This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selamat Datang ke blog Shila Zamri.

Kepakaran kami dalam membantu kaum ibu untuk hidup lebih sihat dan keluarga ceria. Sudah ramai kaum ibu yang kami bantu dalam masalah penyusuan dan sakit-sakit badan disebabkan oleh kerjaya dan tanggungjawab kepada keluarga. Anda boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan konsultasi.
Kami turut ingin berkongsi segala maklumat: tips kesihatan, motivasi, kecantikan fesyen dan resepi masakan. Tidak lupa info dan testimoni produk kesihatan shaklee kepada pembaca diluar sana.

Isnin, 15 Februari 2016

BERJAYA TURUN 23.3KG DALAM 100 HARI

Assalamualaikum

Alhamdulilah,  Batch 10 Program Now Everyone Can Kurus (NECK) telah berakhir. Saya nak kongsikan kisah kejayaan seorang peserta yang paling banyak jumlah penurunan berat.



 Berjaya Turun 23.3kg Dalam Program NECK
===================================
Timbangan 15/02/2016
Rekod Berat NECK Batch 10
=====================
Nama: Salbiah
Berat Asal : 95kg
Tinggi. : 159cm
Minggu Ke-2 : 90kg (-5)
Minggu ke-4 : 88kg (-2)
Minggu ke-6 : 85kg (-3)
Minggu ke-8: 81.6kg (-3.4)
Minggu ke-10: 77.9kg (-3.7)
Minggu ke-12: 74.5kg (-3.4)
Minggu ke-14: 71.7g (-2.8)
Jumlah Penurunan : 23.3kg
Target Penurunan 100 hari : 26kg
Alhamdulillah saya Kurus dan Sihat
In Shaa Allah... saya jadikan NECK sebagai gaya hidup dalam kehidupan harian saya... NECK terbaik! Coach terbaik! Crew2 terbaik! Sahabat Batch 10 terbaik!
Saya doakan kalian berjaya dunia dan akhirat!
Sebak pula rasanyaa.. 100 hari penuh bermakna buat saya.. menjadikan saya daripada seorang yang tidak beryakinan kepada yang lebih beryakinan... menjadikan saya daripada seorang tidak kuat kepada seorang yang kuat...
NECK mengajar saya..kalau tak mahu orang pandang rendah dan memperlekehkan kita yang gemuk ni... (hakikat hati seorang berbada besar) kita kena berusaha sendiri... nothing is possible..
Always pegang USAHA, DOA dan TAWAKAL... bak kata coach FAST ACTION FAST RESULT.. thank you semua!
Ucapan terima kasih kepada MF yang diberikan ilham untuk menghasil NECK.. membantu orang lain mencapai kehidupan lebih sihat!
Hanya Allah dapat membalasnya. Semoga NECK terus maju dan MF diberkati Allah.





Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada kak Salbiah. Semangat beliau memang tak pernah pudar. Matlamat beliau sangat jelas untuk menurunkan berat badan.

Jika anda mahu masih tercari-cari formula untuk menurunkan berat badan, saya cadangkan anda menyertai Program NECK kerana :

* 100% online
* Tidak perlu ke gym
* Jadual program mengikut masa anda
* Makan 5x sehari
* Makan nasi setiap hari

 Agen NECK 

Shila
013-7505728

******* J O M   K U R U S  D A R I   R U M A H*******



Rabu, 27 Januari 2016

AKTIVITI MEMANAH PELAJAR SMK SERI SAUJANA KOTA TINGGI

Assalamualaikum


Semoga korang semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. 

Aktiviti minggu lepas di pusat memanah Al-Battar, kali ini seramai 20 orang pelajar SMK Seri Saujana menyertai aktiviti memanah indoor.

Kesemua mereka adalah atelit Silat Pusaka Gayong Malaysia yang akan mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan.

Biasa la, adik-adik ni semua tension, walaupun ada yang dah beberapa kali mewakili sekolah dan Negeri dalam acara silat.

Untuk meredakan stress ni, Guru Penasihat Kelab Silat telah membawa adik-adik ni ke Pusat Memanah Al-Battar.

Jom layan gambar-gambar diaorang.


Coach Zamri sedang memberi taklimat ringkas mengenai sunnah memanah dan aspek keselamatan.


Adik-adik ni menggunakan peralatan Memanah Tradisional

Rasa teruja walaupun pertama kali memanah


Fokus!!!!


Team Silat Kebangsaan Pusaka Gayong Malaysia, SMK Taman Seri Saujana

Hilang Stress bila memanah dan rasa tak sedar masa berlalu 2 jam.


Saya doakan adik-adik ni berjaya dalam pertandingan silat kebangsaan yang akan diadakan di Pahang nanti.


PENGUMUMAN

Dapatkan penjimatan sehingga 50% bagi aktiviti berkumpulan. Minimum 10 orang ke atas.

Pihak Al-Battar juga menyediakan kelas memanah Outdoor di sekolah-sekolah dan Syarikat Swasta.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Coach Zamri (019-7064678).



Alamat kedai

PUSAT LATIHAN MEMANAH AL-BATTAR
NO. 12 JALAN SS1
TAMAN SRI SAUJANA
81900 KOTA TINGGI
JOHOR








Selasa, 19 Januari 2016

IMPIAN UNTUK MENUNAIKAN UMRAH 2017

Assalamualaikum

Aku doakan semua pembaca blog shilazamri sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT.

Impian atau azam aku tahun ni terlalu banyak, antarnya aku nak pegi umrah sekali lagi bersama suami pada Bulan Ramadhan Tahun 2017!!!!! (Ya Allah, permudahkan lah urusan kami)


Kenangan Umrah 2011


Ada masa lagi setahun, untuk kumpul duit dan buat persiapan. Sudah jadi acara tahunan, keluarga aku pergi bercuti ke Tanah Suci untuk menunaikan  umrah, perasaan aku biasa-biasa je. Tapi tahun ni, rasa sanggggaaaattttttt berbeza.

Aku rasa nak ikut, nak ikuttttttt!!!!!!!!

"Long, Insha Allah 3 Februari ni, mak, abah nak pegi umrah. Along duduk rumah mak tau"

" Mak, tahun depan mak jaga anak-anak orang tau. Bulan puasa 2017 orang pulak nak pegi umrah" 

Entah macam mana, terlepas cakap macam tu pulak.

Aku masih ingat lagi, seorang ustaz pernah cakap kalau kita ada niat nak beribadah dan sungguh-sungguh nak, pasti Allah akan bantu.

Jadi aku masukkan dalam senarai 101 impian aku. Dr. Azizan pun pernah pesan, kalau nak sesuatu selain kita berusaha, kita kena TULIS impian kita.

Impian yang tidak ditulis akan jadi angan-angan kosong.

Sebab tu aku tulis besar-besar impian aku kat sini

=============================================================
MENUNAIKAN UMRAH BERSAMA SUAMI PADA BULAN RAMADHAN 2017
=============================================================


Nota Kaki : Kalau korang ada impian, TULIS je....jangan takut bermimpi, sebab setiap kejayaan bermula dengan impian!!!!

Salam Sayang

Shila



Isnin, 18 Januari 2016

TIPS ATASI KELETIHAN

Assalamualaikum

Awal tahun macam ni memang aku tak menang tangan dek kesibukan kerja di pejabat dan menguruskan anak-anak yang tengah membesar bagai johan tu.




Tapi aku rasa lebih kesian tengok En. Suami yang selalu balik lambat dan keletihan. Sejak Pusat Memanah Al-Battar dibuka, En. Suami terpaksa balik lambat, bukan tak nak ambil pekerja tapi untuk permulaan ni biarlah dia urus sendiri.

Kadang-kadang pukul 12 malam baru sampai di rumah, subuh nak solat bukan main susah lagi. Aku pun mula cari supplement yang sesuai untuk dia dan untuk aku juga.

Aku dan suami pun mula minum Cinch Tea dan Vita Lae, rasa sangat segar. Mula-mula aku tak perasan pun, balik kerja terus ambil anak-anak kat rumah mak, masak, membasuh sampai ke malam. Sedar-sedar dah jam 11 malam.


 



Tapi aku langsung tak rasa mengantuk, tak rasa penat pun.

Yessss!!!!! akhirnya setelah try & error aku dapat juga supplement yang memberi tenaga untuk aku dan suami.

Suami pun mengaku, dia kurang rasa letih sejak amalkan 2 biji Vita Lea pagi dan malam. Cuma suami aku ni tak boleh minum Cinch Tea je sebab perut dia akan rasa sebu. Dia memang alahan pada apa jeis teh pun hehehhehe.......

Cinch Tea ni, pembekal tenaga segera tau. Boleh minum bila-bila masa je, sejuk atau panas. Cuma kalau minum waktu malam memang kompom tak boleh tido la kan....hehehhehe

Vita Lea pulak, multivitamin juga memberi tenaga extra dan saya sangat puas hati dengan gabungan 2 supplemnt ni.

Oppssss lupa nak bagi tau, Vita Lea ni Iron Formula jadi TIDAK boleh diambil bersama susu atau soya, sebab kalsium yang terkandung dalam susu akan menyekat penyerapan Iron.

Okey tu je nak kongsi. Jumpa lagi pada entri akan datang...bye


Salam Sayang

Shila
013-7505728
Shaklee id : 1163981




Ahad, 17 Januari 2016

TAWARAN HEBAT PAKEJ MEMANAH

Assalamualaikum

Sempena sambutan Maulidur Rasul, Pusat Memanah Al-Battar menyediakan Tawaran 

Hebat bagi pakej Memanah


Sesi latihan sedang berjalan



LATIHAN MEMANAH INDOOR RM30.00 / JAM
=================================================================

Peralatan disediakan..


MODUL LATIHAN
==============
* teknik memanah mengunakan three fingers dan thum 

* kedudukan badan dan tangan yg betul ketika memanah

* bagaimana untuk fokus pada sasaran

* bagaimana untuk fast shooting




Antara soalan-soalan yang sering ditanya
================================

Soalan : saya tidak pernah memanah, tapi nak sangat memanah ?
Jawapan : jangan risau, kami akan ajar mengikut pengisian di atas..

Soalan : saya malulah kalau tak kena..
Jawapan : tak perlu risau, kita memanah di indoor bukan outdoor, dan yang ada adalah antara anda dan coach...

Soalan : boleh tak kalau nak bawak group untuk memanah suka-suka?
Jawapan : boleh sangat...lagi bagus , sebab happening...nak buat mini game pun boleh...

Soalan : nak hantar anak boleh tak ?
Jawapan : boleh sangat, nak hantar anak,  isteri, suami dan siapa-siap pun boleh....bagusnya untuk anak2 ni, bila mereka memanah minda mereka akan lebih fokus bila nak buat sesuatu, dalam pelajaran pun mereka akan lebih fokus, kerana ada kebaikan dan kekuatan dalam memanah....

Soalan : macam mana nak tempah khas memanah untuk group saya?
Jawapan : Anda, boleh whatsapp atau  call ke 0197064678 (Coach Zamri) bagi tau hari apa dan jam berapa nak datang, jadi indoor itu akan dikosongkan untuk group anda.

Soalan : macam mana nak jadi ahli ?
Jawapan : kami tidak offer kepada sesiapa untuk jadi ahli...tapi siapa yg sungguh2 memanah dan beri kesungguhan utk memanah serta rajin join dengan group memanah, kami akan offer . Kelebihannya boleh join dengan kelab kami kelab memanah AL FATEH dalam pertandingan memanah di dalam negeri atau luar negara. Dalam rekod Kelab Memanah  AL-FATEH salah seorang dari ahli kami pernah wakil negara didalam memanah Tradisional di Turki, disitu juga dah boleh jadi ahli kelab indoor archery Al-Battar, dan dapat harga special untuk memanah.


Kelebihan memanah ini hanya yg memanah sahaja tau akan 

kelebihannya....

Jumpa anda di AL-BATTAR indoor archery Taman Sri 

Saujana, Kota Tinggi.



Sebarang pertanyaan boleh call / whatsapp  



COACH ZAMRI

0197064678






Selasa, 12 Januari 2016

MAJLIS PEMBUKAAN PUSAT MEMANAH AL-BATTAR

Assalmualaikum

Alhamdulilah, syukur kehadrat Allah SWT, akhirnya Pusat Memanah Al-Battar telah dibuka secara rasmi pada 9 Januari, 2016.

Segala penat lelah akhirnya berbaloi dan terima kasih kepada tetamu yang sudi datang memeriahkan Majlis kami.

Tema Majlis : Busana Melayu

Tuan Rumah sedang memberi ucapan selamat datang kepada semua tetamu

Antara Tetamu yang hadir



Tema Busana Melayu


Antara Juada yang disediakan.

Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis kami. Terima kasih juga pada Mak, abah dan mertua yang banyak membantu kami.






Selasa, 29 Disember 2015

BERNIAGA PILIHAN KAMI

Assalamualaikum

Terima kasih pada korang yang sudi menjengah ke blog shilazamri. 

Aku nak kongsikan kisah suami aku yang sangat suka berniaga, ikut sunnah Nabi Muhammad SAW. katanya

9/10 pintu Rezeki adalah dengan BERNIAGA


Dari mula-mula aku berkawan dengan dia, dia sudah terlibat dengan bisnes MLM dan networking, tapi entah dimana silapnya dia mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Selepas kami berkahwin akhirnya dia mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji, tapi dalam diam dia mula mengikuti seminar dan kursus keusahawanan.

Aku masih ingat, bulan Disember, 2012 aku dan suami mengikuti seminar percuma Dr. Azizan Osman. Seminar separuh hari itu betul-betul memberi impak yang besar pada suami aku.

Selepas balik seminar tu, hidup dia dah tak tentu arah, masa tu aku tengah sarat mengandung anak pertama dan aku memang dah selesa  sebagai penjawat awam, (selesa la sangggatttttt hahhahah.....) jadi aku malas nak fikir pasal bisnes.

Tapi lain pulak dengan suami aku, malam tu dia tak dapat tidur, resah, gelisah sampai pagi dia pegang telefon bimbit.

Besoknya dia cakap nak ambik cuti sebab kena pergi Kluang, Johor sebab nak ambik tempahan barang coustmer.

"Sayang, papa cuti tau hari ni, sebab nak pegi ambik barang coustmer"

"Barang apa pulak, coustmer mana ni?" 

"Sayang tunggu je la, papa pergi dengan kawan"

Sampai petang dalam pukul 5.00 suami aku pun balik dan menyerahkan RM700.00 pada aku.

"Duit apa ni papa? dah gaji ke?"

"Tak la, ni duit coustmer bayar tadi. Sayang, ni baru bisnes geli-geli tau hehehehe"

Dari situ la bermula segala-galanya, suami aku nekad berhenti kerja selepas balik dari seminar Advance Marketing Power (AMP 2014) dan Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK 2014) anjuran Dr. Azizan Osman.

Hidup suami aku mula huru hara, bila perniagaan Busana Melayu dan otak-otak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Tak cukup dengan itu, suami aku mula berjinak-jinak dengan sukan memanah dan berkuda. Bermula sebagai hobi dan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW akhirnya suami aku nampak satu peluang bisnes.

Tercetus la idea untuk membuka pusat memanah dan akhirnya tertubuh la Al-Battar Indor Archery.

Sekarang ni suami dalam proses mengubahsuai kedai kami, dan aku dilantik sebagai pengurus kewangan (Pengurus Kewangan konon hahhahahha........verangan la ko Shila oiiiiiii)

                                       Proses membersihkan Pusat Memanah Al-Battar

InshaAllah Pusat Memanah Al-Battar akan beroperasi pada 1 Januari 2016


Okey, sampai sini dulu la coretan aku, kalau korang ada idea atau cadangan untuk diberikan boleh hubungi suami aku 019-7064678 (Zamri).

Salam Sayang 
Shila