Rabu, 13 Julai 2016

Magnet Rezeki

Assalamualaikum

Masih lagi dalam mood raya, tapi rutin harian tetap berjalan seperti biasa.

Lepas raya macam ni, poket pun mula nipis dan otak mula ligat fikir macam mana nak dapat income lebih sikit.

Nak tanya sikit la, korang yang buat bisnes pernah tak rasa kenapa susah sangatttt nak buat sale?

Pernah tak korang rasa, kenapa ek Si Polan  tak nak beli dengan aku?

Kenapa sale Si Timah boleh sampai ribu-ribu padahal kita jual produk yang sama?

Kenapa ek kita nak jual 1 atau 2 pcs pun susah??????????

Banyak nya tanya!!!! padahal jawapan ada pada diri kita sendiri.

Cuba semak balik kolam jiwa kita. Berapa kali dah kita istighfar hari ni vs berapa kali kita mengumpat?

Berapa banyak dah kita sedekah hari ni?

Berapa banyak kita selawat?

Berapa kali dah kita mudahkan urusan orang lain?

Tu belum tanya lagi berapa banyak kita syukur dengan segala rezeki yang Allah bagi?

Lepas ni kalau rasa susah sangat rezeki nak dekat, cuba banyakkan istighfar dan solat taubat. Kadang-kadang kita ni tak sedar bahawa kita yang menzalimi diri sendiri.

Maaf ye, saya bukan nak bagi ceramah agama ni sekadar peringatan pada diri saya sendiri.




I am money magnet

**** SHILA deXandra ****

013-7505728

FB Page : Cermin Kosmetik





0 comments:

Catat Ulasan