This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selamat Datang ke blog Shila Zamri.

Kepakaran kami dalam membantu kaum ibu untuk hidup lebih sihat dan keluarga ceria. Sudah ramai kaum ibu yang kami bantu dalam masalah penyusuan dan sakit-sakit badan disebabkan oleh kerjaya dan tanggungjawab kepada keluarga. Anda boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan konsultasi.
Kami turut ingin berkongsi segala maklumat: tips kesihatan, motivasi, kecantikan fesyen dan resepi masakan. Tidak lupa info dan testimoni produk kesihatan shaklee kepada pembaca diluar sana.

Isnin, 1 Jun 2015

PENGUMUMAN : COLLAGEN & NUTRIFERON TELAH KEMBALI!!!!!!

Assalamualaikum

Saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Sedikit info yang ingin saya kongsikan iaitu,Collagen Powder & Nutriferon telah kembali.




Masa diberitahu collagen akan terputus bekalan sehingga 2016  memang ramai yang frust, ye la nak kena tunggu setahun baru ada, mau nya tak frust kan.

Alhamdulilah, urusan dengan pihak kerajaan Malaysia dapat diselesaikan lebih awal dari tarikh yang dijangka.

Kepada penggemar Collagen powder, jom borong banyak2. Nak kulit cantik dan gebu di pagi raya haruslah kita bercollagen.



Dapatkan Diskaun 25% dan Vita_Lea percuma hari ini!!!!!!


Hubungi saya sekarang :

Shila
013-7505728



Khamis, 28 Mei 2015

AKU TERSELAMAT DARI KEMALANGAN!!!!!!!!

Assalamualaikum

Saya doakan anda sentiasa dalam perlindungan Allah.

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Alhamdulliah....alhamdulilah, syukur kehadrat ilahi, saya dilindungi dari kemalangan pagi tadi.

TERLAMABT KE TEMPAT KERJA

Sebenarnya, malam tadi suami ada memberitahu dia akan menghadiri pertandingan Pencak Silat peringkat Negeri Johor di Mersing untuk beberapa hari.

Oleh sebab terlalu mengantuk, saya tidur awal dan memang dah niat untuk bangun sekitar jam 4.00 pagi. Sempat la saya mengemas pakaian yang hendak dibawa suami nanti.

Tapi, saya terlewat bangun iaitu jam 6.00 pagi. selepas solat subuh saya perlu menyediakan sarapan untuk anak-anak, nak kemas beg suami lagi. nak iron baju lagi.



Surah Yassin 



uiiii........ banyaknya kerja yang perlu disiapkan, mana satu nak buat ni. Solat dulu la, sementara anak-anak masih tidur.

Selesai solat subuh, jam menunjuk kan pukul 6.30 pagi. Dalam hati berkira-kira nak baca yassin ke tidak...sempat ke kalau baca yassin.

Beg suami belum kemas, barang-barang anak-anak pun belum disediakan. Baca yassin ke tidak ni???

Malam je nanti baru baca Yassin, masa panjang sikit, biawak dalam diri mula menghasut.

Isssshhhh............. tak boleh macam ni, kalau aku dahulukan perintah Allah, mesti aku mudahkan urusan aku hari ni. tak apa la lambat sikit sampai sekolah.

Saya mula membaca Yassin sampai habis. Setelah selesai, saya menyediakan mee hoon goreng putih kegemaran suami dan anak-anak.

Lebih kurang jam 7.30 selesai urusan keluarga, saya baru bersiap ringkas untuk ke sekolah. Suami telah keluar untuk menghantar anak-anak di rumah mak saya.

Tepat jam 8.00 pagi, saya menghidupkan enjin kereta. Jarak antara rumah dan sekolah hanya 15minit saja.

Saya keluar simpang rumah, hendak memotong sebuah proton wira tapi saya lihat dari arah bertentangang seorang lelaki tua dalam lingkungan 75 tahun juga nak masuk kedalam simpang kawasan rumah saya.

Tak apa la pakcik, potong la dulu, saya memang dah lambat ni....malas nak tergesa-gesa. Saya bercakap seorang diri.

Saya membiarkan lelaki tua itu memotong proton wira itu, tapi saya lihat pemandu proton wira itu terus meluncur laju tanpa memberi laluan kepada pakcik itu.

Doooommmmmmm!!!!!!! Proton Wira itu merempuh pintu sebelah penumpang kereta pakcik itu.

Pakcikkkkk!!!!!!!!! saya menjerit dari dalam kereta. Masya Allah!!!!!!

Pemandu Proton Wira itu sedang berhayal rupanya. Dia memang tak nampak kereta saya dan kereta pakcik itu.

Saya menggigil, dalam hati memanjat kesyukuran sebab bukan saya yang dirempuh.

Kalau la saya yang memotong, mesti saya yang dirempuh!!!!!

INSAF

Saya betul-betul insaf, tak berhenti saya beristighfar. Allah lindungi saya dari kemalangan, mungkin sebab Allah nak saya sentiasa ingat padanya.

Nak baca Yassin setiap pagi pun berkira, bukan lama sangat pun tak sampai pun 20 minit. Ya Allah ampunkan aku.

Ampunkan dosaku sebab lalai dengan perintah-Mu

Ini kisah saya dan jadikan la sebagai pengajaran, utamakan perintah Allah, Insah Allah kita akan sentiasa berada dalam lindungan-Nya


Terima kasih Allah sebab melindungi ku pagi tadi dan terima kasih pada team Shaklee MFMS sebab selalu menitikberatkan amalan rohani kepada saya.

Sekian dulu perkongsian saya, semoga entri ini dapat memberi pengajaran dan motivasi kepada anda semua.


Feel free to share

Salam Sayang

Shila (013-7505728)


Rabu, 27 Mei 2015

PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

Assalamualaikum

Apa khabar semua? saya doa kan pembaca blog shilazamri sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Saya nak kongsi maklumat mengenai Pinjaman Perumahan Kerajaan bagi penjawat awam.

Sebenarnya, sudah beberapa kali saya menghadiri kursus perumahan, dan saya rasa saya perlu berkongsi maklumat yang saya perolehi sepanjang kursus.


Ini adalah desing RUMAH SAYA



PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

Sebenarnya, pinjaman perumahan ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

1. Membeli Rumah
2. Membeli Tanah untuk membuat rumah
3. Membina Rumah di atas tanah milik sendiri
4. Mengubahsuai Rumah


Antara muka laman web Pinjaman Perumahan Kerajaan


1.Sebagai penjawat awam, kita boleh membeli rumah yang sudah siap di bina atau rumah yang masih dalam pembinaan, tapi TIDAK boleh membeli rumah yang dilelong oleh pihak bank.

2.Penjawat awam juga boleh membeli tanah, selepas 5 tahun boleh membuat pinjaman sekali lagi untuk membina rumah di atas tanah yang dibeli dengan syarat tanah itu atas nama penjawat awam itu sendiri.

3. Sekiranya Penjawat awam sudah memiliki tanah sebelum berkhidmat dengan kerajaan, anda juga boleh membuat pinjaman perumhan untuk membina rumah di atas tanah tersebut dengan syarat tanah itu atas nama anda sendiri.

4. Rumah yang dibeli (tak kisah la pinjaman bank atau kerajaan) juga boleh diubahsuai melalui pinjaman perumahan kedua .

Contohnya : Saya membeli sebuah rumah semasa bekerja dengan swasta, dan 5 tahun kemudian saya ditawarkan sebagai penjawat awam. Dalam kes ini, saya layak membuat pinjaman perumahan untuk mengubahsuai rumah saya, dengan syarat rumah itu atas nama saya sendiri dan mesti cukup tempoh 5 tahun pemilikannya.


PINJAMAN PERIBADI VS PINJAMAN PERUMAHAN

Ramai yang tidak jelas dalam hal pinjaman perumahan, ada juga yang fikir pinjaman perumahan hanyan untuk membeli rumah sahaja.

Oleh sebab itu, ramai dikalangan penjawat awam yang membuat pinjaman peribadi untuk membeli tanah atau mengubahsuai rumah kediaman.

Sebenarnya pinjaman perumahan yang disediakan oleh kerajaan jauh lebih menguntungkan berbanding pinjaman.



SYARAT PERMOHONAN

Syarat untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan cukup mudah iaitu hanya perlu DISAHKAN DALAM JAWATAN sahaja.

Pinjaman perumahan juga hanya boleh dibuat 2 kali sahaja dan jumlahnya mengikut kelayakan gaji masing.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman web rasmi pinjaman perumahan kerajaan di :

http://bpp.treasury.gov.my/web/

Sekian dulu perkongsian saya, jika anda rasa entri ini memberi manfaat kepada rakan2 lain di luar sana, sila tekan butang share.

Feel free to share.

Salam sayang

Shila (013-7505728)
Fb : Noorhasila Shila
Email : noorhasila80@yahoo.com.my











SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

Assalamualaikum

Saya doakan anda sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Alhamdulilah, saya berkesempatan menghadiri  Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Tinggi pada 23 & 24 Mei, 2015.

Majlis tersebut diadakan di SJK (C) Mawai, Kota Tinggi dan bertemakan Busana Melayu.

Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya berkuda dan memanah.

Majlis ini Dirasmikan oleh YB Dato' Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narashid, Parlimen Kota Tinggi.

Jom kita layan gambar-gambar sekitar majlis


Demo Tradisional Archery


The Bodyguard


Para tetamu menyaksikan pertunjukan memanah



Enam sahabat berlatih memanah



Segak Berbusana, lengkap dengan pemakaian capal



Ini booth jualan saya yang menjual pelbagai jenis tanjak dan kelengkapan memanah

Bersama YDP PIBG, dua dari kanan



Itu BUKAN pekerja saya hehehe..... (ala...gurau pun tak boleh)


Gambar kenangan bersama Tokoh Hari Guru 2015



Sahabat-sahabat saya dari kelab Memanah Riyadh Equestrian, Ulu Tiram Johor




Sekian dulu perkongsian saya kali ini, sampai jumpa lagi pada entri akan datang.

Jika anda mencari pakaian Busana Melayu, Tanjak, Keris, Bengkong, Peralatan memanah, Capal dan lain2, anda boleh hubungi saya :

Zamri (019-7064647)
Fb : Seni Pakaian Warisan
Kedai : Al-Battar, Taman Seri Saujana, Kota Tinggi.


Nota kaki : Saya juga menerima tempahan T.shirt dan kelengkapan Persalinan Pengantin Lelaki                      dan Perempuan






Isnin, 25 Mei 2015

MESIN JAHIT : JENAMA APA YANG PALING SESUAI?????

Assalamualaikum

Saya doakan anda kaya dan berjaya dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT

Saya nak beli mesin jahit, tapi saya tak tahu menjahit. Itu la masalah saya sekarang.

Ada tak kawan2 yang boleh bantu saya, macam mana saya nak memilih mesin jahit yang berkualiti?



Kedai yang menjual mesin jahit tu mencadangkan saya guna jenama brother, tapi adik ipar saya (dia tukang jahit) cadangkan saya membeli jenama juki.

Sekarang ni saya dalam dilema, nak beli yang mana satu.

Saya nak guna mesin jahit tu, untuk menjahit busana melayu, pakaian silat, seluar berpesak dan macam-macam lagi. 

Sekarang ni, setiap oder yang masuk saya terpaksa tempah dari tukang jahit. Tapi, anda semua maklum la dah nak dekat-dekat raya ni tukang jahit dah tutup oder.

Jadi tempahan dari coustmer tak dapat saya penuhi, sebab tu saya nak beli mesin jahit. 

Saya harap pembaca dapat la bantu saya selesaikan masalah ini.

Feel free to share

Zamri 013-7505728/Fb page: Seni Pakaian Warisan


Ahad, 24 Mei 2015

UMAIRAH : ASSALAMUALAIKUM DOG!!!!!!!

Assalamualaikum

Salam sihat dan ceria

Ini kisah anak sulung saya, Nur Miasarah Umairah. Panggil dia kakak, sekarang ni mulut dia macam bertih jagung. Pot pet..pot pet........... hehehehe, almaklum la baru pandai bercakap.

Kakak baru berusia 2 tahun 2 bulan, tapi memang nampak la sikap seorang kakak. Dari mata saya sebagai seorang ibu, kakak nampak matang.

Nur Miasarah Umairah
                                           
2 hari lepas, saya bawa kakak dan adik temankan saya pergi hantar barang di tempat kerja kawan saya.

Kawan saya ni kerja di kawasan perindustrian, dan terdapat beberapa ekor anjing liar berkeliaran.

sambil mata melihat2 yang mana satu kilang tempat kawan saya bekerja, tiba2 kakak menegur.

" Ibu, itu dog la"

" Kakak...cepat bye-bye dog" sambil melambai2 kan tangan ke arah anjing liar

" Bye-bye dog.....assalamualaikum dog!!!!!!!!!!! " 

Glurppppp, saya telan liur. Nak ketawa pun ada.....hehehheh

Tak apa lah kakak, dog pun makhluk Allah, bagi la salam kat dia. Nanti kat syurga dog tak la najis macam kat dunia ni.

Dalam hati ku berkata "Dah besar rupanya anak dara aku ni" hehehhehehehhe


Feel free to share

Salam sayang

Shila
013-7505728



PERCUMA!!!!!!!........MULTI-VITAMIN PERTAMA DIDUNIA

Assalamualaikum

Saya doakan para pembaca semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Nak bagi tau, bulan ni promosi yang sangat-sangat menguntungkan iaitu, dengan mendaftar sebagai ahli sebanyak RM69.00 dan beli mana-mana produk shaklee, anda layak mendapat Vita-Lea bernilai RM94.00 secara PERCUMA!!!!!!!!!!!!!!

Multi-Vitamin Pertama dicipta di dunia


VITA-LEA IRON FORMULA

Vita-lea ni, adalah multi-vitamin yang pertama dicipta di dunia. Pada asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan kepada "Vita-Min"




Dah banyak Penambahbaikan dilakukan dari segi pembungkusan dan khasiat

FUNGSI & KHASIAT

1. Penambah tenaga segera
2. Pelengkap Nutrisi
3. Keupayaan sistem produktif - sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang                                                                    membesar
4. Meningkatkan kadar Metabolisma dan melambatkan proses penuaan.




SIAPA YANG PATUT AMBIL VITA-LEA IRON FORMULA?

1. Vita-Lea ni sangat sesuai diambil oleh mereka2 yang malas nak makan banyak2 kapsul.
2. Ibu-ibu hamil yang mengalami tekanan darah rendah
3. Mereka yang terlalu kurus (boleh tambah selera makan)
4. Mereka yang terlalu sibuk

Best tau bila baca info tentang Vita-Lea ni, rasa nak telan je sebotol sehari, lebih-lebih lagi bila dapat PERCUMA!!!!!!!!!!!!!!

Kenapa shaklee baik sangat bagi percuma ni, bukan nya murah kan, harga dekat seratus ringgit tuuuu.

Pihak shaklee bagi percuma sebab sempena 100 tahun usia Vita-Lea ni. Kalau manusia umur 100 tahun, macam-macam pengalaman hidup yang dilalui, manis, masin pahit semua ada.

Macam tu juga dengan Vita-Lea, banyak dah penambahbaikan yang telah dibuat oleh saintis untuk memberikan  hanya yang terbaik sahaja untuk kita semua, dan yang pasti semulajadi tanpa bahan kimia.

Sekian dulu perkongsian saya hari ini. Jangan lupa dapatkan promosi bulan ni. Tinggal 7 hari lagi tau...

Salam sayang

Shila/013-7505728/
Shaklee ID : 1163981/
Fb : Noorhasila Shila/ 
Email : noorhasila80@yahoo.com.my