar saya belum pulih. Sebenarnya dokter menasihatkan saya supaya jarak kan kehamilan 3 tahun, tapi dah Allah bagi rezeki anak cepat, tak kan saya nak tolak kan hehehhehehe.........
Saya mula mencari kalau-kalau ada supplemen yang boleh bantu saya pulihkan luka cesar dengan cepat dan dapatlah saya bersalin secara normal.
Satu hari, saya berbual dengan sepupu saya dan beliau mencadangkan saya ESP. Saya memang suka minum soya, jadi saya tak fikir lama dan terus setuju.
Promosi ESP
Mula-mula minum saya campur ESP + Milo = sedapppp sangggattttt. Rasa lebih sedap dari milo tabur.
Bermula episod saya ketagih ESP, setiap pagi wajib bersarapan dengan ESP. Saya rasa ada perubahan positif, saya tak penat sangat, walaupun bekerja dan hamil 6 bulan. Saya sangat aktif bersiar-siar diwaktu petang dan bermain bersama anak sulung yang berumur 8 bulan masa tu.
JATUH CINTA SEKALI LAGI
Betul kata orang, tak kenal maka tak cinta....dah cuba terus tak boleh lupa. Macam tu la ibarat saya dengan ESP.
Saya ni kalau hamil je, mesti ada diabetes dan ESP bantu saya kawal gula dalam darah. Bacaan gula saya antara 3 hingga 5 saja. Memang terkawal.
Saya rasa sangat teruja setiap kali membuat pemeriksaan kandungan, dokter berpuas hati dengan tahap kesihatan saya.
Dan masa berlalu dengan pantas, sampai lah masa saya sakit untuk bersalin. 4 tin ESP telah saya minum sepanjang kehamilan.
Saya memang berazam akan bersalin secara normal, dan keajaiban memang berlaku dengan izin Allah SWT.
Pada 9 Mei, 2014 saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel seberat 3.42 di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.
Syukur kehadrat Ilahi, walaupun dalam buku merah tertulis laporan bahawa saya akan bersalin secara cesarean lagi, tapi dengan bantuan ESP dan izin Allah luka cesar saya setahun yang lalu pulih sepenuhnya.
ESP juga bagi tenaga semasa saya meneran untuk melahirkan, memang sangat teruja dan rasa nak telan 1 tin ESP tu hahahhahhah. Orang kalau dah jatuh cinta memang macam tu kan.....
KULIT BAYI HALUS DAN GEBU
Masa kat wad bersalin, saya tengok wajah baby Qaisara....kulit nya warna pink. Nurse pun tegur. Saya rasa malu sendiri, sebab saya dan suami berkulit sawo matang.
Mungkin ni kesan saya minum ESP, dan nures bersetuju bahawa soya membantu kulit baby lebih halus dan putih.
Baby Qaisarah
Sekian dulu perkongsian saya. Kepada para ibu hamil dan menyusu, saya cadangkan anda semua mencuba ESP.
Memang sangat berpuas hati, susu badan pun meriah. Saya sendiri jadi testimoni dan terus jatuh cinta sampai sekarang.
Dah hampir setahun saya jadi pengguna ESP, dan saya rasa bersalah sangat jika tidak kongsi produk yang hebat kepada anda semua.
Ingin mendapatkan supplemen untuk seisi keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan 2 hingga 5 angka?
Hubungi saya
Noorhasila Omar (Shila)
013-7505728
fb : Noorhasila Shila
email : noorhasila80@yahoo.com.my
0 comments:
Catat Ulasan