Selasa, 8 Mac 2016

IMKK HANYA UNTUK ORANG GILA

Assalamualaikum

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya. Tajuk sentap beb...hehheheh. Itu memang 
pendapat peribadi saya.

Ye la, dah la ramai orang kena beratur bersesak-sesak dan yang paling best boleh berdiri atas kerusi. Saya masih ingat, kalau zaman sekolah dulu-dulu siapa tak siapkan kerja rumah, siapa nakal dan tak bawa buku teks, kena denda berdiri atas kerusi.

Tapi dalam IMKK, siapa yang tak berdiri atas kerusi memang kesian. Kesian sanggggatttttttttttttt. 


Husband, Boyfriend, Soulmate and My Everything

Bersama Lautan Manusia yang ingin menarik kekayaan dan kejayaan


KENAPA SAYA PERGI IMKK??

Sebelum ni saya hanya dengar cerita suami yang dah pergi pada tahun 2014. Alhamdulilah ada perubahan positif. Lepas tu dengar lagi cerita dari kawan-kawan yang sedikit sebanyak mempengaruhi saya.

Akhirnya saya memberanikan diri hadir IMKK pada 4 hingga 6 Mac 2016 bertempat di IDCC Shah Alam.

Hari Pertama, semangat membara

Apa yang saya belajar dalam IMKK adalah memaafkan semua orang. Mula-mula memang agak susah, terutama bila hati kita terluka. Walaupun luka itu telah sembuh, namun parut masih lagi jelas kelihatan.

Tapi, benar kata Dr. Azizan Osman, TIDAK AKAN BERGERAK SESEUATU ZARAH TANPA IZIN ALLAH SWT.

Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Kemudian saya terfikir, saya terlalu fokus pada kenangan lalu sehingga saya terlupa kebahagiaan dan kejayaan di hadapan yang sedang menanti saya.

Ya Allah, indahnya rasa bila kita boleh memaafkan orang. Terasa diri ini begitu kerdil dihadapan Sang Pencipta.

Dalam IMKK juga saya BERANI bersedekah wang yang paling besar yang saya ada. Itulah kelemahan saya, kadang-kadang kedekut nak beri yang terbaik  sehingga Dr. Azizan berpesan WHAT YOU GIVE, YOU GET MORE.

Satu lagi pesanan Dr. Azizan Osman yang sangat memberi kesan dihati saya adalah BAGAIMANA KITA MEMBUAT SESUATU, BEGITULAH KITA BUAT SEMUA PERKARA.

Saya seorang yang suka bertangguh, suka lambat bertindak. sebab tu sukar mencapai kejayaan. Kejayaan adalah untuk orang yang bertindak dengan pantas tanpa menunggu sesaat pun peluang terlepas.


TUKAR KAWAN ANDA

Sepanjang seminar IMKK saya suka duduk paling depan, walaupun kerusi General saya akan berebut untuk duduk depan. Entah dimana silapnya, hari terakhir Allah hantar saya duduk paling belakang. Memang terasa perbezaannya, seperti langit dan bumi.

Apa yang boleh saya katakan, mereka yang duduk dihadapan, memang komited untuk menuntut ilmu dan membina kejayaan.


Mata sudah sembab, tapi tetap nak duduk depan

Kemudian sebelum program berakhir, saya buat keputusan untuk menarik aura positf dalam diri saya. Saya perlu berada bersama mereka yang dah berjaya, akhirnya saya terjumpa dengan seorang peserta di kerusi VIP. Alhamdulilah saya mendengar sedikit kisah kejayaan beliau. Tapisaya tak puas hati, saya nak dengar kisah mereka yang berada di kerusi Super Supereme. Tapi semua peserta super supereme dah keluar.

Saya terus melangkah ke hadpan, akhirnya saya terjumpa dengan peserta Titanium. Walaupun perbualan kami hanya 10 minit, tapi cukup memberi aura yang sangatttt positif dalam diri saya.

Menurut beliau, jangan kedekut untuk melabur dalam menuntut ilmu dan buang segala ego. Terima kasih saya ucapkan kepada Founder htps://www.facebook.com/pearlwhiteninghq kerana sudi meluangkan sedikit masa. 

Sungguh saya sangat terinspirasi dengan anda. Saya doakan Anda kaya dan Berjaya.

Sekian dulu perkongsian saya. Insha Allah saya akan kembali menyertai program MMM anjuran Richwork dan Dr. Azizan Osman dan saya berdoa Allah beri saya rezeki untuk pakej Super Supereme seperti yang dinasihatkan oleh Founder Pearl Whitening..



Salam Sayang
Shila
013-7505728




0 comments:

Catat Ulasan