This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selamat Datang ke blog Shila Zamri.

Kepakaran kami dalam membantu kaum ibu untuk hidup lebih sihat dan keluarga ceria. Sudah ramai kaum ibu yang kami bantu dalam masalah penyusuan dan sakit-sakit badan disebabkan oleh kerjaya dan tanggungjawab kepada keluarga. Anda boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan konsultasi.
Kami turut ingin berkongsi segala maklumat: tips kesihatan, motivasi, kecantikan fesyen dan resepi masakan. Tidak lupa info dan testimoni produk kesihatan shaklee kepada pembaca diluar sana.

Ahad, 17 Januari 2016

TAWARAN HEBAT PAKEJ MEMANAH

Assalamualaikum

Sempena sambutan Maulidur Rasul, Pusat Memanah Al-Battar menyediakan Tawaran 

Hebat bagi pakej Memanah


Sesi latihan sedang berjalan



LATIHAN MEMANAH INDOOR RM30.00 / JAM
=================================================================

Peralatan disediakan..


MODUL LATIHAN
==============
* teknik memanah mengunakan three fingers dan thum 

* kedudukan badan dan tangan yg betul ketika memanah

* bagaimana untuk fokus pada sasaran

* bagaimana untuk fast shooting




Antara soalan-soalan yang sering ditanya
================================

Soalan : saya tidak pernah memanah, tapi nak sangat memanah ?
Jawapan : jangan risau, kami akan ajar mengikut pengisian di atas..

Soalan : saya malulah kalau tak kena..
Jawapan : tak perlu risau, kita memanah di indoor bukan outdoor, dan yang ada adalah antara anda dan coach...

Soalan : boleh tak kalau nak bawak group untuk memanah suka-suka?
Jawapan : boleh sangat...lagi bagus , sebab happening...nak buat mini game pun boleh...

Soalan : nak hantar anak boleh tak ?
Jawapan : boleh sangat, nak hantar anak,  isteri, suami dan siapa-siap pun boleh....bagusnya untuk anak2 ni, bila mereka memanah minda mereka akan lebih fokus bila nak buat sesuatu, dalam pelajaran pun mereka akan lebih fokus, kerana ada kebaikan dan kekuatan dalam memanah....

Soalan : macam mana nak tempah khas memanah untuk group saya?
Jawapan : Anda, boleh whatsapp atau  call ke 0197064678 (Coach Zamri) bagi tau hari apa dan jam berapa nak datang, jadi indoor itu akan dikosongkan untuk group anda.

Soalan : macam mana nak jadi ahli ?
Jawapan : kami tidak offer kepada sesiapa untuk jadi ahli...tapi siapa yg sungguh2 memanah dan beri kesungguhan utk memanah serta rajin join dengan group memanah, kami akan offer . Kelebihannya boleh join dengan kelab kami kelab memanah AL FATEH dalam pertandingan memanah di dalam negeri atau luar negara. Dalam rekod Kelab Memanah  AL-FATEH salah seorang dari ahli kami pernah wakil negara didalam memanah Tradisional di Turki, disitu juga dah boleh jadi ahli kelab indoor archery Al-Battar, dan dapat harga special untuk memanah.


Kelebihan memanah ini hanya yg memanah sahaja tau akan 

kelebihannya....

Jumpa anda di AL-BATTAR indoor archery Taman Sri 

Saujana, Kota Tinggi.



Sebarang pertanyaan boleh call / whatsapp  



COACH ZAMRI

0197064678






Selasa, 12 Januari 2016

MAJLIS PEMBUKAAN PUSAT MEMANAH AL-BATTAR

Assalmualaikum

Alhamdulilah, syukur kehadrat Allah SWT, akhirnya Pusat Memanah Al-Battar telah dibuka secara rasmi pada 9 Januari, 2016.

Segala penat lelah akhirnya berbaloi dan terima kasih kepada tetamu yang sudi datang memeriahkan Majlis kami.

Tema Majlis : Busana Melayu

Tuan Rumah sedang memberi ucapan selamat datang kepada semua tetamu

Antara Tetamu yang hadir



Tema Busana Melayu


Antara Juada yang disediakan.

Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis kami. Terima kasih juga pada Mak, abah dan mertua yang banyak membantu kami.






Selasa, 29 Disember 2015

BERNIAGA PILIHAN KAMI

Assalamualaikum

Terima kasih pada korang yang sudi menjengah ke blog shilazamri. 

Aku nak kongsikan kisah suami aku yang sangat suka berniaga, ikut sunnah Nabi Muhammad SAW. katanya

9/10 pintu Rezeki adalah dengan BERNIAGA


Dari mula-mula aku berkawan dengan dia, dia sudah terlibat dengan bisnes MLM dan networking, tapi entah dimana silapnya dia mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Selepas kami berkahwin akhirnya dia mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji, tapi dalam diam dia mula mengikuti seminar dan kursus keusahawanan.

Aku masih ingat, bulan Disember, 2012 aku dan suami mengikuti seminar percuma Dr. Azizan Osman. Seminar separuh hari itu betul-betul memberi impak yang besar pada suami aku.

Selepas balik seminar tu, hidup dia dah tak tentu arah, masa tu aku tengah sarat mengandung anak pertama dan aku memang dah selesa  sebagai penjawat awam, (selesa la sangggatttttt hahhahah.....) jadi aku malas nak fikir pasal bisnes.

Tapi lain pulak dengan suami aku, malam tu dia tak dapat tidur, resah, gelisah sampai pagi dia pegang telefon bimbit.

Besoknya dia cakap nak ambik cuti sebab kena pergi Kluang, Johor sebab nak ambik tempahan barang coustmer.

"Sayang, papa cuti tau hari ni, sebab nak pegi ambik barang coustmer"

"Barang apa pulak, coustmer mana ni?" 

"Sayang tunggu je la, papa pergi dengan kawan"

Sampai petang dalam pukul 5.00 suami aku pun balik dan menyerahkan RM700.00 pada aku.

"Duit apa ni papa? dah gaji ke?"

"Tak la, ni duit coustmer bayar tadi. Sayang, ni baru bisnes geli-geli tau hehehehe"

Dari situ la bermula segala-galanya, suami aku nekad berhenti kerja selepas balik dari seminar Advance Marketing Power (AMP 2014) dan Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK 2014) anjuran Dr. Azizan Osman.

Hidup suami aku mula huru hara, bila perniagaan Busana Melayu dan otak-otak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Tak cukup dengan itu, suami aku mula berjinak-jinak dengan sukan memanah dan berkuda. Bermula sebagai hobi dan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW akhirnya suami aku nampak satu peluang bisnes.

Tercetus la idea untuk membuka pusat memanah dan akhirnya tertubuh la Al-Battar Indor Archery.

Sekarang ni suami dalam proses mengubahsuai kedai kami, dan aku dilantik sebagai pengurus kewangan (Pengurus Kewangan konon hahhahahha........verangan la ko Shila oiiiiiii)

                                       Proses membersihkan Pusat Memanah Al-Battar

InshaAllah Pusat Memanah Al-Battar akan beroperasi pada 1 Januari 2016


Okey, sampai sini dulu la coretan aku, kalau korang ada idea atau cadangan untuk diberikan boleh hubungi suami aku 019-7064678 (Zamri).

Salam Sayang 
Shila







Selasa, 22 Disember 2015

IDEA MENGHIAS PUSAT MEMANAH AL-BATTAR

Assalamualaikum

Alhamdulilah, syukur kehadrat Allah SWT, akhirnya impian aku dan suami akan menjadi kenyataan.

InshaAllah pada 1 Januari 2016 Pusat memanah Al-Battar akan dibuka secara rasmi di Taman Seri Saujana Kota Tinggi.

Sekarang proses ubah suai kedai 2 tinggkat sedang berjalan. Terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai yang banyak membantu dan memberi idea.

Aku dan suami memang tak pandai bab deko2 dan hiasan dalaman ni, hehhehehe....tak kreatif langsung.

         



Jadi aku sangat mengalu-alu kan kalau korang boleh bagi idea untuk Indoor Archery kami...suami minat konsep tradisional aku pulak minat moden. Pening kepala....masa dah tak banyak. 

Okey sampai sini dulu coretan ringkas, kalau ada pendapat atau idea korang boleh tepek gambar, semoga Allah bagi balasan baik pada korang. Amin








Khamis, 26 November 2015

Cara Atasi Gusi Bengkak

Assalamualaikum

Hai korang semua, sihat ke? musim hujan kan sekarang ni dan banjir dah mula melanda beberapa negeri.

Bukan nak cerita pasal banjir tau, hehehhe.....tapi aku nk share tentang masalah gusi bengkak. Ni cerita semalam, baru hari ni sempat kongsi. Kawan opis aku ni, dah 2 hari sakit gigi ditambah pulak gusi dia bengkak sampai muka pun dah jadi bulat macam belon. hehehehhe....siapa yang pernah sakit gigi dan gusi tau la betapa sakitnya.....


Bila dia pergi klinik, dokter tak boleh cabut gigi tu, sebab gusi dia bengkak sangat. Dokter bagi painkiller untuk tahan sakit dan suruh kawan aku tu datang lagi besok.

Kawan aku ni memang alergik dengan painkiller, so..dia beli la panadol untuk tahan sakit....

" Kak ina, boleh hilang ke sakit gigi dan bengkak gusi tu hilang kalau makan panadol?"

"Entah la, akak pun tak tau. Tapi akak tak boleh tahan, sakit berdenyut ni, nak makan pun tak boleh"

"Cuba akak ambik vitamin C ni, akak kemam kat tempat gusi bengkak tu"

"Boleh hilang ke? vitamin C ni masam"

"Cuba la, sebab setahu saya kalau gusi bengkak dan selalu berdarah tu tandanya kita kurang vitamin C"

Lepas 2 jam, kawan aku tu datang kat meja aku...

"Shila, terima kasih tau. bengkak gusi dah surut....rasa sakit pun kurang. Vitamin C apa tu ye? Akak nak beli la"


" Jenama shaklee kak...kebetulan bulan ni ada promosi. Saya setiap hari memang akan ambik 2 biji vitamin C, anak-anak saya pun saya bagi vit. C kanak2....kalau tak, setiap bulan mesti diaorang akan demam"

Macam tu la ceritanya, setakat ni aku rasa supplement shaklee adalah yang terbaik dan sesuai untuk aku sekeluarga.


Salam Sayang
Shila
Whatsapp +60137505728



Selasa, 17 November 2015

TIPS HILANGKAN BAU HANYIR IKAN

Assalamualaikum

Entri hari ni aku nak kongsi dengan ibu2 vouge, kakak2 cantik dan adik manis yang selalu masak kat rumah tu.

Setiap kali lepas siang ikan atau ayam, tangan kita akan berbau hanyir kan. Kadang-kadang dah cuci dengan sabun, bau tetap melekat terutama bau ikan cencaru a.k.a ikan jaket tu.

Sebelum ni aku tak terus makan kalau lepas masak, sebab aku rasa macam sedikit loya dengan bau hanyir ikan tu (aku memang cerewet tau....huaaaaa)

Aku jumpa tips ni dalam majalah Mingguan Wanita, dah lama aku tak ingat keluaran tahun bila. Cara nya sangat mudah dan simple.

Lepas habis siang ikan tu, korang ambik segengam serbuk teh, ramas2 buat scrub dalam 5 hingga 10 minit. Lepas tu basuh, Insha Allah bau hanyir ikan yang melekat kat tangan akan hilang. Mudah kan, selain boleh hilang kan bau serbuk teh ni boleh lembutkan tangan juga tau.

Serbuk Teh boleh hilangkan bau hanyir ikan


Oh...lupa nak bagi tau, korang guna serbuk teh yang belum direndam lagi tau, hehhehe jangan guna yang dah buat air tu tak berkesan nanti.

Tu je tips yang aku nak kongsi, nanti kalau ada tips yang terbaru aku update lagi ea.

Salam sayang
Shila


Isnin, 9 November 2015

SAMSUNG GALAXY NOTE 5

Assalamualaikum

Dah beberapa bulan ni...handphone Lenovo aku 'buat hal'. Baru je repair...rosak lagi. memori dah full nak ambik gambar pun susah.

Aku ni bukan peminat tegar gadget, tapi disebabkan aku ni baru berjinak-jinak dengan perniagaan online, jadi harus la ada tools aka telefon pintar kan.

Mula-mula tu, aku cuma nak tambah memori je, tapi atas nasihat adik aku, aku pun bercadang membeli sebuah telefon pintar.

Aku mula survey jenama dan model yang sesuai dengan aku. Pilihan aku semestinya yang laju akses internet kan.

Dari sebuah kedai ke sebuah kedai aku servay, akhirnya aku 'jatuh cinta' pandang pertama dengan SAMSUNG GALAXY NOTE 5.

it's mine


Amoi yang jual Handphone ni sangat baik dan ramah tau. 




TIPS BELI  HANDPHONE

Dah kebetulan aku tulis pasal Note 5 ni, aku nk share sikit tips beli handphone ye. First kena tau handphone tu original ke tiruan.

Macam Note 5 ada e-warenty stiker kat box tu dan pastikan kotak handphone tu belum dibuka lagi ye.

Yang kedua, kita minta pendapat dari centre, aku sebelum beli Note 5 tu, aku call centre Samsung kat Taman Molek. Aku tanya apa beza Note 4 dan Note 5.

Kenapa Note 5 tak boleh buka cover belakang, kenapa tak boleh tambah memori. Semua aku tanya dan bila aku dah puas hati baru aku beli.

Kalau kita tanya jurujual, mereka akan rekomen kan jenama yang mereka jual dan kadang-kadang mereka pun tak tau fungsi dan kelebihan sesuatu telefon pintar.

Aku rasa cukup la dulu, macam banyak celoteh pula hehheheh..... 

Apa pun, baru berapa hari aku guna Note 5 ni aku rasa sangat puas hati dan asik selpie jek hahhahahha...... Aku anggap sebagai hadiah untuk diri sendiri. Penat wei kerja setahun....bila dapat Note 5 ni, hilang segala penat lelah ku hehehheheheh....

Sampai jumpa lagi....tata...titi...tutu....

Salam Sayang
Shila