Ahad, 30 Ogos 2015

CARUM KWSP, WALAUPUN ANDA BEKERJA SENDIRI

Assalamualaikum.

Salam MERDEKA buat semua warganegara Malaysia.

Hari ni saya nak berkongsi sedikit mengenai info yang saya dapat dari seorang sahabat saya. Kredit to Nani, TQVM dear.

Kisahnya macam ni, saya dalam perancangan nak beli sebuah rumah 2nd hand, dan saya bercadang untuk menggunakan pinjaman perumahan kerajaan.

Rupanya tak semudah itu, pemilik asal rumah tak setuju saya buat pinjaman perumahan. Beliau meminta saya menggunkan pinjaman bank dengan alasan kalau pinjaman kerajaan lambat lulus dan penilaian lebih rendah berbanding pinjaman bank.

Saya pun bersetuju dan nak buat 2 penama bagi rumah yang akan kami beli, dan kami menghadapi satu 'situasi'.

Suami saya bekerja sendiri, bisnes busana melayu baru setahun jadi tak ada la nak bayar income tax. Pendapatan kasar 4 angka sebulan.

Jadi bank memang tak dapat nak luluskan pinjaman kami. Terpaksa kami kiv dulu rumah tu.

Semalam saya jumpa sahabat saya Nani, dan berbual kosong.

"Macam mana proses beli rumah ko tu, lulus tak?"

"Macam tak dapat buat full loan la, kena top up duit sendiri Nani."



"Kenapa ko tak guna duit KWSP?"

" Aku pilih bersara pencen, jadi akaun kwsp dah tutup. Suami aku kerja sendiri dah setahun tak ada potongan KWSP."

"Kenapa suami ko tak carum KWSP, walaupun kerja sendiri kita kena carum juga, sebab bila kita nak beli aset, bank akan minta KWSP. Lain la kalau bisnes dah besar, kita bayar income tax...jadi tak ada masalah"

"Boleh ke Nani? aku ingat bila kerja sendiri tak payah carum. Suami aku cuma simpan dalam ASB je"

"Kena la carum KWSP tu, untuk masa depan dan beli aset. Boleh bayar secara tunai atau cek kat bank terpilih. Public Bank ada kalau tak silap aku. Tapi kena pergi pejabat KWSP dulu dan isi borang potongan majikan"

"Oo..ok..terima kasih tau Nani. Aku pun baru tahu ni, kerja sendiri pun boleh carum KWSP. Selama ni aku ingat bila kerja sendiri tak payah carum KWSP."

"Jangan lupa suruh suami ko carum, nanti kalau nak beli rumah kedai ke...rumah sendiri ke...senang guna je akaun kedua tu"




Ha...tu la sedikit info yang saya dapat dari sahabat saya.

Mohon tekan butang share jika anda rasa perkongsian ini mmberi manfaat kepada anda.

Salam sayang

Shila (013-7505728)



0 comments:

Catat Ulasan