This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selamat Datang ke blog Shila Zamri.

Kepakaran kami dalam membantu kaum ibu untuk hidup lebih sihat dan keluarga ceria. Sudah ramai kaum ibu yang kami bantu dalam masalah penyusuan dan sakit-sakit badan disebabkan oleh kerjaya dan tanggungjawab kepada keluarga. Anda boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan konsultasi.
Kami turut ingin berkongsi segala maklumat: tips kesihatan, motivasi, kecantikan fesyen dan resepi masakan. Tidak lupa info dan testimoni produk kesihatan shaklee kepada pembaca diluar sana.

Khamis, 9 Jun 2016

SEMINAR DR. AZIZAN OSMAN TERLALU MAHAL

Assalamualaikum

Saya doakan Dr. Azizan sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Mungkin tika dan saat ini Dr. sekeluarga sedang menunaikan ibadah umrah, saya doakan semoga Allah permudahkan urusan Dr. 

Sudah seminggu berlalu, saya rasa sangat bersyukur kerana telah terpilih untuk menghadiri majlis ilmu Millionaire Mastery Marketing Mei, 2016.



Terima kasih.. terima kasih... dan terima kasih hanya ungkapan itu yang mampu saya ucapkan, terlalu banyak ilmu yang Dr curahkan pada saya. rasanya tidak mampu saya balas walau dengan segunung emas.

Dr, saya merupakan penjawat awam yang menerima gaji tetap beserta elaun setiap bulan. kalau nak ikut memang hidup saya selesa, selesa sangggattttttt.

Tapi , hati dan jiwa saya meronta hendak berniaga, walaupun secara sambilan saya tetap nak berniaga. 

Saya mula mengikuti kelas-kelas percuma yang Dr. anjurkan dan saya dah mula 'jatuh hati' pada Dr. Saya yakin, Dr la orang yang mampu bimbing saya untuk jadi peniaga yang hebat. Dan pada bulan Mac 2016 saya mengikuti kelas IMKK.

Dalam seminar IMKK saya banyak belajar perkara baru, dan saya belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain.

Ya Allah, indahnya sebuah kemaafan. Saya seperti baru dilahirkan semula dan rezeki datang silih berganti.

Kemudian saya buat keputusan untuk menghadiri kelas Millionaire Mastery Marketing, dan saya mula menghubungi pihak Richworks.

Staff Dr, melayan panggilan saya dengan penuh mesra, tapi hati dan jiwa saya macam nak meletoppppp!!!!!!!

Dr, kenapa mahal sangat yuran untuk seminar Millionaire Mastery Marketing??? balik rumah saya menangis. mana nak cari duit sebanyak tu? 

" Apalah Dr. Azizan ni, cakap nak tolong orang melayu berniaga tapi kenakan yuran bapak punya mahal"

Itu la antara luahan hati saya. Tapi mujur saya mengamalkan ilmu IMKK yang Dr ajar dan saya submit doa pada yang Esa.

Dengan penuh kepayahan saya berusaha untuk ke seminar Millionaire Mastery Marketing, bukan saja yuran seminar yang mahal tapi kos penginapan di hotel De'palma juga mahal.

Saya pujuk hati, mesti ada sesuatu yang Dr. nak bagi sebab tu mahal, bak kata pepatah  Ada Rupa, Ada Harga.

Maka 26 Mei, 2016 bermulalah perjalanan saya bersama suami dan adik ke Kl berbekalkan modal ala kadar dan dengan niat hendak menuntut ilmu.

PERUBAHAN KETARA SELEPAS 3 HARI

Dr, selepas tamat seminar, apa yang boleh saya katakan YAHOOOOOOO!!!!!!!!!

Alhamdulilah, syukur sangat-sanagt kerana Allah telah pilih saya untuk menghadiri seminar MMM Mei, 2016.

Terlalu banyak ilmu yang Dr curahkan, ada lebih 200 teknik online dan offline yang boleh digunakan dalam apa juga jenis perniagaan.

Saya mula nampak hala tuju hidup saya, dan saya mula berani mengenali insan-insan bergelar jutawan.

Betul kata Dr nak jadi jutawan, kena berkawan dengan jutawan dan mereka yang dah berjaya. Saya juga berani bertindak luar biasa.

Dr tau tak, sebelum ni saya tak suka buat posting di FB, bagi saya buang masa je. Tapi lepas balik seminar MMM saya rasa Fb sangat membantu saya dalam memasarkan produk yang saya jual.

Dr, saya rasa cukup sampai disini dulu coretan saya. Insha Allah saya akan sambung lain kali. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Dr dan seluruh keluarga Richworks.

Saya berazam akan menghadiri semua program yang Dr anjurkan, terutama Titanium circle. Dr tolong doakan saya.

Bersama  Amir pemilik Hipster Pomade

Sarapan dulu sebelum kelas bermula

 Suami ditemuramah staff Richworks





Salam wangi dari anak murid mu

Noorhasila Omar

Kalau Dr sudi like la page saya Cermin Kosmetik.













Selasa, 19 April 2016

BUSANA RAYA 2016

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Produk terbaru dari Al-Battar, Busana Raya.







BUSANA RAYA BY AL-BATTAR
==========================

# Menggunakan material Viscose gred AAA

# Lengan separuh, tak perlu lipat dan mesra wuduk

# Terdapat 5 warna yang gojes BIRU, MERAH, HIJAU, UNGU & HITAM

# Lebih Ekskulsif dengan hiasan songket

# Sesuai untuk majlis Rasmi dan tidak rasmi

# Seluar berpesak, sesuai untuk aktiviti lasak


Belian Runcit & Borong, Whatsapp sekarang :

019-7064678 (Zamri)
019-7064678 (Zamri)
019-7064678 (Zamri)

Atau anda boleh terus datang ke kedai kami di alamat :

No. 12, Jalan SS1
Taman Sri Saujana
81900 Kota Tinggi
Johor.

10.00 pagi - 11.00 malam










Ahad, 3 April 2016

JUBAH GAYONG BY AL-BATTAR

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri.blogspot sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Alhamdulilah, Al-Battar telah menambah koleksi Busana Warisan dengan mengeluarkan Jubah Gayong by Al-Battar.




MENGAPA JUBAH GAYONG JADI PILIHAN PELANGGAN?
✔️ Menggunakan material Viscose gred AAA
✔️ Lengan separuh, tidak perlu lipat
✔️ Custom made, dan jahitan yang sangat kemas
✔️ Saiz S hingga XXL
✔️ Terdapat 5 warna menarik, Hijau, Ungu, Biru, Merah dan hitam.
✔️ Dihiasi dengan songket, supaya tampak lebih eksklusif.
✔️ Sesuai digayakan untuk majlis formal dan tidak formal.
Harga RM179.00 FREE Postage.
Pengambilan Agen Baru dibuka!!!!!!!!
Whatsapp sekarang :
019-7064678 (Zamri)
019-7064678 (Zamri)
019-7064678 (Zamri)
Bergaya di Pagi Raya bersama Jubah Gayong by Al-Battar







Khamis, 17 Mac 2016

PUNCA SAKIT GESTRIK

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Dulu saya adalah pesakit gestrik tegar. Saya tak pasti ini penyakit keturunan atau bukan sebab arwah atok dan ibu saya juga menghidap sakit gestrik kronik.

Keadaan saya semakin teruk bila setiap kali mengandung. Saya tidak boleh makan sembarangan sepanjang tempoh kehamilan.

Malahan vitamin yang diberikan oleh doktor juga menyebabkan saya diserang gestrik. Saya mula mencari info di internet mengenai penyakit gestrik, dan baru saya faham mengapa gestrik terjadi.



PUNCA GESTRIK

Perut mengeluarkan asid yang berlebihan, terutama ketika hamil. Jadi saya perlu elak kan makanan yang berasid.

Kenali makanan yang menyebabkan gestrik


Ketika gestrik menyerang, kita tidak boleh minum minuman bersusu dan bersantan sebaliknya makan buah-buahan dan soya.

Kerana buah-buahan dan soya adalah makanan yang tinggi alkali. Selepas saya menyertai Program Now Everyone Can Kurus (NECK) pada tahun 2015 alhamdulilah sakit gestrik saya mula terkawal.

Kerana dalam Program NECK, para peserta diajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan pola pemakanan yang teratur.

Selain mengamalkan gaya hidup sihat, pengambilan supplement sangat membantu saya mengatasi gastrik.

Supplement shaklee sangat membantu mengatasi masalah gestrik

ESP adalah soya non-GMO yang sangat membantu saya dalam menangani masalah gestrik saya. Biasanya saya akan bancuh bersama susu rendah lemak dan oat sebagai sarapan. Alhamdulilah, selain gestrik saya terkawal bonus berat badan pun semakin turun.

Saya benar-benar jatuh hati bersama ESP shaklee.

Promosi ESP datang lagi, jom kumpul stok dan jimat berbaloi-baloi!!!!!!!!

Untuk tempahan dan harga istimewa, whatsapp sekarang:

☎ 013-7505728 (Shila)
☎ 013-7505728 (Shila)
☎ 013-7505728 (Shila)

Cod sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi!!!!!!!






Rabu, 16 Mac 2016

Cenderahati Sempena Hari Guru

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Saya nak buka oder untuk cenderahati sempena hari guru.

Tanjak dewasa, bolah dipakai atau buat hiasan. Sesuai dihadiahkan kepada Pengetua/Guru Besar dan  guru-guru seluruh Malaysia.

Mini tanjak, sangat sesuai dibuat hiasan rumah atau kereta

Sebagai hiasan kereta, sangat unik dan lain dari yang lain

Contoh mini tanjak untuk cenderahai

Mini Tanjak

Tanjak sebenarnya ada banyak jenis, antara yang selalu menjadi pilihan pelanggan kami adalah Balong Raja dan Nakhoda Trong.

Pelbagai saiz dan warna, selain menggunakan material songket kami juga membuat tanjak dari kain pelikat dan kain viscose plain.

Sempena Hari Guru 2016, kami nak bagi harga kasih sayang dengan syarat minimum oder 15 pasang.

Whatsapp sekarang:

019-7064678 (Zamri)
019-7064678 (Zamri)
019-7064678 (zamri)

20 orang terawal akan dapat hadiah istimewa dari kami!!!!!!

TANJAK WARISAN, BUDAYA KITA












Ahad, 13 Mac 2016

Koleksi Terbaru dari Al-Battar

Assalamualaikum

Saya doakan pembaca blog shilazamri sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Produk terbaru dari Al-Battar [ Seni Pakaian Warisan ] Busana Melayu.

Busana ni sebenarnya tempahan khas dari seorang agen dari Perak. Beliau meminta kami membuat busana warna hijau.

Mula-mula rasa agak pelik, sebab biasanya busana silat warna hitam. tak pe la...kami tunaikan permintaan pelanggan.

Bila busana ni dah siap, memang awsome!!!!!

Gabungan songket yang berlainan warna, menjadikan busana ini tampak lebih eksklusif. Alhamdulilah, banyak permintaan untuk busana ini.

Menggunakan material viscose gred AAA dan coustmade. Sangat selesa dipakai walaupun cuaca panas.

Seluar berpesak, boleh dipakai untuk aktiviti lasak.

Pengambilan Agen baru dibuka!!!!!!!

Whatsapp sekarang :

019-7064678 (Zamri)
019-7064678 (Zamri)
019-7064678 (Zamri)





Selasa, 8 Mac 2016

IMKK HANYA UNTUK ORANG GILA

Assalamualaikum

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya. Tajuk sentap beb...hehheheh. Itu memang 
pendapat peribadi saya.

Ye la, dah la ramai orang kena beratur bersesak-sesak dan yang paling best boleh berdiri atas kerusi. Saya masih ingat, kalau zaman sekolah dulu-dulu siapa tak siapkan kerja rumah, siapa nakal dan tak bawa buku teks, kena denda berdiri atas kerusi.

Tapi dalam IMKK, siapa yang tak berdiri atas kerusi memang kesian. Kesian sanggggatttttttttttttt. 


Husband, Boyfriend, Soulmate and My Everything

Bersama Lautan Manusia yang ingin menarik kekayaan dan kejayaan


KENAPA SAYA PERGI IMKK??

Sebelum ni saya hanya dengar cerita suami yang dah pergi pada tahun 2014. Alhamdulilah ada perubahan positif. Lepas tu dengar lagi cerita dari kawan-kawan yang sedikit sebanyak mempengaruhi saya.

Akhirnya saya memberanikan diri hadir IMKK pada 4 hingga 6 Mac 2016 bertempat di IDCC Shah Alam.

Hari Pertama, semangat membara

Apa yang saya belajar dalam IMKK adalah memaafkan semua orang. Mula-mula memang agak susah, terutama bila hati kita terluka. Walaupun luka itu telah sembuh, namun parut masih lagi jelas kelihatan.

Tapi, benar kata Dr. Azizan Osman, TIDAK AKAN BERGERAK SESEUATU ZARAH TANPA IZIN ALLAH SWT.

Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Kemudian saya terfikir, saya terlalu fokus pada kenangan lalu sehingga saya terlupa kebahagiaan dan kejayaan di hadapan yang sedang menanti saya.

Ya Allah, indahnya rasa bila kita boleh memaafkan orang. Terasa diri ini begitu kerdil dihadapan Sang Pencipta.

Dalam IMKK juga saya BERANI bersedekah wang yang paling besar yang saya ada. Itulah kelemahan saya, kadang-kadang kedekut nak beri yang terbaik  sehingga Dr. Azizan berpesan WHAT YOU GIVE, YOU GET MORE.

Satu lagi pesanan Dr. Azizan Osman yang sangat memberi kesan dihati saya adalah BAGAIMANA KITA MEMBUAT SESUATU, BEGITULAH KITA BUAT SEMUA PERKARA.

Saya seorang yang suka bertangguh, suka lambat bertindak. sebab tu sukar mencapai kejayaan. Kejayaan adalah untuk orang yang bertindak dengan pantas tanpa menunggu sesaat pun peluang terlepas.


TUKAR KAWAN ANDA

Sepanjang seminar IMKK saya suka duduk paling depan, walaupun kerusi General saya akan berebut untuk duduk depan. Entah dimana silapnya, hari terakhir Allah hantar saya duduk paling belakang. Memang terasa perbezaannya, seperti langit dan bumi.

Apa yang boleh saya katakan, mereka yang duduk dihadapan, memang komited untuk menuntut ilmu dan membina kejayaan.


Mata sudah sembab, tapi tetap nak duduk depan

Kemudian sebelum program berakhir, saya buat keputusan untuk menarik aura positf dalam diri saya. Saya perlu berada bersama mereka yang dah berjaya, akhirnya saya terjumpa dengan seorang peserta di kerusi VIP. Alhamdulilah saya mendengar sedikit kisah kejayaan beliau. Tapisaya tak puas hati, saya nak dengar kisah mereka yang berada di kerusi Super Supereme. Tapi semua peserta super supereme dah keluar.

Saya terus melangkah ke hadpan, akhirnya saya terjumpa dengan peserta Titanium. Walaupun perbualan kami hanya 10 minit, tapi cukup memberi aura yang sangatttt positif dalam diri saya.

Menurut beliau, jangan kedekut untuk melabur dalam menuntut ilmu dan buang segala ego. Terima kasih saya ucapkan kepada Founder htps://www.facebook.com/pearlwhiteninghq kerana sudi meluangkan sedikit masa. 

Sungguh saya sangat terinspirasi dengan anda. Saya doakan Anda kaya dan Berjaya.

Sekian dulu perkongsian saya. Insha Allah saya akan kembali menyertai program MMM anjuran Richwork dan Dr. Azizan Osman dan saya berdoa Allah beri saya rezeki untuk pakej Super Supereme seperti yang dinasihatkan oleh Founder Pearl Whitening..



Salam Sayang
Shila
013-7505728