Isnin, 27 Oktober 2014

KUASA SOLAT DHUHA

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot.com sentiasa dirahmati Allah SWT.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit kejadian yang berlaku pada diri saya yang saya rasa sangat pelik dan saya ingin kaitkan dengan kuasa solat sunat dhuha.


KISAH CIKGU SUZAINI

Sekitar jam 8.30pagi tadi, saya dan seorang kawan dalam perjalanan menuju ke kantin sekolah untuk bersarapan. Dari jauh saya melihat Cikgu Suzaini meraung kesakitan sambil dibantu oleh dua orang rakan guru, saya sangkakan cikgu suzaini ingin melahirkan anak kerana beliau mengandung 38 minggu, saya dan kawan saya meluru ingin memberikan bantuan. Rupa-rupanya kedua-dua kaki cikgu Suzaini tersiram air panas akibat kecuaian pekerja kantin.





Gambar Hiasan

Sebak saya melihat seorang wanita yang sarat mengandung terkena musibah sedemikian. Lantas saya segera mengambil bekas yang diletak air batu dan dicampur air untuk merendam kaki cikgu Suzaini untuk mengelak kaki beliau dari melecur dan kami segera menghantar beliau ke hospital untuk mendapat rawatan. Keadaan agak kelam kabut kerana cikgu Suzaini tidak mampu untuk berjalan dan beliau hanya menangis menahan kesakitan, terpaksa kami mengangkatnya untuk masuk ke dalam kereta.

TELEFON BIMBIT SAYA

Lebih kurang 2 jam, doktor selesai memberi rawatan kepada cikgu Suzaini dan beliau mendapat 2 hari cuti sakit, mujurlah kaki cikgu Suzaini tidak melecur dan hanya cedera ringan saja di tapak kaki. Suami cikgu Suzaini terus membawa beliau pulang dan baru saya perasan yang kami belum bersarapan. Saya dan kawan saya singgah di cafe hospital untuk mengalas perut. Selesai makan kami terus beredar untuk menunggu teksi, sambil berbual-bual kosong. 

" Akak nak tanya sikit, macam mana badan kau boleh kurus, sebab dulu lepas bersalin badan kau gempal" tanya kawan saya

" Saya ambik set kurus shaklee " balas saya ringkas sambil tersenyum

" patut la kau nampak kurus, dah berapa lama kau ambik set tu? "

" Baru 3 bulan kak, saya ambik pada bulan ogos hari tu. akak nak tengok gambar saya dulu tak? "

" Eh! mana handphone saya kak? " saya baru perasan saya hanya memegang beg duit saja.

" Ya Allah!! Kau tertingal atas meja cafe tadi " kata kawan saya cemas

Saya terus terdiam, dalam hati terus berdoa

" Ya Allah, jika handphone itu adalah rezekiku, aku mohon kembalikan kepadaku semula " dalam hati terus beristighfar tanpa henti.






kawan saya cuba mendail nombor telefon saya " Shila, handphone kau ada bunyi lagi. cepat kita pegi ke cafe" 

saya terus berlari menuju ke cafe yang jaraknya lebih kurang 500 meter. Sampai di cafe, saya lihat ramai orang sedang makan dan saya melihat seorang lelaki sedang makan di meja saya tadi. Saya menghampiri meja itu dan saya lihat handphone saya berada disebelah beg galas milik lelaki itu

" Encik, saya nak ambil handphone saya tertinggal tadi" jawab saya ragu-ragu

"Boleh, ambil la " ringkas jawapan dari lelaki itu sambil menikmati hidangannya

" Terima kasih Encik" saya terus berlalu. Saya terpinga-pinga kerana sudah hampir setengah jam saya meningalkan cafe itu dan handphone saya langsung tidak diambil oleh siapa-siapa.

Kawan saya juga hairan dan terus bertanya " Kenapa tak ada orang ambil pula handphone kau ye Shila? dah lama kita tinggalkan meja tu"

"Entah la kak, mungkin berkat solat sunat duha yang selalu saya amalkan" Saya sangat yakin dengan jawapan saya.

"Mungkin juga shila, solat Duha untuk memanjangkan rezeki. Terkejut akak, ingat handphone kau dah hilang tadi."

" Syukur sangat kak, kalau hilang memang susah saya sebab dalam handphone ni banyak urusan bisnes saya"

SOLAT SUNAT DUHA

Saya mula mendirikan solat sunat Dhuha pada Januari, 2014 dan semenjak saya mula mengamalkannya, banyak keajaiban yang berlaku kepada saya antaranya seperti yang saya nyatakan di atas. 


Jom solat Dhuha


Dikesempatan ini saya ingin mengucakan jutaan terima kasih kepada bos saya semasa bertugas di SK. Sungai Telor iaitu Pn. Salbiah binti Ahmad kerana melalui beliau saya mula kenal apa itu solat sunat Dhuha. Semoga Allah merahmati hidup Pn. Salbiah sekeluarga....Amin













3 ulasan:

  1. Betul tue..keberkatan dlm rezeki adlh solat dhuha :-)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..semua yg berlaku ade hikmah yg tersembunyi kn :-)

    BalasPadam
  3. Sakinah & Syu...alhamdulilah kita berada dilandasan yang betul bersama empayer MFMS.....

    BalasPadam