Isnin, 11 Julai 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Assalamualaikum

Dah masuk 6 Syawal, baru sempat nak update blog. Akak busy iols hahhahahha....

Persiapan Raya tahun ni simple je, sebab Akak sibuk buka booth Dexandra kat Bazar Karat Kota Tinggi. Ada masa shopping la sikit-sikit.

Kuih Raya, macam biasa Akak beli jek dan dah habisssss punnn. Kalau korang nak tau, Akak memang 'hantu' kuih Raya sebab tu mak selalu sorok kuih Raya kalau Akak balik rumah dia hahhahahha...................

Tahun ni, giliran beraya sebelah mertua, di Felda Air Tawar 2 Kota Tinggi. Kami sampai betul-betul azan maghrib malam raya jadi memang tak sempat nak tolong mak mertua masak. (ampunkan daku mak hihiihihi....)

Tapi, cover balik tolong mak pasang langsir. Cantik tau langsir baru, Akak cuma tolong deko-deko je, tukang panjat En. Asben la.

                           

Dah siap semua apa lagi, program iron baju la, ikut giliran anak-anak pulak sibuk main bunga api dengan sepupu sepapat.

Memang meriah sambutan raya kat kampung. tang raya ni bagi akak la, yang paling best makan. Ketupat, lodeh rendang dan bila kat felda jiran-jiran akan hantar mangkuk tingkat jadi dapat la rasa semua masakan.



PAGI RAYA


Keluarga Mertua

Haaaa....jangan terkejut tau. Keluarga mertua memang besar, semua ada kecuali adik ipar dengan isterinya je belum sampai. macam-macam aksi dan gaya, tak dan nak upload semua takut korang muntah hijau pulakk tengok hahhahhahah.....


Keluarga kecil ku


Lepas ambil gambar semua, kami pun pergi marhaban di rumah jiran dan terus balik ke JB untuk beraya dengan keluarga akak pulak.

Memang penat uols tapi seronok, anak-anak la yang paling happy sebab dapat banyak duit raya. Ok tu je cerita raya kami. Sampai jumpa dalam entri yang lain


#dexandrakotatinggi #dexandraperfume #agendexandra 








0 comments:

Catat Ulasan