Ahad, 23 Ogos 2015

BERAT BADAN NAIK LEPAS BERSALIN

Assalamualaikum

Saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Nak kongsi sikit kisah Raya, walaupun bulan syawal dah habis tapi bila tengok balik gambar raya saya akan tersenyum sendirian.

RAYA 2014

Saya bersalin anak ke-2 pada bulan Mei, 2014 dan habis berpantang pada awal Ramadhan. Alhamdulilah dapat saya berpuasa.

Tapi yang pelik, kenapa bulan puasa tapi berat saya naik dan terus meningkat setiap minggu sehingga habis sebulan bulan Ramadhan.

Congak punya congak, baru saya tahu setiap kali waktu bersahur saya akan makan 2 pinggan nasi, lauk jangan cerita ayam goreng, telur dadar sayur lemak.

Hehehe...masa tu saya menghabiskan cuti bersalin di rumah mertua, mak mertua saya memang pandai masak dan pandai pancing selera anak-anak.

Waktu berbuka pula, saya akan makan kuih-kuih manis, murtabak adalah makanan wajib setiap kali waktu berbuka dan ditambah air soya, air katira dan bubur kacang.

Lepas solat maghrib, saya akan makan nasi 2 pinggan dan akan mengunyah kuih muih sampai la waktu tidur.

Itu lah kisah Ramadhan 2014 saya, dan hasilnya sangat-sangat mengujakan

Raya 2014, berat badan 67kg


Lepas habis tempoh cuti bersalin, saya mula bekerja seperti biasa. Tapi saya termenung seketika, sebab pakaian saya semua dah sendat.

Baju kurung moden semua tak muat, alamak kenapa ni????

Terpaksa saya pakai baju kurung, itupun macam sarung nangka. Di pejabat, ramai pula yang menegur, saya semakin tembam ada pulak yang panggil saya mak mok. Adoiiii....tension akak tau. hahhaha......

Dan saat yang paling sedih, ketika marhaban di rumah ibu saya, ada tetamu yang menegur dan bertanya saya mengandung lagi ke????

Ya Allah, gemuk sangat ke aku ni???

Saya perlu buat sesuatu, sehingga saya bertemu dengan Program NECK pada bulan Februari, 2015.

Masa tu saya hanya jadi agen saja, konon dah kurus. Masa saya jadi agen berat saya 58 kg. Tapi lepas saya lihat peserta NECK ada yang kurus dan turun berat lebih 10 kg akhirnya saya juga menyertai Program NECK.

Dan alhamdulilah, melalui pemantauan dari coach dan ilmu dari mentor MFMS akhirnya saya berjaya kembali langsing dalam tempoh 60 hari saja.

Saya join NECK pada Jun, 2015 dan dalam tempoh 2 bulan saya berjaya turun 6kg.

RAYA 2015

Ramadhan tahun ni, saya lebih berhati-hati dalam memilih makanan. Menu bersahur saya, biasanya kurma 3 biji dan susu rendah lemak berserta oat segera dan saya akan minum 1 liter air.

Sebelum masuk waktu subuh saya akan bersenam mengikut jadual yang diberikan oleh coach.

Bila masuk waktu berbuka, saya akan ambil segenggam nasi, berserta sayur ulam-ulaman dan ikan atau ayam.

Saya juga akan habiskan air 2 liter sehingga waktu tidur. Lepas solat tarawikh saya akan mengunya buah.

Dan hasilnya.....

Raya 2015, berat 52kg


Macam pengantin baru hehehe....


Berbeza tak??

Saya sangat berpuas hati dengan Program NECK dan saya rasa saya wajib bantu sahabat-sahabat lain yang mempunyai masalah berat badan naik lepas bersalin.

Kalau anda masih tidak tahu lagi apa itu NECK, jemput baca disini.



Jika anda tidak keberatan, mohon tekan butang share, supaya kita sama-sama dapat membantu sahabat-sahabat kita yang lain.

Saya doakan anda kurus dan sihat selamanya.

Shila  : 013-7505728








0 comments:

Catat Ulasan