Rabu, 13 Julai 2016

Mini Reunion Raya 2016

Assalamualaikum..

Al-kisah cerita malam tadi, sebenarnya iols nak beraya rumah bff  dengan suami dan anak-anak je. Siap pesan kat tuan rumah tak payah masak-masak.

Tetiba, tangan ni gatal pulak pm sorang2 kawan2 yang lain. Rasa macam tak best je raya kalau tak ramai.

Sekali tu, ramai pulak yang datang dan tuan rumah siap masak mee soto dan mee hoon goreng yang sanggatttt sedappppp. Tqvm Suri sebab sudi menjamu kami semua.

Dan bila dah ramai yang berkumpul tu, harusla pelbagai ragam dan aksi. Semua terbahak-bahak ketawa.

En. suami pulak malas nak layan sebab fokus tengok bola JDT vs PKNS.

Anak-anak pun enjoy je jumpa kawan-kawan..



Sebenarnya kitaorang ni semua satu sekolah, selalu jumpa dalam whatsapp group je. Ye la semua dah kawin dan ada yang duduk di KL, sabah dan Arab Saudi...jadi time raya macam ni la sempat berkumpul.

Tu pun ada yang tercicir juga, tak pe nanti kit return lagi ye.

Alhamdulilah walaupun telah meninggalkan alam persekolahan pada tahun1997, tapi tali persahabatan tetap terjalin dengan mesra.

Semoga silaturrahim antara kami terus kukuh hingga ke jannah....aminnnn




0 comments:

Catat Ulasan