Hari ini 11 Zulhijah 1435 masih lagi dalam mood Hari Raya Haji. Disana sini masih ada lagi yang menjalankan ibadah Qurban.
Entri kali ini saya tulis kerana saya sendiri sedang menghayati erti sebuah pengorbanan. Sepatutnya Hari Raya Haji kali ini disambut disebelah keluarga saya di Johor Bahru. Gembira hati bila dapat beraya dengan mak abah dan adik beradik. Pelbagai menu telah dirancang, aktiviti untuk berkunjung dirumah nenek dan saudara mara juga telah bermain dibenak fikiran saya. Ni kira balas dendam sebab masa sambutan Hari Raya Puasa dulu saya beraya disebelah keluarga suami.
Entah macam mana 2 hari sebelum raya suami memberitahu kami akan pulang beraya di Kota Tinggi sebelah keluarga suami
" Sayang, nanti raya kita balik kampung ye " perlahan je suara suami. Sebab dia tau kali ni memang giliran sebelah keluarga saya
" Eh, kenapa kena balik kampung pulak? " ada sedikit rasa tidak puas hati pada nada suara saya
" Tadi mak telefon papa, dia tanya balik sekejap tak boleh ke?" suami masih memujuk saya
Saya terus terdiam. Tak tau nak cakap apa dengan mak saya. Dalam hati memang terasa agak kecewa. Lama saya berfikir tapi pertanyaan suami masih tidak saya jawab.
HARI RAYA AIDILADHA
Gambar Hiasan
Hari Raya Qurban telah tiba, saya sibuk menguruskan anak-anak. Suami pula terus ke masjid bersama abah dan mak untuk menunaikan solat sunat Hari Raya
Saya dan adik-adik sibuk menyediakan juadah. Ketupat Rendang terhidang di meja. Bila suami pulang ke rumah kami menjamu selera bersama. Rendang dan sayur lodeh masakkan mak memang terbaik. Selesai makan suami mengikut abah ke surau untuk membantu urusan penyembelihan lembu Korban.
Saya pula di rumah masih berfikir hendak balik ke kampung suami ataupun tidak. Rasa ego dalam hati masih kuat. Ego untuk mempertahankan beraya disebelah keluarga saya. Selesai solat zohor, saya beristighfar dan berzikir. Tiba-tiba saya rasa saya perlu balik ke kampung suami untuk menjenguk mertua saya, Saya rasa sangat berdosa jika menghampakan permintaan seorang ibu yang mengharapkan kepulangan anak-anaknya di hari raya
BALIK KAMPUNG
Suami pulang ke rumah setelah selesai membantu melapah daging korban di surau. Saya masih belum memberi jawapan pada suami saya. lagipun saya memang tidak memohon cuti, jika balik kampung suami pasti mertua mengharapkan kami bermalam.
" Kalau sayang tak nak ikut papa balik kampung, papa boleh balik sorang je. Papa cuma nak salam dan peluk mak. Lepas tu papa balik sini lagi" suami berkata perlahan
Allahuakbar......terasa sangat bersalah pada suami dan mertua. Saya juga ada anak-anak, saya cuba letakkan diri saya pada situasi mertua. Bergenang air mata saya, mungkin kali ini saya perlu menghayati erti pengorbanan. Ye saya korbankan ego saya, saya korbankan cuti saya, saya korbankan masa saya demi mertua tercinta.
" Jom papa, kita siap-siap" saya bersuara ceria
" Nak ikut mak pegi rumah nenek ke? tanya suami
" Kita siap-siap nak balik Kota Tinggi la. Papa cakap nak jumpa mak"
" sayang nak ikut papa ke? Alhamdulilah" Riak wajah suami bertukar ceria
" eh mseti la nak ikut, tak kan papa balik sorang je. Besok mama boleh ambik cuti" saya tersenyum.
Perjalanan kami mengambil masa agak lama kerana kesesakan lalulintas disebabkan kemalangan jalanraya, dan alhamdulilah, jam 5.30 petang kami sekeluarga sampai dirumah mertua. Hati saya terasa lapang bila melihat wajah ceria mertua menyambut kepulangan kami.
Suami dan Anak-anak
Ya Allah, Engkau ampunkan dosa-dosaku kerana aku hampir saja mengecilkan hati ibu mertuaku. Sedangkan Ibu mertuaku adalah seorang mertua yang sangat penyayang.
PERUBAHAN KETARA
Saya sangat gembira bila dapat berkorban untuk mertua saya. mungkin pengorbanan saya tidak seberapa tapi bila melihat wajah ceria mertua bermain bersama cucu-cucunya hati terasa damai walaupun saya agak keletihan.
Saya perasan perubahan ketara pada sikap saya semenjak saya menyertai keluarga besar shaklee dibawah Empayer Mariafirdaus. Saya lebih bertolenrasi dan tidak mementingkan diri sendiri. Saya lebih suka memudahkan urusan orang lain, dan bila saya lihat orang disekeliling saya gembira saya juga rasa gembira dan saya menjadi seorang yang lebih positif. Disini saya ingin menekankan bahawa Shaklee bukan sekadar perniagaan biasa kerana bagi saya Shaklee adalah segalanya, melalui perniagaan shaklee saya belajar 'memberi', saya belajar 'erti pengorbanan' saya belajar 'bersyukur' dan banyak lagi. Saya sangat sayangkan Shaklee dan Group Mariafirdaus.
Shaklee Dihatiku
Untuk pengetahuan pembaca semua perniagaan Shaklee telah melahirkan ramai jutawan yang bertaqwa. Suatu Hari nanti saya juga akan menjadi jutawan Shaklee dan akan membantu lebih ramai lagi rakyat malaysia menyelesaikan masaalah kesihatan dan menambah nilai hidup mereka melalui perniagaan shaklee. Insha Allah
0 comments:
Catat Ulasan