Assalamualaikum
Terima kasih pada korang yang sudi menjengah ke blog shilazamri.
Aku nak kongsikan kisah suami aku yang sangat suka berniaga, ikut sunnah Nabi Muhammad SAW. katanya
9/10 pintu Rezeki adalah dengan BERNIAGA
Dari mula-mula aku berkawan dengan dia, dia sudah terlibat dengan bisnes MLM dan networking, tapi entah dimana silapnya dia mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.
Selepas kami berkahwin akhirnya dia mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji, tapi dalam diam dia mula mengikuti seminar dan kursus keusahawanan.
Aku masih ingat, bulan Disember, 2012 aku dan suami mengikuti seminar percuma Dr. Azizan Osman. Seminar separuh hari itu betul-betul memberi impak yang besar pada suami aku.
Selepas balik seminar tu, hidup dia dah tak tentu arah, masa tu aku tengah sarat mengandung anak pertama dan aku memang dah selesa sebagai penjawat awam, (selesa la sangggatttttt hahhahah.....) jadi aku malas nak fikir pasal bisnes.
Tapi lain pulak dengan suami aku, malam tu dia tak dapat tidur, resah, gelisah sampai pagi dia pegang telefon bimbit.
Besoknya dia cakap nak ambik cuti sebab kena pergi Kluang, Johor sebab nak ambik tempahan barang coustmer.
"Sayang, papa cuti tau hari ni, sebab nak pegi ambik barang coustmer"
"Barang apa pulak, coustmer mana ni?"
"Sayang tunggu je la, papa pergi dengan kawan"
Sampai petang dalam pukul 5.00 suami aku pun balik dan menyerahkan RM700.00 pada aku.
"Duit apa ni papa? dah gaji ke?"
"Tak la, ni duit coustmer bayar tadi. Sayang, ni baru bisnes geli-geli tau hehehehe"
Dari situ la bermula segala-galanya, suami aku nekad berhenti kerja selepas balik dari seminar Advance Marketing Power (AMP 2014) dan Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK 2014) anjuran Dr. Azizan Osman.
Hidup suami aku mula huru hara, bila perniagaan Busana Melayu dan otak-otak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Tak cukup dengan itu, suami aku mula berjinak-jinak dengan sukan memanah dan berkuda. Bermula sebagai hobi dan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW akhirnya suami aku nampak satu peluang bisnes.
Tercetus la idea untuk membuka pusat memanah dan akhirnya tertubuh la Al-Battar Indor Archery.
Sekarang ni suami dalam proses mengubahsuai kedai kami, dan aku dilantik sebagai pengurus kewangan (Pengurus Kewangan konon hahhahahha........verangan la ko Shila oiiiiiii)
Proses membersihkan Pusat Memanah Al-Battar
InshaAllah Pusat Memanah Al-Battar akan beroperasi pada 1 Januari 2016
Okey, sampai sini dulu la coretan aku, kalau korang ada idea atau cadangan untuk diberikan boleh hubungi suami aku 019-7064678 (Zamri).
Salam Sayang
Shila
0 comments:
Catat Ulasan