This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selamat Datang ke blog Shila Zamri.

Kepakaran kami dalam membantu kaum ibu untuk hidup lebih sihat dan keluarga ceria. Sudah ramai kaum ibu yang kami bantu dalam masalah penyusuan dan sakit-sakit badan disebabkan oleh kerjaya dan tanggungjawab kepada keluarga. Anda boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan konsultasi.
Kami turut ingin berkongsi segala maklumat: tips kesihatan, motivasi, kecantikan fesyen dan resepi masakan. Tidak lupa info dan testimoni produk kesihatan shaklee kepada pembaca diluar sana.

Selasa, 31 Mac 2015

AWAS!!!!!! MASALAH KEPUTIHAN SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi membaca blog shilazamri.blogspot.com. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Saya mengalami masalah keputihan yang agak teruk selepas bersalin anak kedua pada Mei, 2014. Pelbagai usaha saya lakukan untuk mengatasai masalah ini.

Saya mula mencari maklumat mengenai masalah keputihan, dan saya dapati memang kebanyakan wanita yang mengandung dan lepas bersalin mengalami masalah ini.

RENDAH DIRI

Saya rasa rendah diri, sebab keputihan yang saya alami semakin teruk. Cairan yang keluar dari miss v semakin banyak setiap hari dan berwarna hijau kekuningan tanda telah dijangkiti bakteria.

Saya terpaksa guna 4 keping pantyliner setiap hari, bagi mengelak rasa tidak selesa dan bau yang agak busuk.

Gambar Hiasan

Saya malu pada kawan-kawan, saya malu pada suami. Masa tu rasa stress sangat, sampai rasa dah putus asa.

Dan akhirnya saya mula menjauhkan diri dari suami dan kawan-kawan. Saya risau, mereka tidak selesa dengan bau tak berapa nak wangi pada diri saya ni.


BAHAYA KEPUTIHAN KEPADA VAGINA

Keratan sebuah Akhbar Tempatan



ALFALFA RAWAT KEPUTIHAN DENGAN CEPAT

Baby saya dah berusia 10 bulan, dan saya masih menggunakan SET MENYUSU SHAKLEE ( ESP, Alfalfa, Ostematrix dan Omega Guard)

Satu hari, saya baca buku Nutrisi Shaklee dan saya mula fahami fungsi dan khasiat Alfalfa. Baru saya tau, Alfalfa Shaklee ni merupakan 'Kacip Fatimah' moden dan mampu mengatasi masalah keputihan dan merawat alahan.

Makan Alfalfa 10 biji sehari bantu atasi masalah keputihan


Saya tambah dos dari 5 biji sehari menjadi 10 biji sehari. Saya cuba dalam masa 3 minggu dan perubahan positif.

Masalah keputihan saya semakin  berkurang, dan saya hanya menggunakan 1 pantyliner je sehari.

Masuk minggu ke-5 saya dah tak guna pantyliner lagi. Mula-mula macam tak percaya, betul ke ni Alfalfa punya penangan??? hehehee.......

Saya dah mula bergaul macam biasa dengan kawan-kawan pejabat. Hubungan suami isteri pun berjalan lancar, kalau dulu  nak mengelak je sebab malu dan takut suami rasa tak tahan dengan bau busuk.

Dan sehingga entri ini ditulis, saya betul-betul bebas dari masalah keputihan. Dah tak ada lagi lendir-lendir.....dah tak ada lagi cairan hijau kekunigan yang keluar dari miss v.

Betul-betul kering dan selesa.....rasa nak jerittttt je sebab suka sangat. Saya mengambil masa 2 bulan rawat keputihan dengan Alfalfa.

TESTIMONI ALFALFA UNTUK MASALAH KEPUTIHAN


Masalah keputihan menggangu hubungan intim suami isteri


Terima kasih Ya Allah....lepas satu masalah. Ini la shaklee effact saya, dan saya rasa berdosa sangat kalau tak kongsi khasiat dan kebaikan Alfalfa kepada anda semua.

Nota kaki : Alfalfa ni TIDAK boleh diambil oleh wanita hamil. Kalau mengalami masalah keputihan semasa hamil, saya cadangkan GARLIC.

Sekian dulu perkongsian saya. Mohon tekan butang Like dan Share jika anda rasa perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dan rakan-rakan yang lain.


Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di kawasan Johor bahru.

Jika anda ingin menjana pendapatan 3 hingga 5 angka sebulan secara part-time

boleh hubungi saya

fb : Noorhasila Shila
email : noorhasila80@yahoo.com.my
hp : 013-7505728
Shaklee id : 1163981









Rabu, 25 Mac 2015

ESP: LUKA PEMBEDAHAN SEMBUH DALAM TEMPOH SETAHUN!!!!!!

Assalamualaikum

Apa khabar pembaca blog shilazamri.blogspot.com?

Saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Hari ni 25 Mac, 2015, ada lagi 3 hari sebelum berakhir promosi ESP beli 6 PERCUMA 1. Bulan ni closing awal tau, sampai 28 Mac, 2015 jam 11.59 malam je tau.

Sempena promosi ESP bulan ni, saya nak kongsi sedikit info mengenai ESP.

Mungkin ada yang dah tau apa itu ESP, tapi saya percaya masih ramai lagi yang tak tau apa itu ESP


ENERGIZING SOY PROTEIN ( ESP )

Saya mula mengenali ESP masa hamil anak kedua pada tahun 2014. Masa tu dokter bagi tau, mungkin saya akan bersalin secara pembedahan (cesarean) sebab anak sulung saya pun dilahirkan secara pembedahan.

Jarak antara anak sulung dan yang kedua hanya setahun, luka cesar saya belum pulih. Sebenarnya dokter menasihatkan saya supaya jarak kan kehamilan 3 tahun, tapi dah Allah bagi rezeki anak cepat, tak kan saya nak tolak kan hehehhehehe.........

Saya mula mencari kalau-kalau ada supplemen yang boleh bantu saya pulihkan luka cesar dengan cepat dan dapatlah saya bersalin secara normal.

Satu hari, saya berbual dengan sepupu saya dan beliau mencadangkan saya ESP. Saya memang suka minum soya, jadi saya tak fikir lama dan terus setuju.



Promosi ESP


Mula-mula minum saya campur ESP + Milo  = sedapppp sangggattttt. Rasa lebih sedap dari milo tabur.

Bermula episod saya ketagih ESP, setiap pagi wajib bersarapan dengan ESP. Saya rasa ada perubahan positif, saya tak penat sangat, walaupun bekerja dan hamil 6 bulan. Saya sangat aktif bersiar-siar diwaktu petang dan bermain bersama anak sulung yang berumur 8 bulan masa tu.

JATUH CINTA SEKALI LAGI

Betul kata orang, tak kenal maka tak cinta....dah cuba terus tak boleh lupa. Macam tu la ibarat saya dengan ESP.

Saya ni kalau hamil je, mesti ada diabetes dan ESP bantu saya kawal gula dalam darah. Bacaan gula saya antara 3 hingga 5 saja. Memang terkawal.

Saya rasa sangat teruja setiap kali membuat pemeriksaan kandungan, dokter berpuas hati dengan tahap kesihatan saya.

Dan masa berlalu dengan pantas, sampai lah masa saya sakit untuk bersalin. 4 tin ESP telah saya minum sepanjang kehamilan.

Saya memang berazam akan bersalin secara normal, dan keajaiban memang berlaku dengan izin Allah SWT.

Pada 9 Mei, 2014 saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel seberat 3.42 di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Syukur kehadrat Ilahi, walaupun dalam buku merah tertulis laporan bahawa saya akan bersalin secara cesarean lagi, tapi dengan bantuan ESP dan izin Allah luka cesar saya setahun yang lalu pulih sepenuhnya.

ESP juga bagi tenaga semasa saya meneran untuk melahirkan, memang sangat teruja dan rasa nak telan 1 tin ESP tu hahahhahhah. Orang kalau dah jatuh cinta memang macam tu kan.....


KULIT BAYI HALUS DAN GEBU

Masa kat wad bersalin, saya tengok wajah baby Qaisara....kulit nya warna pink. Nurse pun tegur. Saya rasa malu sendiri, sebab saya dan suami berkulit sawo matang.

Mungkin ni kesan saya minum ESP, dan nures bersetuju bahawa soya membantu kulit baby lebih halus dan putih.


Baby Qaisarah


Sekian dulu perkongsian saya. Kepada para ibu hamil dan menyusu, saya cadangkan anda semua mencuba ESP. 

Memang sangat berpuas hati, susu badan pun meriah. Saya sendiri jadi testimoni dan terus jatuh cinta sampai sekarang.

Dah hampir setahun saya jadi pengguna ESP, dan saya rasa bersalah sangat jika tidak kongsi produk yang hebat kepada anda semua.


Ingin mendapatkan supplemen untuk seisi keluarga?

Ingin menjana pendapatan sampingan 2 hingga 5 angka?

Hubungi saya

Noorhasila Omar (Shila)
013-7505728
fb : Noorhasila Shila
email : noorhasila80@yahoo.com.my




























Selasa, 24 Februari 2015

NECK : TESTIMONI PESERTA SELEPAS 24 HARI

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot.com sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Program Now Everyone Can Kurus telah dijalankan pada 1 Februari, 2015 dan semua peserta di coaching oleh Abang Ketak secara online. 

Mudah, sangat mudah semuanya hanya dihujung jari.




APA KATA PESERTA 


Jom kita tanya apa kata peserta NECK



Kebanyakan Peserta memberi komen yang positif



TESTIMONI PESERTA NECK MUSIM PERTAMA

  
 Ini adalah sahabat saya Cikgu Suhana Kawi dan juga seorang peserta NECK musim pertama. Beliau berjaya turunkan 6kg selepas 14 hari. Semoga Cikgu Su cantik ceria dapat berat yang beliau idamkan iaitu 50 kg.




Sakinah telah berjaya menurunkan berat badan dengan bantuan Mentor. Menurut Sakinah, dia malu bila di katakan lebih tua dari usia sebenar, sebab tu dia berazam untuk kurus dan sihat



Ini adalah mentor kami, yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan bantuan Abang Ketak




SELUAR SAIZ 34 TUKAR 32 DALAM MASA 3 MINGGU

Peserta ni pula terpaksa kecikkan seluar saiz 34 kepada 32 dalam tempoh 3 minggu. Jimat katanya sebab seluarnya ada 10 helai.



SIAPA ABANG KETAK?

Yang sebelah kanan tu Abang Ketak. Tengok badan pun tau hehehe.......

beliau adalah seorang jurulatih bina badan di sebuah gym di Johor Bahru. Beliau yang bertanggungjawab membimbing para peserta Neck untuk menurunkan berat badan secara sihat


NECK MUSIM KEDUA

Program Now Everyone Can Kurus untuk musim kedua akan diadakan pada 1 Mac, 2015. Dianggarkan penurunan berat badan antara 10 hingga 15kg dalam tempoh 100 hari

Hadiah bernilai RM1000.00 akan diberikan kepada pemenang tempat pertama iaitu jumlah penurunan yang paling banyak.

Cakap kat orang sebelah, amacam? dah la dapat badan kurus, sihat, dapat lagi duit RM1000.00 best ke best?

Mestilah bestkan

Hubungi Saya, agen NECK anda

Noorhasila Omar
013-7505728
Fb : Noorhasila Shila







Sabtu, 21 Februari 2015

Cinch Energy Tea Mix

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot.com sentiasa dalam rahmat Allah SWT

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina ni saya ambik kesempatan untuk update entri baru, kali ni saya nak kongsi produk baru yang saya cuba bulan ni.

CINCH ENERGY TEA

Saya rasa ramai yang tak tau shaklee juga ada produk teh pelangsingan iaitu CINCH ENERGY TEA MIX. Teh ini terdapat dalam set pelangsingan shaklee dan sangat membantu untuk meningkatkan kadar metabolisma dan membekalkan tenaga berpanjangan.




Bagi mereka yang sedang berdiet tapi tiada masa untuk bersenam, adalah sangat digalakkan untuk minum teh ini setiap hari.

Mungkin ada yang tidak faham, apa itu peningkatan kadar metabolisma (saya dulu pun tak faham heheheh....)

Metabolisma yang tinggi, umpama pisau yang tajam untuk potong rumput. Rumput ni umpama kalori yang kita makan setiap hari.

Kalau kalori ni (rumput) tidak kita bakar (potong) ia akan jadi lemak dan menyebabkan berat badan bertambah dan kita akan jadi gemuk.

Untuk bakar (potong) kalori (rumput) dengan cepat, kita perlukan metabolisma yang tinggi (pisau yang tajam)

Kalau metabolisma kita rendah, ia umpama potong rumput yang tumbuh setiap hari menggunakan pisau yang tumpul dan lama kelamaan rumput akan semakin tinggi dan akan menjadi semak. Faham ke faham??????

Teh ini juga boleh menggantikan kopi atau minuman manis lain dan boleh diminum waktu pagi atau petang, tapi awas!!!!! jangan minum waktu malam hehehe....bukan apa takut malam tak boleh tidur nanti, kecuali mereka yang bekerja waktu malam memang sesuai minum teh ni.

SEGAR & BERTENAGA

Biasanya saya akan minum teh ni pada pukul 2.30 petang, sebab waktu macam ni saya akan rasa mengantuk dan lesu.

Kesannya saya rasa sangat segar dan bertenaga hingga ke malam dan saya juga kuat berpeluh, rupa-rupanya peluh itu adalah proses  pembakaran lemak  yang berlaku setelah kita minum teh ini.


KANDUNGAN CINCH ENERGY TEA MIX

1. Matcha Green Tea
2. Taurina 
3. White Tea
4. Rooibos Red Tea
5. Red Tea

kesemua kandungan dalam Cinch Energy Tea berfungsi meningkatkan kadar metabolisma, membekalkan tenaga dan membakar lemak dengan cepat.

CARA BANCUH CINCH ENERGY TEA MIX

Teh ini boleh dibancuh dengan air panas atau sejuk mengikut selera masing-masing, juga boleh ditambah sedikit gula atau madu dan perahan lemon atau halia untuk rasa yang lebih segar.



Saya suka bancuh dengan air panas dan makan bersama beberapa keping biskut sebagai minum petang, hasilnya memang superbb...rasa mengantuk terus hilang, buat kerja pun laju.


TESTIMONI


 Testimoni Pertama




testimoni cinch tea
Testimoni Kedua



Jika anda sudah bersenam dan kurang makan nasi, namun berat badan masih juga belum berjaya diturunkan, mungkin salah satu puncanya adalah badan anda kurang metabolisma untuk membakar kalori jadi  Cinch Energy Tea ini memang sangat membantu dan sesuai untuk anda.

Sekian dulu perkongsian saya kali ini, semoga entri ini dapat membantu anda dan rakan-rakan di luar sana yang dalam proses menurunkan berat badan.

Feel free to like and share


Ingin mendapat supplement untuk seisi keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan 3,4 & 5 angka sebulan?

Hubungi saya

Noorhasila Omar
013-7505728
fb : Noorhasila Shila


Khamis, 12 Februari 2015

CARA MUDAH ATASI SEMBELIT

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot.com sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Alhamdulilah usus besar saya sekarang makin sihat, setiap hari saya akan 'buang' segala toksin dalam badan.
Dulu saya ada masalah sembelit, kadang-kadang sampai seminggu lebih baru boleh 'buang'. Memang rasa sangat tak selesa dan pernah sampai berdarah.

OSTEMATRIK ATASI MASALAH SEMBELIT

Saya masih menyusu baby Sarah yang berusia 9 bulan, mungkin kesan kekurangan kalsium badan saya rasa sakit-sakit dan saya cepat letih.

Saya mencuba Ostematrix pada awal Oktober, 2014 untuk memenuhi keperluan kalsium saya. Setiap malam saya akan makan 4 biji sebelum tidur.




Alhamdulilah, dengan izinNya, selepas beberapa hari mencuba Ostematrik sakit-sakit pada badan semakin berkurangan. Sesuai dengan motto shaklee SELAMAT. BERKESAN. SEMULAJADI

saya juga baru sedar usus besar saya juga bekerja dengan baik selepas mencuba ostematrix. Setiap hari selepas sarapan, saya akan ke tandas untuk 'membuang' segala toksin yang terkumpul.

Rupa-rupanya Ostematrix bukan sekadar kalsium, ia juga mengandungi Vitamin D, Magnesium, Zinc, Copper dan Manganese .

Untuk pengetahuan anda semua, magnesium yang terdapat dalam Ostematrik membantu mengeluarkan rembesan sisa perut dan melembutkan najis dan sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit.


Testimoni sahabat saya menggunakan set bersalin shaklee


PROMOSI FEBRUARI, 2015

Sepanjang bulan Februari, 2015 shaklee mengadakan promosi Ostematrik

Beli 6 PERCUMA 1
Beli 2 DISKAUN 5%

Rasa nak melompat je bila tengok promosi ni, kalau boleh saya nak telan sebotol Ostematrik setiap hari hehehe......ala guraupun tak boleh.


Mohon anda tekan butang Like & Share supaya sama-sama kita dapat bantu kawan-kawan di luar sana untuk mengatasi masalah sembelit dengan mudah dan berkesan.

Sampai jumpa lagi pada perkongsian akan datang,

Salam sayang
Shila
id: 1163981










Jumaat, 6 Februari 2015

DETOK VS COFFEE

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot.com sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. 

Saya sekarang sedang dalam proses detok, saya buat secara berjemaah dengan kawan-kawan dalam sebuah secret group telegram.

Dulu saya tak ambik kisahpun mengenai detok. Saya tak tau kepentingan detok pada kesihatan diri, yang saya tau, saya nak kurus, nak cantik dan nak sihat. Saya makan pelbagi produk kesihatan untuk menurunkan berat badan dan mencantikkan kulit, tapi semua tidak berkesan, sehingga saya bertemu dengan Zara Si Ratu Detoks

KESAN PENGAMBILAN COFFEE

Saya telah dimasukkan dalam secret group detok yang di coching oleh Zara. Saya mula berbual dan berkongsi masalah kesihatan bersama kawan-kawan. Semua bersemangat untuk berdetok. Pelbagai resepi yang diajar oleh Zara untuk membuang toksid dalam badan.

Pelbagai Resepi Air Detok


Saya juga tidak ketinggalan untuk mencuba resepi air detok yang diajarkan oleh Zara. Kawan-kawan bagi maklum balas yang sangat positif, tapi saya agak musykil sebab saya tak ada apa-apa kesan malahan badan saya sakit.

"Zara, kenapa badan i sakit-sakit, dan susu badan i makin kurang?" 

"Apa yang you makan?"

" Tak ada apa-apa, i minum air detok dan ambik set menyusu lengkap."

"Pelik juga kes you ni, sebab orang lain bila amalkan detok, semua bagi maklum balas yang positif"

" I terpaksa ambik cuti, sebab terlalu letih dan badan sakit-sakit. Mungkin i tak sesuai berdetok"

"Detok tu untuk cuci usus, guna bahan-bahan semulajadi . Boleh bagi tau apa menu harian you?"

"Pagi i sarapan dengan ESP, jam 10 pagi i minum coffee dan makan biskut untuk hilangkan mengantuk"

"You minum coffee?????????????????"

"I jarakkan  2 jam selepas minum ESP, tak boleh ke i minum Coffee?

"Memang tak boleh. Coffee ada kafein, dan kafein adalah musuh terbesar pengamal supplemen. Sia-sis you makan set menyusu. Supplemen yang you makan akan jadi bahan buangan dan tak bagi apa-apa faedah pada tubuh you"

"I tak faham kenapa kafein tak bagus untuk pengamal supplemen. Bukan ke kafein bantu turunkan berat badan?"

"Coffee tergolong dalam kumpulan asid, bila detok kita guna buah-buahan yang bersifat asid seperti lemon. Jika bercampur, akan menyebabkan asid badan tinggi terutama bahagian perut. Perut ada asid semulajadi, lemon asid juga, coffee asid juga. Bila bercampur, asid dalam badan akan meninggi dan bila asid tinggi akan menyebabkan ulser dan gastrik. Sebab tu dalam air detok, kita seimbangkan lemon (asid) dan timun (alkali)"

"Jadi i kena berhenti minum coffee ke?

Coffee adalah bersifat asid

"You memang kena berhenti minum coffee atau air yang berkafein, tak bagus untuk pengamal supplemen minum kafein. Lagipun you masih lagi menyusu baby, memang tak elok minum minuman berkafein ni"


GOOD BYE COFFEE

Atas nasihat Zara, saya mencuba tidak minum coffee. Pada mulanya agak sukar, sebab saya dah set dalam minda, untuk hilangkan rasa mengantuk, saya kena minum coffee. Saya mencabar diri sendiri, dan akhirnya saya berjaya tidak minum coffee selama dua hari. Perubahan ketara adalah pada hari ketiga, tiba-tiba saya rasa payudara bengkak dan sakit. Saya mula mengepam susu dan sangat terperanjat, susu saya kembali meriah. Saya kongsikan kegembiraan ini pada rakan-rakan dalam group detok.

Selepas 7 hari berdetok

Zara sendiri terkejut melihat hasil yang positif, hanya beberapa hari saja saya berhenti minum coffee. Sekarang saya terpaksa ucap good bye coffee demi kesihatn diri dan keluarga.

Kini tiada lagi sembelit, tiada lagi keletihan hanya ada keceriaan dan keseronokan berdetok dan menurunkan berat badan.


DETOK BERJEMAAH

Patutlah dalam islam selalu menekankan solat berjemaah, rupanya sesuatu yang dibuat secara berjemaah lebih cepat hasilnya.

Dalam group telegram detok, kami menjaga kesihatan secara berjemaah, kami saling menyokong antara satu sama lain.


Group detok bersama Zara

Contohnya, jika saya malas menyediakan air detok kawan-kawan yang lain akan menegur dan upload air detok mereka.

Ini akan membuatkan saya rasa tercabar, terutama jika kawan-kawan yang lain rancak bercerita mengenai berat badan mereka sudah mula berkurangan.

Secara tidak langsung, kawan-kawan sangat membantu saya dalam proses berdetok atau menyingkirkan toksin dalam badan, terutama bila saya secara drastik terpaksa menghentikan pengambilan coffee yang berlebihan.

Apa yang saya boleh simpulkan disini adalah, kesihatan adalah yang utama dalam kehidupan. Kita tidak sedar, toksin berlebihan dalam badan kita adalah punca kepada penyakit yang berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan diabetes.


Oleh kerana itu, saya mula mengamalkan detok secara konsisten demi kesihatan pada masa akan datang.

Jika anda rasa entri ini akan memberi manfaat kepada rakan-rakan yang lain diluar sana, mohon anda tekan butang like dan share.



Ingin mendapatkan supplemen untuk seisi keluarga?

Ingin menjana pendapatan 3, 4 dan 5 angka secara sampingan ?

Hubungi saya

Noorhasila Omar
013-7505728
Fb : Noorhasila Shila
Email : noorhasila80@yahoo.com.my


Khamis, 29 Januari 2015

Awas!!!!!!! Healing Crisis

Assalamaulaikum

Semalam Mak saya ada mengadu badannya semakin sakit selepas ambik AJHT shaklee. Sakit sampai tak boleh bangun.

"Sabar ye Mak, itu healing crisis atau kesan penyembuhan. Mak kena teruskan makan sebab AJHT sedang beri tindak balas positif pada sendi Mak" 

Itu antara respon yang saya terima mengenai healing crisis selepas beberapa hari menggunakan produk kesihatan shaklee.

Biasanya healing crisis ni terjadi disebabkan badan kita terlalu banyak toksin, jadi bila berlakunya healing crisis itu adalah petanda baik bahawa segala toksin sedang dikeluarkan dari badan. Memang tidak dinafikan healing crisis ni sangat sakit tapi kita terpaksa tahan kesakitan yang sementara ini demi menjamin kesihatan yang berpanjangan.



PENGALAMAN SENDIRI

Jangan takut, kesakitan yang anda alami semasa tempoh penyembuhan hanya sementara. paling lama sekitar 2 minggu sahaja.

Saya sendiri pernah mengalami healing crisis, masa tu saya makan Ostematrik. Selepas 3 hari makan secara konsisten, badan saya mula sakit dan mata rasa mengantuk yang teramat sangat. Walaupun saya tidur seawal jam 9 malam, tapi saya tetap rasa mengantuk.

Apa yang saya lakukan adalah kurangkan dos pengambilan dari 4 biji, saya kurangkan kepada 2 biji dan saya minum 3 liter air sehari.

Selepas 2 minggu, badan saya kembali normal. Tiada lagi sakit-sakit badan dan mengantuk, bonus yang saya dapat tiada lagi masalah sembelit dan badan rasa semakin bertenaga.





CARA MENGATASI

1. Minum air 3 liter sehari
2. Kurangkan dos pengambilan
3.Dapatkan rehat yang secukupnya
4.Berdoa kepada Allah, semoga dipermudahkan urusan menjaga kesihatan




Ingin mendapatkan suplemen untuk seisi keluarga

Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka secara sampingan

Hubungi saya

Noorhasila Omar
013-7505728
Fb : Noorhasila Shila
Email : noorhasila80@yahoo.com.my